window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kenderaan SOV yang dibangunkan syarikat tempatan bakal ganti Mercedes G-Wagon tentera?

Haris ยท Feb 3, 2021 11:00 AM

Kenderaan SOV yang dibangunkan syarikat tempatan bakal ganti Mercedes G-Wagon tentera? 01

Menurut portal Malaysia Defence, sebuah syarikat automotif tempatan didakwa telah memenangi kontrak untuk membekalkan kenderaan tentera jenis FFR (Fitted For Radio), SOV (Special Operations Vehicles) dan Pembawa Senjata dalam suatu program mobiliti ketenteraan.

Kenderaan SOV yang dibangunkan syarikat tempatan bakal ganti Mercedes G-Wagon tentera? 02

Gambar daripada laman web Cendana Auto

Cendana Auto melalui laman sesawang mereka, cendana-auto.com dikatakan telah mengumumkan sebanyak 148 unit kenderaan 4x4 dalam 4 konfigurasi akan dibekalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia sehingga tahun 2024.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, mereka turut mengumumkan bahawa mereka akan menyerahkan dua prototaip kenderaan 4X4, sebuah FFR dan sebuah lagi SOV kepada pihak ATM tahun ini

Kenderaan SOV yang dibangunkan syarikat tempatan bakal ganti Mercedes G-Wagon tentera? 01

Model FFR bayangan Cendana Auto

Walaubagaimanapun, laman web berkenaan sudah tidak dapat diakses oleh pengguna baru-baru ini.

Semakan di laman e-perolehan kerajaan Malaysia mendapati bahawa tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai kontrak pembekalan kenderaan bagi program mobiliti ketenteraan ini.

Kenderaan SOV yang dibangunkan syarikat tempatan bakal ganti Mercedes G-Wagon tentera? 02

Gambar oleh David Boey

Pada tahun 2018, terdapat 4 syarikat yang sedang bersaing untuk mendapatkan kontrak ketenteraan daripada Angkatan Tentera Malaysia. Pemain industri yang terbabit adalah Kembara Suci, Cendana Auto, Weststar dan Nimr.

Kenderaan SOV yang dibangunkan syarikat tempatan bakal ganti Mercedes G-Wagon tentera? 03

Prototaip SOV. Gambar dari edrmagazine.eu

Berikut adalah spesifikasi kenderaan SOV (Special Operations Vehicles) yang dibangunkan oleh Cendana Auto menurut laman sesawang edrmagazine.eu:

  • Enjin diesel Mercedes 2.8L dengan pelapik silinder basah di kebuk pembakaran hemisfera

  • Transmisi ZF automatik

  • Enjin dan transmisi di bahagian tengah bagi membantu agihan berat

  • Perlindungan periuk api dan balistik tahap 2

  • Kelajuan maksimum 170 km/j

  • Berat 1,910 kg

Kenderaan SOV yang dibangunkan syarikat tempatan bakal ganti Mercedes G-Wagon tentera? 04

Gambar oleh armyrecognition.com

Cendana Auto ditubuhkan sejak tahun 2013 dan bermula sebagai perkhidmatan sokongan, baik pulih dan servis kenderaan kerajaan. Syarikat ini sudah lama mensasarkan untuk membekalkan jentera ketenteraan khas yang disesuaikan dengan keperluan operasi pihak berkuasa, dipetik daripada wawancara bersama akhbar tempatan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda