window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang!

Haris Β· Aug 24, 2022 11:00 AM

2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang! 01

  • Dua enjin 1.5L Dynamic Force tersedia – aspirasi semulajadi M15A-FKS atau hibrid M15A-FXE
  • Radius pusingan 5 meter, bukaan pintu dan but lebih besar
  • Tersedia dalam 5 atau 7 tempat duduk, tempat duduk dilitupi fabrik nyahbau dan kalis air/minyak

2023 Toyota Sienta generasi ketiga serba baharu baru telah membuat penampilan pertama di dunia melalui majlis pendedahan di Jepun.

Kini menggunakan platform TNGA-B terbaharu berkongsi dengan Yaris dan Yaris Cross pasaran Jepun (dan Eropah), harga untuk Sienta adalah sekitar 1.95 juta Yen (~RM 63,800) hingga 3.1 juta Yen (~RM 101,600).

2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dua pilihan pilihan enjin tersedia, berasaskan enjin 3-silinder 1.5 liter Dynamic Force. Perincian adalah seperti berikut:

  • Enjin naturally aspirated M15A-FKS menghasilkan 120 PS pada 6,600 rpm, dan 145 Nm pada 4,800 – 5,200 rpm.
  • Enjin hibrid kitaran Atkinson M15A-FXE menghasilkan 91 PS pada 5,500 rpm dan 120 Nm pada 3,800 – 4,800 rpm, tetapi prestasi dirangsang oleh motor elektrik 80 PS / 141 Nm.

Selain itu, model elektrik juga mempunyai pilihan pacuan semua roda elektrik, dipacu oleh motor berkuasa 3 PS / 44 Nm yang lebih kecil memusing gandar belakang.

2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang! 01

Kedua-dua enjin dipadankan dengan pacuan roda hadapan jenis automatik CVT. Bagi varian hibrid, ia menggunakan set gear planetary jenis E-CVT, manakala varian biasa menggunakan Direct Shift CVT. Varian biasa mempunyai kelebihan dalam bentuk launch gear untuk membantu situasi pemula dengan lebih baik.

Penggunaan bahan api yang didakwa ialah 18.3 km seliter (5.5 liter / 100 km) untuk varian biasa dan 28.2 km seliter (3.5 liter / 100 km) untuk hibrid, kedua-dua dalam mod 2WD dan susunan 7-penumpang, diuji pada kitaran ujian WLTP .

2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang! 02

Toyota Sienta tidak begitu popular apabila kali terakhir dijual di Malaysia (sekitar 2019), tetapi di negara yang mempunyai ruang letak kereta yang sempit seperti Jepun, Hong Kong dan Singapura, gabungan dimensi padat Sienta, pintu gelangsar berkuasa masuk/keluar yang mudah, jarak kelegaan tanah rendah mesra kanak-kanak dan warga tua, menjadikannya salah satu model terbaik Toyota di kebanyakan bandar Asia.

Untuk model generasi ketiga, Toyota mempertingkatkan lagi semua ciri pelaris ini. Jarak kelegaan tanah dikekalkan pada 140 mm. Jarak antara tanah dan lantai kabin juga dikekalkan pada 330 mm.

2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang! 03

Ketinggian bukaan pintu gelangsar berkuasa (kini bebas tangan) juga telah dinaikkan sebanyak 60 mm kepada 1,200 mm, manakala ketinggian kabin telah dinaikkan sebanyak 20 mm. Cukup tinggi sehingga seorang dewasa tidak perlu terlalu membongkokkan punggung mereka apabila melangkah masuk.

2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang! 04

Di belakang, bukaan pintu belakang telah dinaikkan sebanyak 15 mm. Ketinggian muatan ruang bagasi juga telah dinaikkan sebanyak 20 mm untuk memudahkan tugas-tugas memasukkan barang. Toyota turut mendakwa basikal dengan tayar 27 inci boleh dimuatkan tanpa hendal tersekat di bukaan pintu.

Seperti sebelum ini, tempat duduk barisan kedua dan ketiga boleh dilipat untuk membentuk permukaan rata.

Di bahagian dalam, kabin Toyota Sienta menerima sentuhan bahan fabrik luxe yang mengingatkan anda tentang produk Muji.

Upholsteri tempat duduk menggunakan bahan penyahbau dan kalis air/minyak.

2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang! 05

Malah papan pemuka juga ditutup dengan kain fabrik ini.

Pertimbangan praktikal termasuk poket pintu yang direka dengan bijak, malah terdapat beberapa dengan piktogram yang mesra kanak-kanak.

Baca: Kenapa Perodua Alza generasi baru takkan ada pintu gelongsor? Passo Sette vs. Toyota Sienta

2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang! 06

2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang! 07

2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang! 08

2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang! 09

Penukar gear yang dipasang pada papan pemuka juga bermakna penumpang boleh berjalan di antara tempat duduk hadapan untuk ke barisan tengah. Sesuatu yang pasti dihargai oleh ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak.

Tingkap dengan filem penghalang UV dan IR juga tersedia sebagai pilihan.

2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang! 10

Tempat duduk baris kedua kini mempunyai jarak 80 mm lebih jauh dari barisan hadapan, dan tempat duduk boleh laras depan belakang sehingga 1,000 mm.

Untuk model pasaran Jepun, tiada corong penyaman udara di belakang, tetapi ia dipasang sistem pengedaran udara pada bahagian siling.

2023 Toyota Sienta dilancarkan - makin comel, enjin 3-silinder 1.5L, tersedia dalam 5- atau 7-penumpang! 11

Penerimaan rakyat Malaysia terhadap Honda Freed dan Toyota Sienta generasi kedua yang dijual sebelum telah membuktikan bahawa pengguna di bahagian dunia ini tidak menghargai van mini kompak dengan pintu gelangsar (kecuali Singapura), justeru itu jika anda berminat dengan Toyota Sienta 2023 ini, satu-satunya pilihan ialah melalui grey import.

Baca: Toyota Sienta 'second hand' – serendah RM 54k, baloi beli untuk elak Perodua Alza dan Proton Exora?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Toyota Sienta 1.5G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda