21 tahun kemudian, Proton Waja satu rahmat atau musibah?

Mersita · Jul 4, 2020 05:00 PM

21 tahun kemudian, Proton Waja satu rahmat atau musibah? 01

Sedar tak sedar, sudah 21 tahun semenjak Proton Waja dilancarkan. Pada tahun 2000, Proton baru saja memasuki tahun ke-15 dalam produksi otomotif. Pada masa itu, mereka mendominasi pasaran kereta Malaysia sebahagiannya kerana ada undang-undang yang melindungi pembuat kereta nasional daripada pesaing-pesaing luar negara.

21 tahun kemudian, Proton Waja satu rahmat atau musibah? 02

Pada awalnya, semua barisan kereta Proton terdiri daripada kereta-kereta Mitsubishi dan sebuah Citroen yang ditanda-namakan semula. Saga dan Iswara dibawa bersama sejak 1985 dengan teknologi yang lama tapi boleh diharap, serta Wira yang sentiasa mendominasi carta tertinggi jualan.

21 tahun kemudian, Proton Waja satu rahmat atau musibah? 03

Lotus membantu dalam pembuatan kawalan Satria GTi

Pada April 1996, Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada itu, Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Proton untuk menghasilkan rekaan mereka sendiri. Syarikat tersebut melabur sehingga RM 400 juta untuk membina fasiliti Penyelidikan & Pembangunan (R&D) bagi membantu usaha ini. Pada hujung tahun yang sama, Proton membeli Lotus Cars untuk RM 81 juta.

21 tahun kemudian, Proton Waja satu rahmat atau musibah? 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

Proton mengambil masa 54 bulan untuk membangunkan Saga original dan 48 bulan untuk membangunkan Wira. Bagi Waja pula, pembangunannya mengambil masa 36 bulan dan menjelangnya milenium, cabaran Tun M semakin menjadi realiti. Pada Ogos 2000, seiring dengan bulan kemerdekaan Malaya, kereta Buatan Malaysia pertama dilancarkan.

21 tahun kemudian, Proton Waja satu rahmat atau musibah? 01

Waja tampak sangat kontemporari dan moden pada masa itu – sesuatu yang boleh dibanggakan untuk cubaan pertama pembuat kereta yang masih mentah. Bapa penulis pernah membeli sebuah Proton Waja dan ia terasa seperti kereta mewah, bangga yang ia buatan Malaysia.

Walaupun rekaan badannya dibuat sepenuhnya oleh Malaysia, intinya masih lagi Mitsubishi. Ia dikuasakan oleh enjin Mitsubishi 4G18 1.6 liter dan berkongsi platform chassis dengan Mitsubishi Carisma. Yang menariknya, Carisma juga berkongsi platform dengan Volvo S40 generasi pertama. Anda boleh katakan yang Waja adalah kolaborasi pertama antara Proton dan Volvo - walaupun bukan secara langsung.

21 tahun kemudian, Proton Waja satu rahmat atau musibah? 02

Ulasan bagi kereta tersebut memuji ‘ride’ dan ‘handling’ Lotus, satu ciri yang menjadi sinonim dengan kebanyakan model-model Proton yang seterusnya. Walaubagaimanapun, ada beberapa isu yang ketara seperti kualiti dan ergonomik Waja serta berat kereta itu yang memberi impak berat terhadap penjimatan petrol. Pemilik yang membeli Waja juga perasan yang kereta mereka mempunyai masalah ‘power window’ yang sinonim dengan kereta Proton.

21 tahun kemudian, Proton Waja satu rahmat atau musibah? 03

Walaubagaimanapun, Proton Waja agak berjaya dengan 292,556 unit terjual antara tahun 2000 hingga 2012. Sepanjang jangka hayatnya iaitu 12 tahun, Waja telah dijual dengan 3 enjin yang berbeza; 4G18 1.6 liter, CamPro 1.6 liter, dan CPS serta enjin 1.8 liter yang diambil dari Renault. Rekaan luarannya kekal sama dengan hanya beberapa facelift.

21 tahun kemudian, Proton Waja satu rahmat atau musibah? 04

Ia telah berjaya mengumpul ramai peminat dan beberapa pemilik masih lagi menyimpan Waja mereka hingga ke hari ini. Pada masa yang sama, ia juga dikritik sebagai kereta yang bermasalah. 21 tahun berlalu dan Proton sudah tidak mendominasi pasaran seperti pada tahun 2000. Tetapi, Waja adalah titik perubahan bagi Proton walau untuk baik atau buruknya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Yaris 1.5J

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru