Honda kekal jenama bukan nasional No.1 untuk tahun ke-6, lebih 10,800 unit City di jalanraya!

Zamil Syaheer · Jan 5, 2021 04:00 PM

Honda kekal jenama bukan nasional No.1 untuk tahun ke-6, lebih 10,800 unit City di jalanraya! 01

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (HMSB) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mencapai jumlah penjualan sebanyak 60,469 unit pada tahun 2020. Honda berjaya mengekalkan kedudukan posisi mereka di segmen bukan nasional untuk tahun keenam berturut-turut. Angka penjualan ini disumbangkan oleh penjualan Honda City (34% daripada jumlah penjualan), Honda Civic (20%) dan Honda HR-V (17%).

Walau bagaimanapun, angka ini adalah penurunan sebanyak 29.3% daripada penjualan tahun 2019 (85,418 unit). Sebahagian besar penurunan ini dapat dikaitkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan/Perintah Pergerakan Bersyarat (MCO, CMCO) akibat pandemik Covid-19.

Honda City memecah rekod

Honda kekal jenama bukan nasional No.1 untuk tahun ke-6, lebih 10,800 unit City di jalanraya! 02

City serba baru mencatatkan penjualan bulanan tertinggi dalam sejarah dengan lebih 5,500 unit terjual pada Disember 2020 sahaja. Dilancarkan pada Oktober 2020, jumlah tempahan sedan segmen B baru ini mencapai 15,200 unit, menjadikannya salah satu angka tempahan tertinggi untuk model baru yang dilancarkan di Honda Malaysia pada separuh kedua 2020.

Sejak dilancarkan hingga Disember tahun lalu, Honda Malaysia telah menyerahkan kira-kira 10,800 unit City kepada pelanggan – tiga kali ganda lebih dari 3,200 unit Proton X50 yang diserahkan tahun lalu.

Honda kekal jenama bukan nasional No.1 untuk tahun ke-6, lebih 10,800 unit City di jalanraya! 01

Rakyat Malaysia menyukai kereta yang sarat dengan kelengkapan, justeru itu tidak heranlah varian 1.5 V paling popular - merangkumi 52% penjualan kumulatif. Ingat artikel kami mengenai bagaimana warna putih bagi kereta baru adalah warna paling popular di dunia? Ini terbukti di sini sekali lagi, dengan Platinum White Pearl menjadi warna yang paling digemari pelanggan (26% daripada jumlah penjualan).

Honda kekal jenama bukan nasional No.1 untuk tahun ke-6, lebih 10,800 unit City di jalanraya! 02

48% dari jumlah penjualan Honda City terdiri dari wilayah tengah Semenanjung Malaysia, diikuti oleh wilayah Selatan pada 19% dan wilayah Utara pada 18%.

Spesifikasi dan varian Honda City 2020

Honda kekal jenama bukan nasional No.1 untuk tahun ke-6, lebih 10,800 unit City di jalanraya! 03

Harga dengan pengecualian cukai

Honda City hadir dalam tiga varian petrol (S, E dan V) dan satu hibrid (RS). Membuat debutnya di Malaysia, varian 2-motor i-MMD e: HEV RS masih lagi tiada tanda harga dan ianya dijangka akan dilancarkan awal tahun ini.

Honda kekal jenama bukan nasional No.1 untuk tahun ke-6, lebih 10,800 unit City di jalanraya! 04

Varian petrol City yang dijual pada masa ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter 4 silinder aspirasi natural yang dipadankan dengan transmisi CVT, menghasilkan 121 PS dan 145 Nm. Ia bersaing dengan Nissan Almera 2020 serba baru dan Toyota Vios 2021 yang dikemas kini.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru