window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda WR-V 2022 serba baru ada potensi cantas Perodua D55L?

Mersita Ā· Dec 8, 2020 05:00 PM

Honda WR-V 2022 serba baru ada potensi cantas Perodua D55L? 01

WR-V generasi terkini

Nampaknya Honda sedang bersiap-siaga untuk memberikan saingan hangat bagi Perodua D55L yang akan datang nanti. Setakat ini, ada perancangan bagi Honda WR-V 2022 untuk dilancarkan di Indonesia bagi menghangatkan lagi pasaran SUV segmen B.

WR-V generasi terkini dijual di beberapa pasaran membangun seperti Brazil, Afrika Selatan, dan India. Oleh itu, SUV 5 tempat duduk ini ada potensi di pasaran Indonesia.

Honda WR-V 2022 serba baru ada potensi cantas Perodua D55L? 02

WR-V generasi terkini

Kami pernah melaporkan yang Daihatsu merancang untuk melancarkan Rocky di Indonesia. Rocky, pastinya, adalah asas kepada SUV Perodua baharu yang akan datang tak lama lagi pada tahun hadapan.

Tapi, pesaing dari Honda akan tiba lambat lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda WR-V 2022 serba baru ada potensi cantas Perodua D55L? 01

WR-V generasi terkini

Menurut Otodriver, WR-V dijangka untuk dilancarkan di Indonesia pada tahun 2022. Juga ada kemungkinan yang WR-V baharu yang dirancang ini akan jadi sangat berbeza daripada WR-V terkini.

Honda WR-V 2022 serba baru ada potensi cantas Perodua D55L? 02

WR-V generasi terkini

Ada sumber-sumber yang memberitahu laman sesawang Indonesia itu yang WR-V Indonesia akan berkongsi platform dengan BR-V. WR-V yang dijual di India dan Brazil menggunakan platform yang sama dengan GK Jazz.

WR-V generasi terkini akan masuk ulangtahun kelimanya apabila ia dilancarkan di Indonesia kelak, oleh itu kita mungkin akan lihat model generasi baharu pada acara itu nanti.

Honda WR-V 2022 serba baru ada potensi cantas Perodua D55L? 03

Namun, masih tiada pengesahan atas tren kuasa yang akan digunapakai di dalam WR-V spesifikasi Indonesia. WR-V spesifikasi India dikuasakan oleh enjin petrol 1.2 liter dan enjin diesel 1.5 liter. Manakala bagi WR-V pasaran Brazil pula, ia dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter.

Honda WR-V 2022 serba baru ada potensi cantas Perodua D55L? 04

WR-V generasi terkini

Bukan itu saja, malah transmisi yang ditawarkan juga adalah berbeza dalam kedua-dua pasaran ini. WR-V India ditawarkan dengan kotak gear manual 5 kelajuan bagi varian petrol, manakala varian diesel pula dipadankan dengan kotak gear manual 6 kelajuan.

WR-V Brazil pula menawarkan kedua-dua kotak gear manual 5 kelajuan dan satu lagi CVT.

Dimensi
Model Honda WR-V Perodua D55L
Panjang (mm) 4,000 3,995
Lebar (mm) 1,740 1,695
Tinggi (mm) 1,600 1,620
Jarak Roda (mm) 2,500 2,525

Dari segi dimensi pula, saiz WR-V hampir sama dengan D55L. Tapi, D55L mempunyai jarak roda yang lebih lebar sedikit dan ketinggian yang lebih tinggi.

Honda WR-V 2022 serba baru ada potensi cantas Perodua D55L? 05

D55L pula dijangka untuk dikuasakan dengan enjin 3 silinder 1.0 liter berpengecas turbo dan ia juga akan menjadi model Perodua pertama yang akan dilengkapi dengan kotak gear CVT.

Honda WR-V 2022 serba baru ada potensi cantas Perodua D55L? 06

WR-V generasi terkini

Di sini pula, Honda Malaysia belum lagi mengumumkan sebarang perancangan bagi WR-V untuk dibawa masuk ke Malaysia. Barangkali jika D55L dapat sambutan hangat di sini, mungkin Honda akan mempertimbangkan untuk membawanya ke mari bagi menenangkan peminat-peminat yang terlepas Jazz baru.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda