window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KPDNHEP pilih Honda Civic FC 1.8S sebagai kenderaan rasmi mereka!

Mersita · Dec 24, 2020 03:00 PM

KPDNHEP pilih Honda Civic FC 1.8S sebagai kenderaan rasmi mereka! 01

Honda Malaysia hari ini mengumumkan penghantaran sejumlah 16 unit kereta jenis Honda Civic 1.8S kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) yang telah memilih Honda Civic sebagai kenderaan armada bagi Kementerian itu.

Ini merupakan kali pertama Honda Malaysia mempersembahkan model Honda kepada KPDNHEP. Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata Honda Malaysia cukup berbesar hati yang KPDNHEP telah memilih Civic sebagai kereta pilihan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab harian Kementerian itu.

KPDNHEP pilih Honda Civic FC 1.8S sebagai kenderaan rasmi mereka! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Civic generasi ke-10 facelift diperkenalkan di pasaran Malaysia pada Februari lalu dengan menawarkan kelengkapan segmen D di dalam model segmen C. Sejak pelancaran, Civic berjaya merekodkan jualan lebih daripada 10,400 unit (setakat November 2020) – merangkul 81 peratus daripada bahagian pasaran sekaligus mendominasi kereta segmen C setakat Oktober 2020.

Tambahan pula, Civic ialah model Honda kedua paling laris di Malaysia – terkenal dengan prestasi dinamik, kecekapan minyak, dan juga rupa bentuknya yang mengancam.

KPDNHEP pilih Honda Civic FC 1.8S sebagai kenderaan rasmi mereka! 01

Enjin 1.8 liter i-VTEC yang dipadatkan di dalam sedan ini menjana kuasa 141 PS dan tork 174 Nm. Disamping itu, Civic juga didatangkan dalam varian 1.5 liter VTEC Turbocharged yang dilengkapi dengan Honda Sensing. Civic juga disahkan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Anda boleh lihat spesifikasi dan rebiu bagi Civic di sini untuk dapatkan maklumat lanjut.

KPDNHEP pilih Honda Civic FC 1.8S sebagai kenderaan rasmi mereka! 02

Setakat ini, Civic cukup popular bukan saja di kalangan pengguna awam, tapi juga bagi penguatkuasa dan pegawai-pegawai kerajaan. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada Jun lalu telah menempah 425 unit Honda Civic FC Facelift 2020 varian 1.8 liter yang sama diambil oleh KPDNHEP. Polis Perak juga baru menambah 44 buah Civic sebagai kenderaan rasmi mereka pada Ogos yang lalu.

Honda Civic (varian 1.8S, 1.5TC dan 1.5TC-P) dijual pada harga bermula RM109,326, RM125,081 dan RM134,934 (harga OTR tanpa insurans dengan pengecualian SST sehingga 31 Disember).

 

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda