window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua D55L dilakar sebagai Kembara! Ramalan paling cun setakat ini?

Mersita · Jan 27, 2021 02:00 PM

Perodua D55L dilakar sebagai Kembara! Ramalan paling cun setakat ini? 01

Kredit gambar: Theophilus Chin

Perodua D55L, SUV baharu dari jenama kereta nasional kedua itu pastinya satu model baru yang ditunggu-tunggu dan penuh misteri. Setakat ini, kita sudah sedia maklum yang ia akan dibina berdasarkan Toyota Raize/Daihatsu Rocky dari pasaran Jepun. Namun, agak payah untuk dapatkan lebih gambar intipan dari Perodua, cuma ada satu setakat ini.

Perodua D55L dilakar sebagai Kembara! Ramalan paling cun setakat ini? 02

Oleh itu, apabila bercakap tentang rupa paras model Perodua baharu, kita hanya boleh harapkan gambar lakaran hasil buah fikiran pelakar popular seperti Theophilus Chin.

Dalam gambaran terbaru beliau bagi Perodua D55L, beliau memberi SUV segmen B baharu ini plat nama Kembara – salah satu daripada nama rasmi yang kami ramalkan untuk D55L.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua D55L dilakar sebagai Kembara! Ramalan paling cun setakat ini? 01

Selain daripada emblem Perodua di hadapan, interpretasi Theo bagi Kembara/D55L menunjukkan gril hadapan yang baharu dengan tiga bilah melintang serta perumah lampu kabus hadapan yang direka-semula. Perincian ini tampak serupa dengan lampu kabus pada Perodua Bezza 2020.

Perodua D55L dilakar sebagai Kembara! Ramalan paling cun setakat ini? 02

Theo juga melakar bahagian belakang D55L/Kembara dengan cukup menarik sekali – dimana ia diberi hiasan bampar belakang yang juga tampak sama dengan Perodua Bezza.

Perodua D55L dilakar sebagai Kembara! Ramalan paling cun setakat ini? 03

Perodua D55L yang akan datang nanti ialah sebuah SUV segmen B yang akan dipadatkan dengan kelengkapan-kelengkapan yang julung kali digunakan oleh Perodua; contohnya enjin berpengecas turbo (98 PS, 140 Nm), transmisi automatik jenis CVT, dan juga penggunaan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Perodua D55L dilakar sebagai Kembara! Ramalan paling cun setakat ini? 04

Kursus/latihan jualan bagi Perodua D55L pada mulanya dirancang untuk berjalan pada 8 Febuari 2021 manakala jualannya dirancang bermula sebulan selepas itu iaitu pada bulan Mac. Tapi, keadaan pandemik COVID-19 kali ini mungkin akan mengakibatkan perubahan jadual.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda