Mamak Talk
[WapCar Online Event]Share a story of your car with us!
90
Proton Iriz dan Persona pernah beberapa kali dilihat dalam penyamaran. Model facelift untuk kedua-dua model ini bakal dilancarkan tidak lama lagi. Selain daripada Iriz versi “Active”, Proton Iriz R3 atau “R3 Sport” juga mungkin dihasilkan.
Menurut ketua pereka Proton, beliau menyatakan pada tahun lepas bahawa Proton bakal memperkenalkan pakej tambahan pada barisan keretanya. Contohnya seperti “Lifestyle”, “Design”, dan pakej “R3 Sport”.
Malah dikhabarkan juga bahawa pakej “R3 Sport” mungkin menampilkan peningkatan prestasi sebanyak 30%. Bagaimana mereka hendak melaksanakannya? Pengecas turbo mungkin?
Untuk maklumat anda, Proton Iriz facelift dispekulasikan untuk hadir dengan transmisi automatik 4 kelajuan bagi menggantikan transmisi CVT yang tidak digemari. Namun begitu, untuk versi R3 nanti, kami berharap ia akan menerima sesuatu yang lebih menarik.
Walaupun intipan Proton Iriz versi “Active” telah kelihatan beberapa kali, petanda yang memberikan gambaran terdekat mengenai Proton Iriz R3 pula ialah Proton Iriz hitam dengan sentuhan warna kuning, seperti Proton Saga Anniversary Edition.
Dengan lencana “R3 Limited Edition” yang telah tertular, ini menguatkan lagi ura-ura mengenai Proton Iriz R3.
Selain Proton Iriz dan Persona facelift, Proton juga dikhabarkan membuat debut SUV yang bersaiz besar pada tahun 2021.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
8