window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih?

Mersita · Jan 25, 2021 08:00 PM

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih? 01

Mungkin antara anda ada yang perasan harga kereta baru semakin mencanak naik. Rakyat Malaysia dah lama mengadu tentang harga kereta yang mahal disebabkan oleh struktur cukai kita yang ‘tak adil’. Tapi, sebenarnya inilah persoalan yang membelenggu bukan saja oleh orang kita, tapi juga konsumer di seluruh dunia.

Data yang dikumpul Edmunds.com dari Amerika Syarikat menunjukkan purata harga transaksi bagi kereta baharu telah meningkat dari USD 23,900 pada tahun 2008 hingga USD 39,000 pada tahun 2019 – data yang diperoleh dari tahap pra-pandemik.

Perkara ini bertentangan dengan logik konvensional. Anda mungkin berpendapat yang produk lebih murah dan mampu milik akan ada daya tarikan yang lebih tinggi berbanding produk lebih mahal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdekad lamanya, hakikat ini diterima oleh orang ramai. Ini tidak termasuk beberapa pengecualian – kereta yang paling murah dalam banyak-banyak kereta yang dikeluarkan sesebuah kilang seringkali ternobat sebagai model paling laris – antaranya Volkswagen Beetle (jenis ‘air-cooled’), Austin Mini, Ford Escort, Datsun Sunny.

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih? 01

Suatu ketika dulu pernah menjadi model paling murah dan paling laris bagi syarikat tersebut, semuanya berubah

Perkara ini menjadi kisah lama bagi banyak pasaran di seluruh dunia, dimana SUV yang lebih mahal kini lebih laris berbanding sedan/hatchback.

Di Malaysia pula, kereta paling laris bukanlah kereta paling murah iaitu Perodua Axia, tapi ia dirangkul oleh Perodua Myvi – yang dijual pada harga antara RM 41,292 to RM 52,697.

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih? 02

Perodua Axia – Kereta paling murah di Malaysia, tapi bukannya yang paling popular

Perkara ini agak berbeza dengan keadaan pasaran 25 tahun lalu, apabila model terlaris Perodua adalah Kancil/Viva. Julat harga RM 40 – RM 50 ribu lebih kini didominasi oleh Myvi, yang dahulu diduduki oleh Perodua Kembara dan Rusa. Jumlah jualan kenderaan pada masa dahulu terjurus kepada arah yang lebih masuk akal – Kancil/Viva yang lebih murah lebih laris berbanding semua model-model Perodua yang lain.

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih? 03

Sejak pertengahan 2000-an, purata harga transaksi model-model Perodua meningkat sekali ganda dari tahun 1990-an. Myvi lebih laris daripada Axia

Maksudnya, konsumer semakin lama semakin banyak duit? Tak juga, data kenaikan kadar gaji dan pendapatan isi rumah di seluruh dunia menunjukkan yang kadar pendapatan tidak meningkat selari dengan peningkatan harga kereta.

Oleh itu, apa yang terjadi sebenarnya?

1. Ketersediaan skim pinjaman dengan tempoh lebih lama

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih? 04

Faktor terbesar yang menaikkan angka purata harga transaksi ialah peningkatan dari segi ketersediaan tempoh pinjaman yang lebih panjang. Walau di AS, pinjaman kereta 7 tahun pun sudah menjadi satu kebiasaan. Data dari Consumer Financial Protection Bureau USA menunjukkan yang hampir separuh daripada jumlah pinjaman kereta di AS kini adalah untuk 6 tahun atau lebih lama. Pada tahun 2009, hanya 26 peratus daripada pinjaman kereta di negara itu yang lebih daripada 6 tahun.

Ketersediaan tempoh pinjaman lama sebegini memberi konsumer satu ilusi yang mengatakan mereka mampu membeli kereta tersebut, walaupun sebenarnya tidak.

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih? 05

“Jika anda tak mampu nak bayar habis kereta tersebut dalam masa 3 – 4 tahun, anda mungkin juga sebenarnya tak mampu membeli kereta tersebut pada awalnya lagi,” kata perancang kewangan, Ryan Marshall, dalam satu temu bual bersama CNBC.

Perlu diingatkan yang pinjaman kereta di AS strukturnya berbeza sedikit dengan jenis pinjaman kita. Di Malaysia, bayaran balik pinjaman kereta (secara teknikalnya sewa beli) dikira berdasarkan jumlah yang dipinjam, bukannya baki, dan ini membuatkannya lebih membebankan peminjam terutama sekali dengan ‘Rule of 78’. Di tempat lain, bayaran balik dikira berdasarkan baki pinjaman tersebut (loan’s remaining balance).

Tapi, perkara ini masih tidak dapat menjelaskan mengapa konsumer membuat pinjaman yang lebih tinggi.

2. Peralihan minat kepada SUV, lebih ramai mahukan kereta dengan lebih banyak kelengkapan

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih? 06

Konsumer kini beralih selera dari sedan kepada SUV pula

Satu lagi faktor yang memainkan peranan ialah peralihan citarasa konsumer dari sedan kepada SUV yang selalunya lebih besar dan lebih mahal.

Pembuat-pembuat kereta bersuka ria memenuhi permintaan ini kerana kereta yang lebih besar seperti SUV menawarkan margin keuntungan yang lebih besar berbanding hatchback sub-kompak atau sedan, misalnya.

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih? 07

Pembeli Civic beralih arah kepada HR-V dan CR-V

Selain dari itu, konsumer juga mahukan lebih banyak kelengkapan di dalam kereta baru mereka – dari paparan infotainmen yang canggih dan ‘fancy’ sehinggalah kelengkapan yang memudahkan seperti pintu but automatik, dan bantuan pemanduan canggih seperti ‘adaptive cruise control’ dan ‘autonomous emergency braking’ (AEB). Semua ini menaikkan lagi harga kereta tersebut.

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih? 08

Konsumer di Malaysia mahukan lampu hadapan LED dan rim aloi besar walaupun pada kereta spesifikasi rendah yang murah seperti Bezza

Perkara ini adalah lebih ketara di Malaysia, dimana varian paling murah bagi Perodua Bezza perlu didatangkan dengan rim aloi dan lampu LED. Di tempat lain pula, orang tak hairan melihat BMW 3 Series dipasang dengan penutup tayar plastik dan lampu halogen.

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih? 09

Sebuah BMW tipikal yang dibeli oleh orang Eropah – gaya badan wagon, lampu halogen dipadankan dengan rim kecil dan tayar tebal yang lebih selesa dan masuk akal. Gambar ini diambil pada tahun 2013 di Switzerland, salah satu negara terkaya di Eropah.

Mengapa pembeli di Eropah tak banyak ‘cekadak’ dalam pembelian kereta premium mereka? Perkara ini berkait rapat dengan persepsi umum mereka, iaitu kereta bukanlah satu kemewahan. Ia dianggap produk premium yang mampu dibeli dan pada masa yang sama cukup bagus untuk keperluan harian mereka, bukannya untuk menunjuk atau nampak mewah.

3. Kereta murah tak laku

Selain itu, faktor kebiasaan atau ‘familiarity’ juga memainkan peranan, dan perkara ini lebih jelas dilihat di pasaran-pasaran membangun seperti India dan China.

Sebab utama mengapa Tata Nano gagal – dulu pernah dinobat sebagai ‘kereta paling murah di dunia’ yang akan mewujudkan satu kumpulan pembeli baru – adalah disebabkan oleh kombinasi antara penerimaan produk (product familiarity) dan kekurangan daya tarikan beraspirasi (aspirational appeal).

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih? 10

Kegagalan Tata Nano mengajar pengilang kereta satu perkara – konsumer tak berduit pun nak ‘jaga muka’

Konsumer di India pula menghadapi kesukaran untuk menerima kereta yang tak dikenali walaupun murah. Jika mereka mahu membelanjakan wang hasil usaha keras mereka untuk sebuah kereta, biarlah yang nampak bagus sikit di mata orang lain. Kalau tak, mereka lebih percayakan motosikal Honda mereka.

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih? 11

Kereta pertama Geely, Haoqing, bukanlah kereta celup Daihatsu Charade semata-mata, tapi ia celup atas celup dengan Xiali milik FAW Tianjian

Pengalaman pembelajaran ini sama dengan apa yang dirasai oleh Geely dengan konsumer di China. Syarikat itu menceburi perniagaan automotif dengan menjual kereta celup murah dari jenama kereta asing kepada kawasan-kawasan pedalaman.

Tapi, mereka mula mencapai kejayaan sebagai jenama domestik No.1 di China apabila mereka melancarkan produk-produk lebih mewah seperti Borui dan Boyue yang disasarkan kepada pembeli dari kelas pertengahan dan atasan.

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih? 12

Geely menceburi perniagaan kereta dimulakan dengan kereta-kereta murah, tapi berjaya menjadi jenama domestik No.1 di China hanya apabila mereka berjaya meyakinkan pembeli untuk memilih model-model berspesifikasi tinggi mereka yang kini lebih laris daripada kereta murah mereka

Walau di Indonesia, Toyota Avanza/Daihatsu Xenia yang lebih mahal lebih laris daripada model-model lebih kecil dan lebih murah yang dikeluarkan oleh kumpulan Toyota Motor.

Malah, Toyota Rush pun lebih laku daripada kembar Axia di Indonesia iaitu Daihatsu Ayla/Toyota Agya walaupun kedua-duanya hanya separuh daripada harga Rush. Dua-dua pun jualannya suam-suam saja.

Kereta murah dah tak laku macam dulu. Kenapa kita sanggup belanja lebih? 13

Daihatsu Ayla ialah salah satu kereta termurah di Indonesia, tapi ia jauh sekali daripada gelaran kereta paling laris (berdiri hanya di tangga ke-8)

Kesimpulannya, pembuat-pembuat kereta sudah sedar yang harga murah tidak semestinya menjaminkan angka jualan yang tinggi. Bank pun menawarkan tempoh pinjaman yang lebih panjang, oleh itu konsumer pun rela untuk membuat pinjaman yang lebih murah bulanannya walaupun terpaksa menanggung komitmen hampir sedekad lamanya.

Walaupun rakyat Malaysia habiskan banyak duit untuk kereta mereka, isu harga kereta yang tinggi bukanlah terjadi di Malaysia sahaja kerana keseluruhan industri kereta sememangnya sudah menjurus kepada kereta-kereta yang lebih mahal.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda