window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pasangan Diraja pilih Toyota Hilux untuk redah banjir di Maran, Pahang bagi mengurniakan bantuan

Mersita · Jan 5, 2021 05:00 PM

Pasangan Diraja pilih Toyota Hilux untuk redah banjir di Maran, Pahang bagi mengurniakan bantuan 01

Sumber: Facebook rasmi Istana Negara

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong hari ini berkenan memandu sendiri di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), meredah banjir bagi merasa sendiri kesukaran yang dihadapi rakyat di sana yang kini dibelenggu banjir teruk.

Pasangan Diraja pilih Toyota Hilux untuk redah banjir di Maran, Pahang bagi mengurniakan bantuan 02

Lawatan mengejut oleh pasangan DiRaja tersebut adalah untuk mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar daerah Maran.

Turut berangkat bersama-sama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah YAM Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pasangan Diraja pilih Toyota Hilux untuk redah banjir di Maran, Pahang bagi mengurniakan bantuan 01

Sumber: Facebook rasmi Istana Negara

Merujuk kepada laman Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilihat bergambar bersama kenderaan jenis Toyota Hilux yang digunakan bagi tujuan lawatan ini.

Pastinya segala langkah keselamatan diambil bagi memastikan perjalanan yang selamat termasuklah dua anggota yang menjaga kedua-dua belah sisi trak pikap 4x4 tersebut sambil ia dipandu meredah banjir yang parasnya dilihat sudah mencecah bahagian bawah gril hadapan Hilux tersebut.

Dalam muatnaik yang terbaru pula, Seri Paduka Baginda dilihat sudah tiba di empat PPS di daerah tersebut iaitu SMK Maran, Surau Kampung Jara, SK Kuala Sentul, dan juga Masjid As Syakirin.

Seri Paduka turut berkenan meluangkan masa menyantuni mangsa-mangsa banjir yang berada di PPS tersebut dan mengurniakan sumbangan kepada mereka bagi meringankan beban yang ditanggung.

Sebagai ketua negara yang berhati rakyat, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong nyata prihatin dan mengambil berat akan kesukaran rakyat Malaysia di masa getir ini. Pelbagai kesukaran dan berita malang yang kita dengar lewat ini termasuklah penduduk yang kehilangan harta benda, haiwan ternakan, mata pencarian, dan yang lebih malang kehilangan nyawa.

Pasangan Diraja pilih Toyota Hilux untuk redah banjir di Maran, Pahang bagi mengurniakan bantuan 02

Keadaan banjir di Kpg. Jara, Kuala Sentul, Maran pada Jumaat lepas. Gambar: JBPM Pahang

Ruangan komen di muat naik tersebut dilimpahi pujian dan sokongan dari netizen seMalaysia. Baginda sememangnya dikenali sebagai ketua negara yang cukup gemar menglibatkan diri secara langsung dan menyantuni rakyat dengan cara yang lebih bersahaja. 

Semoga Tuhan mencucuri rahmat dan kesihatan sempurna kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sekeluarga.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda