window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja!

Faisal · Dec 17, 2020 08:00 PM

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 01

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja melancarkan hot hatch yang dinanti-nantikan: Toyota GR Yaris. Didatangkan sebagai model CBU dari Jepun, Toyota GR Yaris 2020 turut dilancarkan sekali dengan Toyota Vios GR Sport 2020.

Harga dan varian

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 02

Dibina berdasarkan platform Toyota New Global Architecture (TNGA),  pakej Performance Pack juga didatangkan secara standard buat pasaran Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 01

Enjin turbo 3-silinder pada GR Yaris

Toyota GR Yaris hadir dengan sistem pacuan semua roda dan tren kuasa seperti berikut:

Spesifikasi Toyota GR Yaris 2021 di Malaysia
Enjin Transmisi

G16E-GTS

1.6L, turbo, 3-slinder

261 PS @ 6,500 rpm

370 Nm tork @ 3,000 - 4,600 rpm

Manual 6 kelajuan

Dengan Performance Pack, GR Yaris hadir dengan brek yang lagi mantap, anti-roll bar depan yang lebih tebal, roda BBS forged 18 inci yang dibalut dengan tayar Michelin Pilot Sport 4S (225/40R18) dan limited-slip differential jenis Torsen.

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 02

Bumbung gentian karbon pada GR Yaris

Harga GR Yaris pula adalah seperti berikut:

Harga Toyota GR Yaris 2021 di Malaysia
Pembelian Harga
Individu RM 299,000
Syarikat RM 299,407.20
Harga termasuk pengecualian cukai SST, tidak termasuk insurans

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 03

Di samping itu, UMWT turuh melengkapi GR Yaris dengan pakej Early Bird yang bernilai RM5,000 dimana pembeli akan menerima beg topi keledar, model GR Yaris yang berskala kecil dan program GR Yaris Driving Experience pada tahun 2021.

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 04

Dengan pakej sedemikian yang didatangkan standard, GR Yaris agak berbaloi memandangkan pesaingnya, Honda Civic Type R 2020 berharga RM 330k.

Yaris sahaja tapi harga mahal sebegini?

Untuk pengetahuan anda, ini bukan sebarang Yaris. Ia dibangunkan oleh Tommi Makinen (legenda kejohanan perlumbaan rali). Oleh itu, GR Yaris dipenuhi dengan teknologi rali.

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 05

Sebagai contoh, ia mempunyai sistem pacuan semua roda yang canggih. Malah sistem suspensi dan komponen pengendaliannya turut dikongsi oleh teknologi kereta lumba World Rally Championship milik Sebastian Ogier. Dalam erti kata lain, ia kereta rali untuk dipandu di jalan raya.

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 06

Yaris biasa tidak mampu buat aksi sebegini

Pada masa yang sama, hot hatch ini mempunyai sistem GR-Four dimana ia boleh mengawal jumlah penghantaran kuasa ke setiap roda mengikut mod pemanduan yang dipilih.

Interior

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 07

Kabin GR Yaris kelihatan ringkas dimana ia bertepatan dengan falsafah kereta rali.

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 08

Skrin informasi pelbagai yang bersaiz 4.2 inci 

Walau bagaimanapun, ia masih mempunyai kelengkapan yang baik seperti penyaman udara 2-zon, Head-Up Display, infotainment 8 inci dengan 6 pembesar suara, dan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 09

Walaupun kapasiti but belakang hanyalah 141 liter, kerusi belakang mempunyai fungsi lipatan 60:40 untuk memberikan kapasiti tambahan.

Ciri keselamatan

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 10

Selain daripada pengalaman pemanduan yang dikira menakjubkan oleh Top Gear, GR Yaris turut hadir dengan pelbagai ciri bantuan keselamatan ADAS oleh rangkaian Toyota Safety Sense (TSS). Antaranya ialah:

  • PreCrash System
  • Lane Departure Warning dengan Steering Assist
  • Dynamic Radar Cruise Control dengan Lane-tracing Assist
  • Automatic High Beam
  • Blind Spot Monitor dengan Rear Cross Traffic Alert

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 11

Selain daripada kawalan cengkaman dan kestabilan, GR Yaris juga dilengkapi dengan 6 beg udara dan peletak kerusi bayi ISOFIX.

Stok GR Yaris di Malaysia

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 12

Tempahannya sudah mula dibuka di Malaysia. Pembeli yang berminat ditawarkan dengan pilihan warna Super White II, Emotional Red 2, dan Precious Black. Seperti model Toyota yang lain, GR Yaris hadir dengan jaminan selama 5-tahun/perbatuan tanpa had.

Toyota GR Yaris 2020 dilancarkan di Malaysia – enjin 3-silinder berkuasa 261 PS, bermula RM 299k sahaja! 13

Malangnya, pasaran Malaysia hanya memperoleh 200 unit sahaja. Jadi, anda harus cepat untuk memiliki salah satu daripadanya di cawangan GR Garage kerana kereta istimewa sebegini dikira sebagai sesuatu yang eksklusif buat industri permotoran di Malaysia.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota GR Yaris

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda