Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah

Mersita · Feb 2, 2021 05:00 PM

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 01

Mula-mula sekali, kami nak anda tahu yang Proton S50 tak wujud. Ia hanyalah salah satu nama dalam senarai plat nama/’nameplates’ yang ditanda-dagang oleh Proton, bersama-sama dengan Proton V70 dan Proton C50.

Tapi, kami tahu rakyat Malaysia ada minat yang tinggi terhadap perkara-perkara berkaitan Proton dan kini S50 pantas menjadi topik popular yang baru untuk dijadikan ‘makanan’ peminat-peminat jenama P1 ini.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 02

Netizen di Malaysia seperti sudah membuat konklusi sendiri yang Proton S50 akan menjadi pewaris Proton Preve/Proton Waja. Ura-ura ini tidak mengambil kira hakikat yang nama siri ‘50’ ini digunakan oleh SUV segmen B Proton X50.

Kalau nak diikutkan, Proton S50 sepatutnya merujuk kepada kereta segmen B generasi seterusnya iaitu Proton Persona. Tapi, tiada siapa yang boleh sahkan mana-mana khabar angin memandangkan kereta itu sendiri pun belum wujud lagi, bukan?

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 01

Tambahan pula, pada awal tahun 2019, Proton sendiri sudah mengesahkan yang sekurang-kurangnya 2 model sedan baharu dan 3 kenderaan jenis SUV/MPV sudah ada dalam perancangan. Dua daripadanya sudahpun dilancarkan iaitu Proton X70 CKD dan juga Proton X50.

Satu benda yang tertinggal dalam barisan kereta Proton yang sudah agak komprehensif ialah segmen C ‘Preve-class’ dan segmen D ‘Perdana-class’.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 02

Dalam banyak-banyak barisan model kereta Geely di China, Geely Binrui ialah yang paling hampir dengan model yang sepatutnya mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh Proton Preve – model yang sudah dihentikan produksinya pada tahun 2018.

Saiz dimensi Binrui juga lebih kurang sama dengan Honda Civic.

Ukuran (mm) Geely Binrui Honda Civic
Panjang 4,680 4,648
Lebar 1,785 1,799
Tinggi 1,460 1,416
Jarak Roda 2,670 2,700
Berat

1,360

(Rim 17")

1,327

(Rim 18")

Apabila dilancarkan pada tahun 2018, Binrui pada asalnya hanya boleh didapati dalam varian enjin 1.0 liter berpengecas turbo 3 silinder yang menjana kuasa 136 PS dan 205 Nm, dipadankan pula dengan kotak gear samada jenis manual 6 kelajuan ataupun automatik dwi-klac 6 kelajuan.

Pada tahun 2020, satu model facelift dilancarkan dan enjin 3 silindernya digugurkan; digantikan dengan enjin 1.4 liter berpengecas turbo 4 silinder yang menjana 141 PS dan 235 Nm, dipadankan secara eksklusif dengan transmisi automatik jenis CVT.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 03

Model baharu ini menerima sambutan yang agak menggalakkan, dimana 72,360 unit terjual dalam tahun 2020. Namun, ia masih kalah dengan pesaingnya dari Jepun – kalah teruk.

Jumlah jualan segmen C di China, 2020
Nissan Sylphy 538,680
VW Lavida 419,793
Toyota Corolla 350,310
VW Bora 326,341
VW Sagitar (new Jetta) 299,839
Toyota Levin (Corolla's twin) 226,683
Honda Civic 245,126
Geely Binrui 72,360

Pasaran sedan segmen C di China didominasi oleh Nissan Sylphy dengan jumlah jualan 538,680 unit dalam tahun 2020. Untuk sedikit konteks, tahun lepas jumlah jualan keseluruhan bagi kenderaan bermotor baharu di Malaysia adalah 529,434 unit.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 04

Nissan Sylphy

Dalam erti kata lain, China berjaya menjual lebih banyak Nissan Sylphy berbanding seluruh pasaran kereta baru Malaysia digabungkan!

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 05

Nissan Sylphy barangkali bukanlah kereta yang popular di kalangan orang Malaysia, tapi rakyat China betul-betul gemar dengan kereta ini kerana ia ada ruang kabin yang luas dan sangat selesa. Kata mereka, beli Sylphy sama seperti membeli ‘sofa beroda’.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 06

VW Sagitar

Volkswagen menjual pelbagai jenis sedan dalam jumlah yang ‘tak masuk akal’ dan pemerhati dari luar pasti akan berasa sangat musykil dengan keberanian ini. Tapi, pasaran China cukup besar untuk menampung bermacam jenis model walaupun semuanya dari segmen yang sama.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 07

VW Bora

Sagitar ialah generasi terkini bagi Jetta pasaran Amerika, dihasilkan oleh usaha sama tempatan VW iaitu FAW-VW. Bora suatu ketika dulu dibina berdasarkan Jetta generasi awal, tapi kini ia adalah model eksklusif untuk pasaran China sahaja. Lavida pula ialah ‘sepupu’ Sagitar yang lebih murah, dihasilkan oleh usaha sama tempatan VW yang satu lagi iaitu SAIC-VW.

Jika dicampurkan semuanya, VW ialah jenama No.1 bagi sedan-sedan segmen C dengan lebih 1 juta unit terjual dalam tahun 2020.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 08

Toyota Corolla

Menyusul di belakang jenama Jerman ini adalah si kembar Toyota Corolla dan Levin, dengan jumlah jualan sebanyak 354,632 unit dan 226,683 unit masing-masing. Sama seperti VW, Toyota juga mempunyai dua syarikat usaha sama. FAW-Toyota menghasilkan Corolla, manakala GAC-Toyota menghasilkan Levin. Kedua-duanya adalah kereta yang sama tapi dengan rekaan bahagian hadapan yang berbeza sedikit.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 09

Toyota Levin secara amnya ialah Corrolla pasaran Amerika

Corolla juga terkenal di serata dunia dengan sebab yang sama iaitu kereta keluarga yang diyakini dari segi kualiti dan kegunaan.

Dengan jumlah jualan sebanyak 245,126, Honda Civic terjual lebih dari tiga kali ganda berbanding model ternama, Geely Binrui.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 10

Honda Civic, model sebelum facelift ditunjukkan

Unit terjual yang direkodkan adalah termasuk Civic Hatchback kerana Honda tidak memisahkan angka jualan unit tersebut daripada sedan dan variasi hatchback. Walaubagaimanapun, di China, hatchback tidak menjadi kegemaran pengguna tetapi Civic Sedan masih mendahului Binrui.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 11

Civic sering digelar sebagai “God Car” di China, sama seperti gelaran kita beri untuk Vios/Myvi di Malaysia. Tak kisahlah supercar apa yang anda pandu kerana di dunia sebenar, di jalan raya awam, Civic boleh ‘cucuk’ kereta lain dan anda takkan dapat lari, tak kisahlah berapa banyak kuasa kuda yang anda ada.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 12

Tahap populariti Civic juga diperhatikan di Malaysia, dan juga negara-negara Asia Tenggara yang lain. Di sini, Honda Civic memang cemerlang. Walau di Thailand, Corolla Altis, yang juga dikenali sebagai Toyota Kingdom, terpaksa akur dengan ‘kejagoan’ Honda Civic.

Walaupun jualan armada teksi Toyota tinggi, ia masih tidak dapat mengalahkan jumlah jualan Corolla Altis di Thailand. Tapi, ini juga adalah disebabkan corak pembelian pelanggan Corolla yang beralih ke Corolla Cross.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 13

Golongan peminat sedan, walaupun kecil jumlahnya, kekal setia dengan pilihan mereka iaitu Honda Civic.

Model yang melengkapkan senarai ini ialah Geely Binrui dengan platform BMA, iaitu sedan segmen C jenama domestik No.1 No.5 paling laris di China. Tapi, jurang kejayaan sangat besar jika dibandingkan dengan pesaing Geely dari Jepun/Jerman.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 14

Kemungkinan bagi Proton S50 di Malaysia

Proton S50, jika benar-benar jadi kenyataan suatu hari kelak, pastinya akan menikmati rebat lebih tinggi dalam duti eksais kerana Proton diberi kelebihan sebagai jenama nasional. Oleh itu, ia pastinya akan dijual dengan harga lebih murah berbanding Honda Civic. Namun, berbeza dengan segmen SUV, dinamik pasaran bagi S50 akan jadi berbeza sedikit.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 15

Konsep meletakkan harga segmen B keatas kereta segmen B bukanlah sesuatu yang baru kita dengar. Ingat lagi dengan Kia Forte dan Kia Cerato, dan sebelum itu Nissan Latio? Tiada satu pun yang berjaya kerana sedan segmen C tidak menawarkan banyak kelebihan berbanding sedan segmen B, berbeza dengan apa yang kita lihat pada SUV.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 16

Contohnya, Nissan Almera generasi terkini dan Honda City adalah produk yang sangat kompeten dengan tahap ruang dalaman dan keselesaan seperti segmen C tetapi dijual pada harga yang jauh lebih rendah.

Proton Preve yang terdahulu bergantung kepada jualan kereta armada untuk agensi-agensi kerajaan. Tapi, hari ini, agensi kerajaan sudah tidak diwajibkan untuk membeli kenderaan Proton sahaja.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 17

Pihak berkuasa seperti polis, kastam, dan JPJ kini menggunakan Honda Civic, Toyota Corolla Altis, dan Honda CR-V. Kalau nak diikutkan, terma ‘kereta nasional’ hanyalah ‘nama samaran’ dan perkara ini ditujukan sama rata kepada Proton dan juga Perodua.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 18

Dengan mengambil kira semua aspek ini, kami tertanya-tanya – dengan potensi pasaran yang sebegini rendah, patutkan Proton menyibukkan diri untuk membangunkan S50?

Apa rasionalnya untuk mengalihkan perhatian dan minat ramai dari Proton X70 dan Proton X50? Lagipun, X50 tujuannya adalah untuk menyertai trend SUV yang semakin digilai ramai dan untuk menarik pembeli sedan Jepun ke bilik pameran Proton.

Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah 19

Jadi, kenapa rumitkan keadaan dengan sebuah sedan yang pada mulanya tak cukup kompetitif pun di pasaran asalnya di China?

Dalam hemat kami, Proton masih belum memulakan kerja-kerja pembangunan mana-mana sedan berdasarkan platform CMA atau BMA. Keutamaannya sekarang ialah proses pemilihan antara Geely Jiaji/Proton V70 dengan Geely Haoyue/Proton X90.

Oleh itu, walaupun Proton S50 menjadi topik/subjek yang menarik, kami nasihatkan tak perlulah tahan nafas anda menunggu ia menjadi kenyataan dalam masa terdekat ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Geely Bin Rui G-Power 200T+6DCT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru