Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB), pengedar tunggal bagi jenama Peugeot di Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran rasmi trak pikap Peugeot Landtrek baharu dan kemunculan sulungnya di ASEAN.
Peugeot Landtrek baharu merupakan pilihan baharu pikap bersaiz sederhana yang direka untuk mengendalikan jalan bandar dan rupa bumi yang sukar sambil melengkapkan aktiviti riadah luar. Sebagai penggegar dalam pasaran pikap, Peugeot Landtrek menampilkan teknologi yang canggih dan keseronokan pemanduan seperti SUV yang akan dihargai oleh rakyat Malaysia.
Hanya satu varian yang ditawarkan untuk Peugeot Landtrek dengan harga atas jalan tanpa insurans seperti berikut:
Peugeot Landtrek baharu dilengkapi enjin 1.9 liter turbodiesel dengan output 150 PS kuasa kuda melalui geometri turbin berubah-ubah, menghasilkan tork 350 Nm melalui transmisi automatik 6 kelajuannya.
Dengan jarak kelegaan tanah setinggi 235 mm dan kedalaman meranduk 600 mm, Peugeot Landtrek baru dilengkapi dengan teknologi yang diperlukan untuk mengendalikan jalan kasar, seperti kunci pembezaan belakang mekanikal yang memberikan daya cengkaman tambahan apabila satu roda tergelincir.
Transfer case membolehkan pemindahan mudah antara mod 2-High, 4-High dan 4-Low dengan hanya memutar tombol ringkas. Peugeot Landtrek 4X4 baharu membolehkan pemandu selesa di mana sahaja dan dalam cuaca apa pun, terima kasih kepada seni bina yang dioptimumkan.
Reka bentuk luaran Landtrek menunjukkan ciri kukuh yang sesuai dengan barisan model semasa jenama Peugeot, dengan ciri-ciri signature jenama seperti gril menegak dengan lambang “Peugeot Lion” di tengah dan lampu signature LED di bahagian depan dan belakang.
Rim aloi 18-inci dibaluti dengan profil tayar 265/60/R18 dipadankan dengan brek cakera dan sistem suspensi Double Wishbone di hadapan, manakala bahagian belakang cukup dengan brek dram dan suspensi Leaf Spring.
Peugeot Landtrek baharu mempunyai dalaman yang direka dengan teliti dengan ciri-ciri yang terdapat dalam model Peugeot yang lain. Bahagian dalam kenderaan termasuk skrin sentuh HD 10-inci, pendingin hawa dwi-zon automatik, dan toggle switch yang menyediakan akses kepada semua fungsi kenderaan.
Barisan kedua mempunyai ruang bahu lebar 1,550 mm dan ruang lutut kira-kira 50 mm untuk memastikan keselesaan semua penumpang.
Kawasan belakang kenderaan direka untuk keselesaan dengan kerusi penumpang belakang mempunyai sandaran yang boleh dicondongkan 23 darjah untuk memberikan keselesaan yang lebih besar.
Tempat duduk bangku belakang juga modular, membolehkan lipatan kerusi pecahan 60/40 atau 100% untuk konfigurasi muatan fleksibel. Sandaran belakang boleh menyokong beban sehingga 100kg apabila dilipat ke bawah, dan kerusi bangku belakang dilengkapi dengan dua pautan ISOFIX.
Peugeot Landtrek baharu dilengkapi dengan ciri keselamatan yang mencukupi termasuk kamera yang memaparkan pemandangan panorama 360° di sekeliling kenderaan untuk membantu pemandu mengatasi halangan atau ruang sempit, seterusnya dibantu oleh sensor halangan depan dan belakang tambahan.
Di samping itu, keselamatan dipertingkatkan dengan 6 beg udara dan Electronic Stability Programme (ESP) yang meliputi Hill Assist Descent Control (HADC) yang memastikan kenderaan pada kelajuan terkawal, sekali gus membolehkan pemandu menumpukan perhatian kepada stereng. Pemandu juga boleh bergantung pada Lane Departure Warning (LDW) untuk memastikan kenderaan berada di lorongnya melalui amaran yang boleh didengari dan visual.
Terdapat 6 pilihan warna sebagai pilihan iaitu Ceramic White, Silver Grey, Magnetic Blue, Red Rubi, Rockstone Grey, dan warna eksklusif model Olea Green.
Peugeot Landtrek baharu dilengkapi dengan Waranti Pengeluar 5 Tahun standard dengan had perbatuan 100,000km, mana satu yang tiba lebih awal.
Baca: Peugeot e-2008 EV 2022 akan dilancar di Malaysia tahun depan, menyusul selepas Landtrek