window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua D55L tiada transmisi manual, tak ikut Daihatsu Rocky spec Indonesia?

Haris · Jan 29, 2021 02:00 PM

Perodua D55L tiada transmisi manual, tak ikut Daihatsu Rocky spec Indonesia? 01

Umum mengetahui bahawa Perodua D55L adalah model SUV yang dibangunkan berasaskan Toyota Raize dan Daihatsu Rocky. Ura-ura turut mengatakan bahawa Daihatsu Rocky akan dilancarkan di Indonesia selain pelancaran Perodua D55L untuk Malaysia tahun 2021 ini.

Perodua D55L tiada transmisi manual, tak ikut Daihatsu Rocky spec Indonesia? 02

Daihatsu Rocky spesifikasi Jepun

Toyota Raize dan Daihatsu Rocky menggunakan transmisi CVT secara keseluruhan. Hal ini juga bermakna, berkemungkinan besar Perodua D55L juga akan menggunakan transmisi CVT.

Justeru, Perodua D55L mungkin akan menjadi satu-satunya model Perodua sekarang yang menggunakan CVT.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua D55L tiada transmisi manual, tak ikut Daihatsu Rocky spec Indonesia? 01

Dikuasakan oleh enjin 3 silinder 1.0 liter bercaj turbo, Perodua D55L mampu menghasilkan sebanyak 98 PS kuasa kuda dan 140 Nm tork.

Namun, perkembangan terbaru daripada laporan media Indonesia mendapati, Daihatsu Rocky yang bakal dilancarkan akan turut ditawarkan dalam transmisi manual. Hal ini berlainan dengan model pasaran Jepun yang menggunakan transmisi CVT sahaja.

Perodua D55L tiada transmisi manual, tak ikut Daihatsu Rocky spec Indonesia? 02

Dengan kit badan Modellista

Menurut Otodriver, kedua-dua model tersebut hampir pasti akan ditawarkan dalam transmisi manual, lebih spesifik lagi manual 6 kelajuan.

Sayangnya, Perodua D55L berkemungkinan besar tidak akan ditawarkan dalam transmisi manual. Hal ini kerana model ini dijangka akan diposisikan di antara Perodua Myvi dan Perodua Aruz.

Perodua D55L tiada transmisi manual, tak ikut Daihatsu Rocky spec Indonesia? 03

Perodua Myvi 1.3 dengan transmisi manual

Model Perodua Myvi 1.5 dan Perodua Aruz tidak ditawarkan dalam transmisi manual dan Perodua D55L dijangka akan meneruskan trend tersebut.

Varian transmisi manual masih ditawarkan pada model Perodua yang lebih rendah manakala Perodua D55L dijangka akan disasarkan sebagai model pertengahan. Peminat kereta di Malaysia mungkin akan terlepas peluang untuk memandu enjin 1.0 turbo dengan transmisi manual.

Perodua D55L tiada transmisi manual, tak ikut Daihatsu Rocky spec Indonesia? 04

Perodua D55L dijangka akan dilancarkan di Malaysia paling lewat sebelum pertengahan tahun 2021. Namun pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan telah melewatkan tarikh pelancaran asal.

Adakah Perodua D55L masih sempat mengejar tempoh lanjutan pengecualian cukai SST? Harap-harap sempat.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda