window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Cara nak saman pihak berkuasa jika anda kemalangan sebab jalan berlubang

Mersita ยท Dec 29, 2020 12:20 PM

Cara nak saman pihak berkuasa jika anda kemalangan sebab jalan berlubang 01

Kita seringkali melihat kes kemalangan disebabkan oleh jalan rosak dan berlubang – baik kereta, baik motosikal yang terkena. Selagi tak kena batang hidung sendiri, kita takkan faham sakit hati, sakit badan dan kecewanya macam mana sebenarnya.

Kita dah pandu berhati-hati, kenapa kita pula yang kena tanggung akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab pihak berkuasa? Kadangkala, bukan mereka tak tahu jalan rosak di mana, malah kemalangan sudahpun terjadi dan laporan pun sudah dibuat. Masalah tidak proaktif dan sikap endah tak endah seringkali melambatkan proses pembaikan jalan tersebut.

Cara nak saman pihak berkuasa jika anda kemalangan sebab jalan berlubang 02

Semoga cepat sembuh, KJ! Sumber: Instagram @khairykj

Baru-baru ini, Khairy Jamaluddin kemalangan jatuh basikal sehingga menyebabkan beliau pengsan dan mengalami konkusi. Pihak JKR Kuala Langat pantas menciap permohonan maaf kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu, tapi kita orang awam pun mula menggaru kepala – kalau kita yang kena, ada yang peduli atau tidak?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kita sebagai pengguna jalan raya yang bayar cukai setiap tahun, apa hak kita dalam kes sebegini? Bolehkah kita saman kerajaan kalau jalan rosak/berlubang mengakibatkan kerosakan kenderaan atau kecederaan tubuh badan?

Cara nak saman pihak berkuasa jika anda kemalangan sebab jalan berlubang 01

Kami rujuk nasihat diberi AskLegal bagi situasi ini. Mereka menyatakan yang jalan raya awam dibina dan diselenggara oleh kerajaan negeri seperti yang dihuraikan di dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974; kecuali lebuh raya yang mempunyai syarikat konsesi sendiri seperti PLUS serta jalan raya persendirian yang dimiliki oleh sesebuah syarikat ataupun jalan raya bersijil strata seperti di kondominium.

Orang awam sebenarnya boleh memfailkan saman terhadap Kerajaan di bawah Seksyen 5 di dalam Akta Prosiding Kerajaan 1956. Tetapi, anda perlu memenuhi kriteria bagi pemfailan saman tersebut kerana saman atas kecuaian memerlukan bahan bukti yang mencukupi supaya pampasan boleh dituntut dari pihak cuai (kerajaan).

Cara nak saman pihak berkuasa jika anda kemalangan sebab jalan berlubang 02

Proses pemfailan saman ini mungkin agak sukar dan mengambil masa yang lama untuk dibuat kerana kes haruslah cukup kukuh menunjukkan kecuaian dari pihak bertanggungjawab. Kata kuncinya di sini ialah CUAI.

Dalam satu kes yang diceritakan oleh AskLegal, seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan di Bukit Minyak, Pulau Pinang disebabkan oleh jalan berlubang pada tahun 2009 berjaya menuntut pampasan dan pemfailan saman beliau diterima oleh Mahkamah Rayuan.

Cara nak saman pihak berkuasa jika anda kemalangan sebab jalan berlubang 03

Ketika kejadian, mangsa yang bernama Raymond Cheah menaiki motosikal untuk turun bekerja dan terlanggar dua lubang besar berturut-turut – lubang pertama berukuran 1.4 meter dan yang kedua pula 1.6 meter. Mangsa mengalami kecederaan dan motosikal mangsa rosak teruk.

Saman yang difailkan mangsa terhadap kerajaan gagal diterima di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Tinggi. Tetapi, mangsa akhirnya menang di Mahkamah Rayuan atas sebab-sebab berikut:

  • Penyelenggaraan jalan raya tersebut jatuh di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Pulau Pinang,
  • Lubang jalan tersebut pernah mengakibatkan kemalangan terdahulu,
  • Pihak kerajaan tidak meletakkan kon atau papan tanda amaran pada lubang jalan tersebut,
  • Saksi bagi Jabatan Kerja Raya (JKR) berkata yang JKR menjalankan pemeriksaan jalan raya dua kali sebulan dan sepatutnya sedar akan kewujudan lubang jalan tersebut,
  • oleh itu, pihak kerajaan sebenarnya sedar dan tahu akan kewujudan lubang jalan itu sebelum kemalangan terjadi,
  • dan saksi JKR itu juga mengakui yang apabila mereka tidak membaiki jalan tersebut, pihak kerajaan cuai.

Tambahan pula, hakim Vernon Ong menyatakan yang pihak kerajaan sedar yang jalan raya tersebut sememangnya sering sesak dan banyak kenderaan berat yang melaluinya saban hari. Oleh itu, tiada alasan untuk tidak menyelenggara lubang jalan tersebut.

Cara nak saman pihak berkuasa jika anda kemalangan sebab jalan berlubang 04

Nak tahu kenapa jalan raya di Malaysia selalu rosak dan tidak diselenggara dengan betul? Klik di sini untuk baca.

Berani kerana benar, kita ada hak!

Saman harus dibuat dalam masa 3 tahun selepas kemalangan terjadi. Oleh itu, kami sarankan kepada sesiapa yang berkemampuan untuk menuntut hak sebagai orang awam dalam kes sebegini. Benda boleh diusahakan, kenapa kita tak nak tuntut hak sendiri?

Kenderaan yang elok dan tubuh badan yang sihat adalah faktor penting dalam kebolehlangsungan hidup kita apabila kita keluar mencari rezeki. Jika lebih ramai yang berjaya memfailkan saman, mana tahu, pihak berkuasa akhirnya sedar akan tanggungjawab mereka?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda