window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga 2021 dilihat di Mesir. Pelancaran tak lama lagi?

Mersita · Dec 14, 2020 07:00 PM

Proton Saga 2021 dilihat di Mesir. Pelancaran tak lama lagi? 01

Beberapa hari lalu, kami ada melaporkan yang Proton sedang dalam proses untuk mengembangkan lagi perniagaan ekspot mereka ke pelbagai pasaran-pasaran baru di luar negara.

Proton Saga 2021 dilihat di Mesir. Pelancaran tak lama lagi? 02

Walaupun pasaran yang satu ini bukanlah pasaran yang betul-betul baru, nampak gayanya Proton sedang bersiap-siaga untuk memperkenalkan Proton Saga di Mesir seperti yang boleh dilihat di dalam beberapa muat-naik di media sosial.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Saga 2021 dilihat di Mesir. Pelancaran tak lama lagi? 01

Di dalam gambar-gambar yang anda boleh lihat di sini, ini ialah Proton Saga facelift generasi terkini yang diperkenalkan di Malaysia pada bulan Ogos 2019. Sekilas pandang, rupa bentuk unit yang akan tiba di Mesir nampak sama dengan unit spesifikasi Malaysia melibatkan semua varian - 1.3 Standard MT, 1.3 Standard AT, dan 1.3 Premium AT.

Proton Saga 2021 dilihat di Mesir. Pelancaran tak lama lagi? 02

Harga jualannya di Mesir dikatakan bermula dari EGP 166,900 (~RM 43k) untuk model asas, manakala bagi varian Premium spesifikasi tertinggi pula berharga sehingga EGP 202,900 (~RM 52k). Mahal, bukan?

Proton Saga 2021 dilihat di Mesir. Pelancaran tak lama lagi? 03

Sama seperti saudaranya di Malaysia, unit-unit Saga yang dijual di Mesir dipadatkan dengan ejin petrol 1.3 liter dengan 4 silinder yang mampu menjana 95 PS dan 120 Nm, dipadankan dengan kotak gear manual 5 kelajuan ataupun automatik 4 kelajuan.

Proton Saga 2021 dilihat di Mesir. Pelancaran tak lama lagi? 04

Kelengkapan keselamatan yang diberi termasuklah dua beg udara, ABS, EBD, dan Bantuan Brek. Kawalan penstabilan besar kemungkinan ditambah pada varian spesifikasi tinggi bagi Proton Saga di Mesir.

Proton Saga 2021 dilihat di Mesir. Pelancaran tak lama lagi? 05

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda