window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tular: Mitsubishi Outlander 2022 – SUV segmen C yang paling macho?

Faisal · Dec 9, 2020 12:00 PM

Tular: Mitsubishi Outlander 2022 – SUV segmen C yang paling macho? 01

Mitsubishi Outlander ialah sebuah SUV yang cukup berkebolehan. Disebabkan usianya, ia terasa ketinggalan jika dibandingkan dengan Volkswagen Tiguan Allspace dan Mazda CX-8. Nampaknya kini Mitsubishi telah hadir tepat pada masanya.

Tular: Mitsubishi Outlander 2022 – SUV segmen C yang paling macho? 02

Mitsubishi Outlander generasi seterusnya telah ditemui tanpa sebarang penyamaran. Berdasarkan imej yang tertular di AllCarNews, reka bentuknya kelihatan cukup berbeza daripada Mitsubishi Outlander sekarang. Malah ia kelihatan mirip konsep Mitsubishi Engelberg Tourer yang dipamerkan di Geneva Motor Show 2019.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tular: Mitsubishi Outlander 2022 – SUV segmen C yang paling macho? 01

Pada bahagian depan, Mitsubishi Outlander 2022 mempunyai 2 bahagian lampu dan gril Dynamic Shield yang memaparkan identiti Mitsubishi yang terkini. Jika anda ingat, gril ini kelihatan sama seperti gril Mitsubishi Xpander sebelum facelift.

Tular: Mitsubishi Outlander 2022 – SUV segmen C yang paling macho? 02

Pada bahagian belakang pula, Mitsubishi Outlander 2022 kelihatan cukup moden dimana ia menampilkan reka bentuk lampu belakang yang cukup futuristik. Dengan keserasian rekaan bampar, diffuser dan juga spoiler, Mitsubishi Outlander kali ini kelihatan cukup agresif dan tegap.

Tular: Mitsubishi Outlander 2022 – SUV segmen C yang paling macho? 03

Pada bahaggian sisi, ia kelihatan seperti sebuah Range-Rover. Dengan sentuhan visual bumbung yang terapung, ia kelihatan seperti sebuah SUV yang premium dan macho.

Tular: Mitsubishi Outlander 2022 – SUV segmen C yang paling macho? 04

Lebih cun daripada Nissan X-Trail baru?

Secara dasar pula, Mitsubishi Outlander 2022 mungkin berkongsi platform dengan Nissan X-Trail/Rogue baru. Oleh itu, ukurannya tidak akan terlalu berbeza dengan SUV segmen C tersebut.

Tular: Mitsubishi Outlander 2022 – SUV segmen C yang paling macho? 05

Enjin 2.5L yang hadir pada Nissan X-Trail baru

Dari segi tren kuasa, Mitsubishi Outlander 2022 dijangka hadir dengan enjin 2.5L yang turut digunakan pada Nissan Rogue baru. Varian PHEV pula dijangka menggunakan enjin 2.4L hibrid.

Berdasarkan media permotoran Jepun, Mitsubishi Outlander generasi seterusnya dijangka membuat debut di Tokyo Auto Salon 2021 pada 15 -17 Januari 2021. Anda tertawan dengan rupa paras sebegini?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mitsubishi Outlander Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda