window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284!

Haris Β· Dec 17, 2020 08:30 PM

Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284! 01

UMW Toyota Motor (UMWT) telah melancarkan Toyota Vios GR Sport 2020 melalui pelancaran dalam talian dengan harga bermula dari RM 95,284.

Toyota Vios GR 2020 dibangunkan sepenuhnya dari Malaysia, diilhamkan oleh kejayaan perlumbaan Vios Challenge.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga Toyota Vios GR Sport 2020

Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284! 01

Dibangunkan berdasarkan Toyota Vios 2020 facelift, Toyota Vios GR Sport adalah varian pasaran atas (upmarket) daripada model biasa.

Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284! 02

Toyota Vios GR Sport berharga dari RM 95,284, tidak termasuk SST, sah sehingga 31-Disember 2020. 

Ini menjadikan Toyota Vios GR-S sebanyak RM 7,700 lebih mahal berbanding Toyota Vios 1.5 G, varian paling atas.

Ciri-ciri Toyota Vios GR Sport 2020

Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284! 03

Bahagian luaran Toyota Vios GR Sport menampilkan reka bentuk bumper yang sangat agresif yang mirip dengan bumper Toyota GR Yaris

Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284! 04

Selain itu, Toyota Vios GR Sport dilengkapi dengan penambahan kosmetik berikut:

  • Roda aloi 10 jejari berkembar 17 inci hitam
  • Skirt sisi
  • Kit aero bawah bahagian belakang
  • Lambang GR Sport

Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284! 05

Pada bahagian dalam, Toyota Vios GR Sport menerima kemasan seperti:

  • Tempat duduk gabungan kulit-suede
  • Logo GR timbul di bahagian depan penyandar kepala
  • Jahitan merah pada tombol gear, stereng dan penyandar pintu
  • Butang penghidup GR
  • Kluster meter Optitron merah
  • Animasi GR dalam paparan meter digital

Spesifikasi Toyota Vios GR Sport 2020

Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284! 06

Bukan sekadar kosmetik, Toyota Vios GR Sport menggunakan enjin empat silinder 2NR-FE 1.5 liter (107 PS / 140 Nm) yang sama tetapi dipadankan dengan transmisi CVT 10 kelajuan automatik dengan gear maya.

Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284! 07

CVT "10-kelajuan" ini diaktifkan melalui mod Sport yang menghasilkan pendikit yang lebih responsif dengan julat rpm yang lebih tinggi.

Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284! 08

Selain jumlah nisbah gear yang lebih tinggi, Vios GR Sport juga menerima sistem suspensi sport yang mampu memberikan keseimbangan antara keselesaan dan sporty. Suspensi sport tersebut juga menjanjikan pengendalian yang lebih baik ketika mengambil selekoh berkelajuan tinggi.

Ciri keselamatan Toyota Vios GR Sport 2020

Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284! 09

Sama seperti Toyota Vios 1.5 G, ciri keselamatan yang boleh ditemui pada Toyota Vios GR-S ini adalah seperti berikut:

  • Suite Toyota Safety Sense (TSS) ADAS yang merangkumi:
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
  • Lane Departure Alert (LDA)
  • 7 beg udara
  • Pengesan titik buta dengan Amaran lalu lintas belakang (RCTA)
  • Kamera 360 darjah dalam 3 Dimensi

Warna pilihan Toyota Vios GR Sport 2020

Toyota Vios GR-Sport 2020 dilancarkan - mod Sport, CVT 10 kelajuan, harga RM 95,284! 10

Terdapat 2 warna eksklusif untuk Vios GR Sport iaitu Red Mica Metallic dan Platinum White Pearl.

Vios GR-S boleh didapati secara eksklusif dari semua cawangan GR Garage dan pengedar Toyota yang menyertai kejohanan Vios Challenge. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.toyota.com.my

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda