window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI vs 2.0 TSI 2020 – lagi power lagi best?

Zamil Syaheer · Dec 4, 2020 03:00 PM

Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI vs 2.0 TSI 2020 – lagi power lagi best? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Adakah Tiguan Allspace 1.4 TSI ‘underpowered’ dengan 7 orang?

Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI vs 2.0 TSI 2020 – lagi power lagi best? 01

Varian 1.4 TSI Highline dikuasakan dengan enjin 1.4 liter 4 silinder bercas turbo yang menghasilkan 150 PS dan 250 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j mengambil masa sebanyak 10.1 saat.

Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI vs 2.0 TSI 2020 – lagi power lagi best? 02

Tiguan Allspace 1.4 TSI (kiri), Tiguan Allspace 2.0 TSI (kanan)

Tiguan R-Line pula menggunakan enjin 2.0 liter 4 silinder bercas turbo dengan 220 PS dan 350 Nm tork. Semestinya ianya lebih laju semasa ujian pecutan, mengambil masa sebanyak 7.4 saat.

Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI vs 2.0 TSI 2020 – lagi power lagi best? 03

Berbalik semula kepada soalan ini, jawapannya adalah tidak. Tiguan Allspace 1.4 TSI Highline terasa lebih ringan ketika kaki anda menekan pedal minyak berbanding 2.0 TSI R-Line. Ini kerana ia mempunyai tork yang mencukupi.

Tidak menjadi masalah dengan 7 orang penumpang sekalipun, hanya sedikit lembab apabila anda sudah berada di kelajuan tiga angka dan ingin memotong kereta lain. Ini antara karakter enjin dengan seseran yang kecil.

Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI vs 2.0 TSI 2020 – lagi power lagi best? 04

Lain ceritanya dengan Tiguan R-Line. Enjin 2.0 liter bercas turbo mampu memecut dengan lebih senang. Tambah pula dengan sistem pacuan semua roda 4Motion, kuasa dapat disalurkan secara lebih efektif berbanding Tiguan Highline.

Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI vs 2.0 TSI 2020 – lagi power lagi best? 05

Malah, Tiguan R-Line juga menggunakan transmisi DSG dwi-klac 7 kelajuan, manakala Tiguan Highline hanya 6 kelajuan. Nisbah gear tambahan membuatkan Tiguan R-Line lebih sesuai untuk pemanduan di lebuh raya dan jarak jauh.

Apa bezanya selain tren kuasa?

Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI vs 2.0 TSI 2020 – lagi power lagi best? 06

R-Line dilengkapi dengan kit badan yang lebih sporty serta roda 19-inci dengan tayar berukuran 255/45.

Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI vs 2.0 TSI 2020 – lagi power lagi best? 07

Di bahagian interior pula, terdapat ‘headliner’ bumbung bewarna hitam, tempat duduk sports R-Line, stereng R-Line, pedal aluminium, dan sistem infotainment Discover Pro yang lebih besar (9.2-inci). Selain dari itu, terdapat juga penyerap hentak adaptif (DCC) dengan Driving Mode Selective yang boleh dilaras menggunakan dail putar di bawah tempat gear.

Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI vs 2.0 TSI 2020 – lagi power lagi best? 08

Bercakap tentang DCC, penyerap hentak adaptif ini memang membuatkan Tiguan R-Line sangat selesa walaupun ia menggunakan roda 19-inci.

Bagaimana pula dengan penggunaan minyak?

Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI vs 2.0 TSI 2020 – lagi power lagi best? 09

Dalam ujian penggunaan minyak merangkumi 50:50 bandar dan juga lebuh raya, Tiguan Allspace 1.4 TSI Highline memberi bacaan 10.3 liter/100 km, manakala Tiguan Allspace 2.0 TSI R-Line pula menggunakan 11.1 liter/100 km. Untuk SUV yang besar sebegini, ini angka yang memberangsangkan.

Konklusi

Volkswagen Tiguan Allspace 1.4 TSI vs 2.0 TSI 2020 – lagi power lagi best? 10

Volkswagen Tiguan 1.4 TSI Highline mempunyai kuasa secukupnya untuk kegunaan harian. Prestasinya akan tergugat sedikit jika anda membawa 7 orang penumpang tetapi ia tidaklah ‘underpowered’.

Tiguan Allspace 2.0 TSI R-Line jauh lebih laju dan selesa. Walaupun ia menggunakan minyak dengan lebih banyak, tetapi ianya berbaloi jika anda rajin memandu di lebuh raya ataupun pemanduan jarak jauh.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Volkswagen Tiguan Allspace Life 1.4TSI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda