window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2023 Honda Civic Type R FL5 hadapi tempoh menunggu 2 tahun di Jepun, pelancaran Malaysia bakal tertunda?

Haris ยท Sep 28, 2022 11:59 AM

2023 Honda Civic Type R FL5 hadapi tempoh menunggu 2 tahun di Jepun, pelancaran Malaysia bakal tertunda? 01

Honda Civic Type R ialah antara hot hatch terpopular yang dijual hari ini dan generasi terbaharu FL5 telah meneruskan warisan lama ini yang berlangsung selama 25 tahun dan akan datang.

Honda Civic Type R 2023 FL5 serba baharu berharga daripada JPY 4,997,300 (~RM 160k) di pasaran domestiknya. Harga ini adalah 5.2% lebih mahal daripada harga jualan Honda Civic Type R FK8 generasi sebelumnya.

2023 Honda Civic Type R FL5 hadapi tempoh menunggu 2 tahun di Jepun, pelancaran Malaysia bakal tertunda? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di sebalik tanda harga yang lebih tinggi, terdapat lebih 10,000 tempahan diterima untuk Honda Civic Type R FL5 di Jepun sejak ia diumumkan pada September 2022 menurut media Jepun. Pada mulanya, penghantaran pertama Civic Type R akan bermula pada bulan Disember 2022 namun disebabkan isu rantaian bekalan yang berterusan, perancangan ini telah ditunda ke tahun depan.

Baca: Honda Civic Type R 2023 generasi baharu membuat debut - 2.0L turbo, manual 6 kelajuan, mod +R!

2023 Honda Civic Type R FL5 hadapi tempoh menunggu 2 tahun di Jepun, pelancaran Malaysia bakal tertunda? 01

Menurut laman web Honda Jepun, ia mendakwa bahawa penghantaran dari kilang untuk Honda Civic Type R FL5 akan mengambil masa lebih setengah tahun. Memandangkan sambutan yang menggalakkan terhadap pesanan awal ini, beberapa pengedar Honda dilaporkan terpaksa menghentikan pesanan buat sementara waktu.

2023 Honda Civic Type R FL5 hadapi tempoh menunggu 2 tahun di Jepun, pelancaran Malaysia bakal tertunda? 02

Oleh itu, ia akan mengambil masa kira-kira 2 tahun untuk menyiapkan tempahan sedia ada tetapi Honda Civic Type R bukanlah satu-satunya model Honda yang terjejas oleh penghantaran yang tertangguh. Model lain seperti Honda Civic e:HEV, Honda Fit dan Honda Vezel e:HEV juga mengalami kelewatan penghantaran lebih daripada setengah tahun menurut Honda Jepun.

2023 Honda Civic Type R FL5 hadapi tempoh menunggu 2 tahun di Jepun, pelancaran Malaysia bakal tertunda? 03

Kembali kepada Honda Civic Type R FL5, ia dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.0 liter VTEC Turbo yang kini menghasilkan 320 PS/420 Nm dan dipasangkan dengan transmisi manual 6-kelajuan. Sama seperti generasi sebelum, FL5 ialah model Type R global dan ini meliputi pasaran Amerika Utara serta Eropah pada masa hadapan.

Baca: Kilang dah tutup, Honda Civic Type R generasi baharu 2022 mungkin dipasang (CKD) di China

2023 Honda Civic Type R FL5 hadapi tempoh menunggu 2 tahun di Jepun, pelancaran Malaysia bakal tertunda? 04

Tidak menghairankan jika Honda Civic Type R serba baharu akhirnya memasuki Malaysia secara rasmi memandangkan Honda Malaysia telah menawarkan model generasi FD2 dan FK8 pada masa lalu.

Dengan mengaplikasikan kenaikan harga 5% yang sama seperti Jepun, kami menjangkakan kosnya sekurang-kurangnya RM 350k jika ia akan dilancarkan pada akhir 2023 kelak.

Baca: Tak sah, tiada 'booking' rasmi dibuka untuk Honda Civic Type R FL5 di Malaysia setakat ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Civic Type R

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda