window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k!

Haris Β· Jan 29, 2021 09:00 AM

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 01

Selepas pelancaran Toyota Yaris Cross, Singapura kini menerima sebuah lagi model SUV buatan Jepun. Toyota Harrier 2021 serba baru kini rasmi dilancarkan di Singapura pada harga bermula SGD 161k (~RM 488k) hingga SGD 174k (~RM 528k).

Varian Toyota Harrier 

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 02

Antara model terlaris di Jepun tahun lepas, Toyota Harrier ditawarkan dalam 2 varian iaitu Elegance dan Luxury Hybrid. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 01

Imej Toyota Harrier generasi ketiga masih dikekalkan namun ditambah dengan beberapa kemaskini perincian. Lambang 'helang' yang sinonim dengan Toyota Harrier ini kini digantikan dengan lambang Toyota.

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 02

Keseluruhan model generasi ketiga ini tampak kemas dengan rim 18 inci, lampu LED depan dan belakang serta rekaan gril hadapan melintang. Jalur LED pada bahagian belakang juga turut dikemaskini, sedikit kecil berbanding sebelumnya.

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 03

6 pilihan warna yang ditawarkan pada Toyota Harrier spesifikasi Singapura adalah Precious Black / Dark Blue Mica / Sensual Red Mica / Steel Blonde Metallic / White Pearl Crystal Shine dan Slate Grey Metallic.

Spesifikasi

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 04

Toyota Harrier generasi keempat adalah model seba baharu. Toyota Harrier dibina di atas platform TNGA-K yang paling berkualiti dari Toyota, sama seperti Toyota RAV4.

Spesifikasi Toyota Harrier 2021
Varian 2.0 Elegance 2.5 Hybrid Luxury
Spesifikasi

M20A-FKS (petrol)

4 silinder 2.0-liter NA

172 PS / 203 Nm

CVT

A25A-FXS (hybrid)

4 silinder, 2.5-liter NA

Output kuasa gabungan: 218 PS

e-CVT

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 05

Kedua-duanya menggunakan enjin Dynamic Force yang terbaru oleh Toyota, juga boleh didapati pada Toyota RAV4.

Ciri kelengkapan

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 06

2 kombinasi warna ditawarkan - hitam penuh atau kombinasi hitam coklat.

Sesuai dengan harganya, Toyota Harrier menerima kemasan kulit di keseluruhan kabin dalaman. Kemasan ini meliputi stereng, papan pemuka, konsol tengah dan perehat lengan.

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 07

Paparan HUD bersaiz 10.5 inci, sistem infotainment skrin sesentuh 8-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, dan pencahayaan ambien adalah antara ciri peralatan standard pada kedua-dua varian.

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 08

Ruang but berkapasiti 396 liter dengan tempat duduk belakang tegak, dan semua varian dilengkapi dengan daun pintu belakang bebas tangan berkuasa dengan kick sensor.

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 09

Perbezaan pada varian Luxury Hybrid pula adalah pengecas tanpa wayar dan tempat duduk depan boleh laras elektronik (dengan fungsi memori dan pengudaraan).

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 10

Selain itu, tambahan pada varian Luxury juga adalah Full Digital Mirror - iaitu cermin pandang belakang digital lebar yang menggantikan cermin jenis kaca konvensional.

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 11

Bukan itu sahaja, terdapat bumbung suria elektrokromatik pada varian Luxury yang mampu menggelapkan cermin dengan kemudahan pada satu butang sahaja.

Ciri keselamatan

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 12

Sebagai sebuah model mercu Toyota, Toyota Harrier 2021 menerima suite penuh ADAS iaitu Toyota Safety Sense. Di samping 7 beg udara, suite ini merangkumi: 

  • Pre-Collision System (PCS)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Lane Tracing Assist (LTA)
  • Lane Departure Assist (LDA)
  • Automatic High Beams (AHB)
  • Blind Spot Monitor with Rear Cross-Traffic Alert (BSM, RCTA)

Hadir ke Malaysia?

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 13

Malaysia hampir pasti bakal menerima model Toyota Harrier secara CBU Jepun. Walaubagaimanapun, perancangan awal telah melanjutkan tarikh pelancaran model SUV mewah ini disebabkan oleh PKP.

Toyota Harrier 2021 lancar di Singapura - enjin hybrid, 218 PS, harga bermula RM 488k! 14

Bukan sekadar itu, tempahan yang hangat di Jepun (9 bulan giliran menunggu) juga mungkin akan melanjutkan lagi pelancaran model ini ke Malaysia. Adakah anda teruja dengan Toyota Harrier 2021 serba baharu ini?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Harrier 2.0 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda