window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pelancaran Perodua D55L terpaksa ditangguhkan sehingga bulan Mac 2021!

Haris · Dec 15, 2020 10:00 AM

Pelancaran Perodua D55L terpaksa ditangguhkan sehingga bulan Mac 2021! 01

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Perodua D55L akan ditangguhkan pelancaran sehingga bulan Mac 2021.

SUV segmen B ini (ada yang berkeras bahawa ini adalah segmen A) dikatakan bakal dilancarkan pada awal tahun hadapan, lebih tepat lagi pada bulan Januari 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelancaran Perodua D55L terpaksa ditangguhkan sehingga bulan Mac 2021! 01

Gambaran oleh The Ajerul

Pemasangan Perodua D55L di kilang Perodua, Rawang sepatutnya akan bermula pada bulan Disember 2020 tetapi rancangan tersebut ditunda akibat wabak Covid-19.

Pelancaran Perodua D55L terpaksa ditangguhkan sehingga bulan Mac 2021! 02

Sehingga ke hari ini, pengedar dan penjual rasmi Perodua masih belum menerima sebarang latihan jualan. Latihan ini selalunya berlangsung sebulan sebelum tarikh pelancaran.

Pelancaran Perodua D55L terpaksa ditangguhkan sehingga bulan Mac 2021! 03

Perodua pastinya tidak mahu menjadi penyumbang kepada angka mangsa Covid-19 yang meningkat, ditambah lagi dengan insiden Kluster Auto yang berlaku pada bulan Oktober 2020 tahun ini. 

Pelancaran Perodua D55L terpaksa ditangguhkan sehingga bulan Mac 2021! 04

Perodua D55L sudah pun melakukan kemunculan awal di premis Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan pada bulan Oktober 2020, berkemungkinan bagi tujuan formaliti dan perundangan.

Pelancaran Perodua D55L terpaksa ditangguhkan sehingga bulan Mac 2021! 05

Gambar intipan tersebut merupakan satu-satunya gambar intipan yang boleh didapati. Hal ini kerana, Perodua banyak melakukan ujikaji dalam kilang pengeluaran mereka berbanding Proton yang melakukan pandu uji di atas jalan raya umum.

Pelancaran Perodua D55L terpaksa ditangguhkan sehingga bulan Mac 2021! 06

Kembar Perodua D55L iaitu Daihatsu Rocky dan Toyota Raize juga dalam perjalanan menuju ke Indonesia. Kedua-dua model tersebut akan dilancarkan di Indonesia tidak lama lagi.

Pelancaran Perodua D55L terpaksa ditangguhkan sehingga bulan Mac 2021! 07

Sumber: Autonetmagz

Prestasi model asas Perodua D55L iaitu Toyota Raize di Jepun juga sangat memberansangkan. Toyota Raize kekal di tangga 4 teratas selama beberapa bulan berturut-turut. Mampukah Perodua D55L mengikuti angka jualan yang sama di Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda