window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Raize, Alphard - antara 5 kereta paling laris di Jepun tahun 2020 yang ada di Malaysia!

Haris · Jan 11, 2021 09:00 PM

Toyota Raize, Alphard - antara 5 kereta paling laris di Jepun tahun 2020 yang ada di Malaysia! 01

Jenama Jepun sememangnya menjadi pilihan utama bagi sesetengah pembeli di Malaysia. Oleh yang demikian, sudah tentu model kereta terlaris di Jepun mampu menjadi penanda aras terawal untuk model-model yang bakal berjaya di Malaysia.

Toyota Raize, Alphard - antara 5 kereta paling laris di Jepun tahun 2020 yang ada di Malaysia! 02

Imej oleh The Federal News

Menurut Japan Automobile Dealer Association (JADA), berikut adalah model paling laris di Jepun pada tahun 2020 (kategori bukan kereta-kei).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
No Model Unit Jualan Tahun 2020
1 Toyota Yaris 151,766
2 Toyota Raize 126,038
3 Toyota Corolla 118,276
4 Honda Fit 98,210
5 Toyota Alphard 90,748
6 Toyota Roomy 87,242
7 Honda Freed 76,283
8 Toyota Sienta 72,689
9 Nissan Note 72,205
10 Toyota Voxy 69,517

Toyota Raize, Alphard - antara 5 kereta paling laris di Jepun tahun 2020 yang ada di Malaysia! 01

Toyota Yaris yang merangkul tempat pertama bukanlah Toyota Yaris yang ada pada pasaran Malaysia. Toyota Yaris tersebut adalah model generasi keempat (asas kepada model Toyota GR Yaris) dan belum lagi menjengah ke Malaysia.

Model Toyota Yaris di Malaysia adalah generasi ketiga XP150 dengan facelift baru-baru ini.

Toyota Raize, Alphard - antara 5 kereta paling laris di Jepun tahun 2020 yang ada di Malaysia! 02

Lebih menarik perhatian adalah model Toyota Raize yang bakal dilancarkan di Malaysia di bawah tanda nama Perodua D55L tahun ini. Toyota Raize sebelum ini juga berjaya mencatatkan model terlaris selama beberapa bulan di Jepun.

Toyota Raize, Alphard - antara 5 kereta paling laris di Jepun tahun 2020 yang ada di Malaysia! 03

Kesemua 10 model yang terlaris di Jepun menunjukkan 1 nuansa rekaan kereta yang sangat menonjol. Rakyat Jepun masih menyukai rekaan yang ‘berkotak’.

Antara model 'berkotak' yang popular di Malaysia adalah Toyota Alphard yang menduduki tempat ke 5 dalam senarai ini.

Toyota Raize, Alphard - antara 5 kereta paling laris di Jepun tahun 2020 yang ada di Malaysia! 04

Jika melihatkan dominasi Toyota Alphard dalam senarai ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Toyota Vellfire akan digugurkan bagi menumpukan usaha jualan terhadap Toyota Alphard.

Sebelum ini, Toyota Estima terlebih dahulu digugurkan dalam barisan model Toyota pada tahun 2019.

Toyota Raize, Alphard - antara 5 kereta paling laris di Jepun tahun 2020 yang ada di Malaysia! 05

Honda N-Box

Walaubagaimanapun, jika mengambil kira model kereta-kei di Jepun, Honda N-Box adalah model kereta paling laris di Jepun.

Dengan penjualan sebanyak 195,984 unit, Honda N-Box adalah kereta no 1 di Jepun. Kereta-kei mempunyai struktur pencukaian berbeza dan beberapa kelebihan berkaitan kewangan yang lain, menjadikan model kereta-kei jatuh dalam senarai yang berbeza.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda