window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Alphard bukannya Top 3 MPV terlaris di dunia 2020

Mersita Β· Feb 4, 2021 11:00 AM

Toyota Alphard bukannya Top 3 MPV terlaris di dunia 2020 01

Wuling Hongguang Plus

Bila bercakap tentang Multipurpose Vehicle (MPV), perkara pertama yang timbul dalam fikiran kita rakyat Malaysia mestilah sebuah kereta untuk keluarga besar dan model-model yang terlintas di fikiran semestinya Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Proton Exora, dan macam-macam lagi.

Tapi, tak semestinya bila Vellfire popular di sini, ia popular di serata dunia. MPV paling laris di dunia bagi tahun 2020 ialah MPV dari Tiongkok, China iaitu Wuling Hongguang.

Toyota Alphard bukannya Top 3 MPV terlaris di dunia 2020 02

Menurut data yang dikumpulkan oleh Focus2move, MPV jenama Wuling ini berjaya terjual sebanyak 292,934 unit pada tahun lepas justeru melonjakkannya ke tangga teratas dalam kategori ini. Angka jualan ini terdiri daripada pelbagai varian yang ditawarkan di bawah plat nama ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di Tiongkok saja, mereka ada Hongguang Plus, Hongguang S, dan Hongguang V. Di Indonesia, Hongguang juga dikenali sebagai Wuling Confero S serta versi komersialnya bernama Formo. Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Tan Chong mungkin akan membawa masuk jenama Wuling ini ke Malaysia dan Thailand. Ada 'can'?

Toyota Alphard bukannya Top 3 MPV terlaris di dunia 2020 01

Honda Odyssey

Di tangga kedua pula tak lain tak bukan ialah Honda Odyssey yang berjaya terjual sebanyak 149,065 unit. Honda Odyssey facelift 2021 dijangka akan tiba di Malaysia dalam tahun ini setelah didebut di Jepun pada tahun lepas.

Seterusnya, menyusul di tangga ketiga ialah Buick GL8 dengan jumlah jualan 146,859 unit. Di tangga keempat pula ialah kegemaran rakyat Malaysia, Toyota Alphard, dengan jumlah jualan sebanyak 119,560 unit – agak jauh jurangnya dengan pesaing di atasnya.

Toyota Alphard bukannya Top 3 MPV terlaris di dunia 2020 02

Toyota Alphard

Seterusnya pada tangga kelima ialah Kia Soul dengan prestasi 109,332 unit, Maruti Suzuki Eeco (versi India dari Suzuki Every) sebanyak 99,480 unit, dan seterusnya Toyota Sienta sebanyak 88,350 unit.

Di tiga tangga tercorot pula ialah Toyota Roomy (kembar Daihatsu Thor di Jepun) dengan jualan sebanyak 84,826 unit, kemudian Maruti Suzuki Ertiga (jumlah jualan di India sahaja) sebanyak 80,679 unit, manakala posisi kesepuluh diraih oleh Honda Freed dengan jumlah jualan sebanyak 77,650 unit.

Toyota Alphard bukannya Top 3 MPV terlaris di dunia 2020 03

Suzuki Ertiga

Apa yang membuatkan sesetengah MPV laris macam pisang goreng panas dan yang lain pula suam-suam kuku saja? Kongsikan pendapat anda dengan kami di ruangan komen FB WapCar – BM sekarang!

Sumber: AutoFun

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda