window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jepun rancang haramkan jualan kenderaan petrol baru menjelang suku kedua 2030

Mersita · Dec 4, 2020 11:00 AM

Jepun rancang haramkan jualan kenderaan petrol baru menjelang suku kedua 2030 01

Bagi mencapai matlamat sifar karbon, Jepun merancang untuk mengharamkan penjualan kereta baru berkuasakan petrol dan diesel menjelang pertengahan tahun 2030 dan akan mengutamakan kenderaan hibrid atau elektrik.

Menurut laporan NHK pada Khamis lepas melalui Reuters, langkah ini diambil sejajar dengan keputusan negara dan rantau lain yang berusaha kearah pengharaman kenderaan berbahan api fosil.

Jepun rancang haramkan jualan kenderaan petrol baru menjelang suku kedua 2030 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Langkah ini sejajar dengan ikrar Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga, pada Oktober lepas supaya Jepun mencapai sifar bersih pelepasan karbon menjelang 2050.

Perkara ini mencetus persaingan sengit antara syarikat-syarikat pembuat kereta dalam penghasilan lebih banyak kereta hibrid dan elektrik bagi menarik minat pengguna yang akan beralih dari kenderaan petrol, terutama sekali di pasaran besar seperti China dan AS.

Jepun rancang haramkan jualan kenderaan petrol baru menjelang suku kedua 2030 01

Pembuat kereta Jepun seperti Toyota Motor Corp yang sudahpun mempunyai sumber-sumber penyelidikan dan pembangunan boleh menggunapakai teknologi elektrifikasi kenderaan mereka. Tidak ketinggalan juga Nissan Motor Co yang mengatakan mereka yakin sudah bersedia untuk menepati trend dan tetapan undang-undang terkini yang dikenakan di banyak negara-negara maju masa kini.

Jepun rancang haramkan jualan kenderaan petrol baru menjelang suku kedua 2030 02

Semakin banyak negara mula mengambil langkah proaktif ini bagi mengatasi masalah pemanasan global. Bulan lepas, kami ada laporkan yang UK bakal haramkan penjualan kenderaan petrol dan diesel menjelang 2030, dan ini membuatkan Jepun negara G7 kedua yang akan mengambil langkah sama dalam masa kira-kira dua minggu lagi.

“The future is electric”.

Sumber berita: Reuters

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda