window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja?

Haris · Jan 31, 2021 04:00 PM

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja? 01

Enjin 3 silinder dasawarsa ini meniti populariti dalam kalangan pengeluar kereta. Antara model bertuah yang dipasangkan dengan enjin ini adalah Nissan Almera turbo, Honda City pasaran Thailand, Proton X50 dan lebih mengujakan, Toyota GR Yaris.

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja? 02

Malah, Christian von Koenigsegg juga memilih 3 silinder dalam usaha mengejar 600 HP kuasa kuda, kini menjadi hero peminat enjin 3 silinder. Geely-Volvo pula bertungkus lumus mempromosikan enjin 3 silinder terbaru mereka.

Oleh itu, di manakan pendirian kita mengenai enjin 3 silinder ini pasca Wawasan 2020?

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebahagian besar pengalaman enjin 3 silinder kita adalah berdasarkan Perodua Kancil dan Perodua Kelisa. Walaupun menjadi kegemaran ramai dan Too Phat, kita tidak akan lupa gegaran enjin ketika kunci penghidup diputarkan.

Maka begitulah tanggapan kita terhadap enjin 3 silinder.

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja? 01

Punca. Foto oleh: housedoktor

Oleh yang demikian, pasca Wawasan 2020, elok juga kita menyemak balik kemajuan teknologi sektor automotif ini. Adakah gegaran, ketahanan dan tahap kebisingan enjin ini seiring dengan kemajuan atau masih di takuk sama?

Gegaran Enjin

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja? 02

Secara mudahnya, enjin bernombor ganjil mempunyai masalah untuk mengimbangi daya yang dijana. Bukan enjin 3 silinder sahaja yang mempunyai masalah tersebut, 1 dan 5 silinder pun ada.

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja? 03

3 silinder (merah) menghasilkan lebih banyak gegaran berbanding 4 silinder (biru) menurut kajian Honda)

2 komponen yang paling banyak digunakan untuk mengatasi masalah ini adalah aci engkol beban lawan (counterweighted crankshaft) dan aci pengimbang (balancing shafts)

Beberapa strategi yang berlainan turut dimasukkan ke dalam resepi pembangunan enjin seperti mengurangkan berat komponen salingan (contohnya Honda City 1.0) dan pam pendesak minyak tidak simetri (asymmetrical oil pump impellers) seperti yang terdapat pada enjin 3 silinder Proton.

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja? 04

Aci engkol pada enjin Honda City 1.0 Turbo adalah lebih kecil dan ringan

Walaubagaimanapun, fizik adalah fakta dan graf perbezaan enjin 3 silinder dengan 4 silinder oleh Honda masih menunjukkan perbezaan besar mengenai gegaran enjin pada rpm rendah.

Apa yang boleh dilakukan oleh pengeluar adalah mengurangkan lagi gegaran tersebut dengan pautan enjin (engine mounting) dan rekaan casis.

Tahap Kebisingan

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja? 05

Tahap kebisingan pada enjin 3 silinder (merah) berbanding 4 silinder (biru)

Graf kajian Honda juga mengesahkan tahap bunyi yang lebih tinggi pada enjin 3 silinder. Kedua-duanya mempunyai persamaan, rpm tinggi mengurangkan tahap bunyi dan gegaran.

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja? 06

Dalam ujian dunia nyata Wapcar.my, kami menggunakan meter desibel dalam kereta dan bunyi di dalam kereta tidaklah begitu signifikan antara kedua-dua enjin.

Ujian kami meliputi tahap bunyi ketika enjin melahu (idling), 60 km/j, 90 km/j dan 110 km/j. Berikut adalah keputusannya.

Tahap Kebisingan Kabin (dB)
Model Honda City 1.5 V 2020 Proton Persona 1.6 201 Nissan Almera 1.0 VLT 2020
0 km/j (tanpa AC) 39 42 38
0 km/j (dengan AC) 46 47 46
60 km/j 65 63 62
90 km/j 68 66 66
110 km/j 70 70 68

Nissan Almera VLT 2020 menunjukkan tahap kebisingan yang lebih rendah berbanding pesaingnya dengan enjin 3 silinder. Sudah tentu, tugas peredaman bunyi memainkan peranan penting dalam hal ini.

Ketahanan

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja? 07

Kurang bukti kukuh yang dapat dijadikan hujah bagi mempersoalkan kredibiliti ketahanan enjin 3 silinder. Malah, bahan binaan enjin sama tidak kiralah 3 silinder ataupun 4 silinder dan seterusnya. Justeru, di mana isunya?

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja? 08

Isu ketahanan mungkin dikaitkan dengan penggunaan enjin 3 silinder pada model bajet atau tahap pengenalan (entry level). Secara teori konspirasinya, bahan binaan enjin tentulah dibuat dengan bahan binaan yang bermutu rendah bagi mengurangkan kos.

Trend undang-undang karbon yang lebih ketat dasawarsa ini menyaksikan kebangkitan enjin 3 silinder digunakan pada model pertengahan, segmen B misalnya. Malah, ada yang dipasang pada kereta yang lebih premium.

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja? 09

Enjin 3 silinder yang ada pada Perodua Kancil, Nissan Almera, Proton X50, Toyota GR Yaris, dan Koenigsegg Gemera dibangunkan dengan bajet yang berbeza antara satu sama lain.

Oleh itu, isu ketahanan tidak sepatutnya dibangkitkan.

Bukan ada ke enjin 3 silinder yang teruk?

Sudah tentu. Malah, ada beberapa model kereta yang kembali kepada enjin 4 silinder selepas kegagalan melaksanakan strategi enjin 3 silinder.

Sebagai contoh, GAC Trumpchi GS3 kembali menggunakan enjin 4 silinder pada tahun 2020 selepas beberapa tahun menggunakan enjin 3 silinder. Belum dapat dipastikan spesifikasi model ini apabila ia disahkan hadir untuk Malaysia.

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja? 10

Bagi masalah kehausan pautan enjin (enjin mounting), ini berkait rapat dengan daya gegaran enjin. Tidak dinafikan, enjin yang tidak seimbang akan cepat menghauskan pautan enjin.

Kesimpulan

Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja? 11

Bukan semua enjin 3 silinder dicipta sama. Setiap orang mempunyai citarasa masing-masing. Kemajuan teknologi juga telah menjadikan enjin 3 silinder sebagai pilihan yang kukuh. Tidak elok kita berbalah sesama sendiri mengenai isu picisan seperti jumlah silinder enjin dan jenis pacuan timing enjin.

Apa pengalaman buruk anda dengan enjin 3 silinder ini? Kongsikan dengan kami pada bahagian komen!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda