Seorang lelaki warga tempatan yang berusia 36 tahun diberkas oleh polis apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya merempuh bukan setakat 1, tetapi 2 roadblock PKP di daerah Melamam, Sipitang. Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 tengah hari itu telah mengakibatkan kerosakan pada beberapa peralatan sekatan jalan raya milik PDRM.
Menurut Ketua Polis Daerah Sipitang, pemandu tersebut datang dari arah Sipitang untuk menuju ke Tenom. Mengenai rempuhan pertama, suspek dilaporkan cuba untuk melarikan diri. 10 minit kemudian, suspek merempuh roadblock yang kedua.
Anggota polis telah mengejar dan berjaya memecahkan tayar Perodua Kancil tersebut di Kampung Bangsal, SIndumin, kira-kira 1 km dari lokasi roadblock. Ketika ditahan, suspek didapati berada dalam keadaan mabuk. Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sipitang untuk siasatan lanjut. Kini, suspek direman untuk mendapat keterangan mengenai niat merempuh roadblock sebanyak 2 kali.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh.