window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya?

Haris Β· May 14, 2020 03:09 PM

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 01

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 02

Trend membeli SUV dan crossover memang sedang rancak di dalam dunia otomotif semasa. Walaupun terdapat peminat yang kurang menggemari trend ini, namun tarikan reka bentuk SUV memang tidak dapat dinafikan; tempat duduk yang tinggi untuk pandangan luar yang baik, soal keselamatan yang lebih terjaga dan mempunyai jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi.

Mengetahui trend ini, Perodua telah menggayakan Perodua Axia dengan stail ala-ala crossover tanpa sebarang kemampuan off-road, dan memanggilnya sebagai Perodua Axia Style. Spesifikasinya pula lebih kurang sama dengan varian G Xtra dengan fungsi Kemasukan Tanpa Kunci (keyless entry) dan Butang Penghidup Enjin (push start).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 01

Axia Style juga terletak pada varian pertengahan antara semua model Axia 2019. Tiada penawaran Advanced Safety Assist (ASA) ataupun lebih dikenali dengan Advanced Driving Assistance System (ADAS) bagi Perodua Axia Style - ianya hanyalah ditawarkan pada varian Advance.

Kelainan reka bentuk luar Axia Style yang ketara

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 02

Bagi menyuntik gaya lasak pada rekaannya, terdapat lapisan jalur gelap di bahagian bawah seluruh kereta, penambahan rel bumbung bagi tujuan kosmetik dan warna perak pada seksyen bampar depan dan belakang juga sekadar kosmetik tanpa kebolehan melindungi bahagian tersebut dari sebarang kerosakan.

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 03

Axia Style merupakan varian yang mendapat perubahan paling ketara dalam keseluruhan barisan model Axia. Hal ini kerana rekaannya yang mirip SUV disamping gril hadapan heksagon dengan tekstur ala gentian karbon seperti yang terdapat pada Perodua Myvi SE generasi terdahulu dengan sisipan segi tiga pada bampar sekitar lampu kabus.

Nak lagi menyerlah, pembeli boleh memilih warna eksklusif varian Style iaitu Sunrise Orange. Dengan warna dan rekaan yang bergaya, sudah pasti Axia Style mampu menjolok mata rakan rakan dan saudara mara kelak.

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 04

Kemasan warna bagi Axia Style dan kualiti binaannya harus diberikan pujian walaupun kurang konsisten pada celahan panel dan kadar ketebalan cat.

Rekaan dalaman: Sederhana lebih baik?

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 05

Tidak banyak yang diubah untuk rekaan dalaman yang dilihat kekal seperti model Axia tahun 2017, melainkan fabrik tempat duduk yang menggunakan bahan seakan akan ‘jeans’ yang terasa tahan lasak. Selain itu, terdapat juga cangkuk anti ragut untuk beg tangan yang sinonim dengan Perodua.

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 06

Sesuai dengan tawaran harga yang diberikan, kabin dalaman dipenuhi dengan penggunaan plastik keras, namun kemasannya berkualiti tanpa sebarang bunyi seolah-olah hendak tercabut. Ruang bonet belakang juga mempunyai kapasiti 260 liter sesuai bagi hatchback kompak ini.

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 07

Terdapat 2 pilihan bagi kelengkapan audio Axia Style; Radio FM ataupun pemacu USB, tetapi malangnya tiada sambungan Bluetooth. Selain itu, Axia Style dilengkapi dengan 4 pembesar suara berbanding varian Standard yang hanya mempunyai 2 pembesar suara.

Bagi anda yang tertanya tanya tentang kualiti audionya, sejujurnya ia kurang memuaskan. Bunyinya agak halus dan tidak berturas walaupun pelbagai tetapan telah dicuba.

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 08

Prestasi pemanduan dan kendalian yang sederhana

Prestasi dan kendalian bukanlah sesuatu yang sinonim dengan Axia Style kerana ia cuma dijana oleh enjin 1.0 liter 3 silinder yang berkuasa 67 PS dan 91 Nm tork, menjadikannya kereta dengan kuasa terendah dijual di Malaysia. Ketika percubaan 100 km/j, Axia Style sekadar mencecah 17.2 saat sahaja.

Operasi transmisinya dikawal oleh kotak gear 4 kelajuan otomatik, sesuai dengan tujuan pemanduan dan kendalian dalam keadaan lancar di samping keandalannya yang sudah terbukti.

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 09

Namun transmisinya sedikit lembab dan malas. Jika anda ingin memecut atau memotong kenderaan semasa memandu, anda perlu menekan pendikit dengan lebih kuat, barulah gearnya akan turun ke gear yang rendah.

Selain masalah kurang responsif, pertukar gear ketika berada didalam keadaan melahu (idling) pula terlalu cepat dan terasa kasar. Ditambah pula dengan sifat enjin 3 silinder, hal ini membuatkan enjin terasa sedikit ‘berat’.

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 10

Apabila sudah mula bergerak, Axia Style mampu mengekalkan momentumnya pada kelajuan trafik dengan lancar. Pada had laju kebangsaan (110 km/j), enjinnya berpusing pada kadar 3,000 rpm tanpa teragak-agak atau semput. Namun jika anda mahu memotong pada kelajuan tersebut, perancangan yang rapi perlulah dilakukan terlebih dahulu. 

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 11

Ketinggian tempat duduk juga sedikit tinggi disebabkan oleh penggunaan tayar besar, tetapi Axia Style ini masih mampu mencelah dengan lencongan yang munasabah. Walaupun tidak begitu memuaskan ketika mengambil selekoh, Axia Style ini masih mampu melakukannya tanpa sebarang masalah..

Keselesaan pemanduan - agak bising tapi cukup selesa

Perkara pertama yang terlintas dalam fikiran apabila melangkah masuk ke dalam kereta ini adalah ruangnya yang luas,  bahkan terasa lebih luas daripada Myvi generasi terdahulu. Walaupun tidak dilengkapi dengan sebarang pelarasan stereng secara condong atau teleskopik, pengulas berketinggian 177 cm mampu masuk dengan selesa pada posisi kedudukan pemanduan yang sesuai.

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 12

Ruang kabin yang luas ini dipanjangkan pada bahagian belakang termasuklah ruang kepala dan kaki yang mencukupi. Namun tempat duduk belakang pula dirasakan sedikit datar tanpa sebarang bentuk sokongan.

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 13

Apabila di atas jalan, kualiti perjalanan secara amnya boleh diterima walaupun suspensi terasa lebih keras dari apa yang dijangkakan. Perjalanan melalui bonggol dan jalan tidak rata cukup baik, dan hanya sekali sekala berasa terhempas ketika melalui sudut tajam jalan ataupun lubang dalam.

Gegaran pada enjin 3 silinder hanya boleh dirasakan pada kelajuan trafik tetapi tidak begitu mengganggu malahan lancar pula ketika pemanduan normal. Walaubagaimanapun, ketika memecut atau memotong, bunyi enjin boleh menjadi agak bising.

Penebat bunyi pada Axia Style ini pula kurang memuaskan mengikut standard masa kini, lebih lebih lagi jika dibandingkan dengan Proton Saga yang baharu. Bunyi angin menyelinap kedalam kabin pada kelajuan sekitar 80 km/j ke atas disulami dengan bunyi bising tayar juga sedikit mengganggu keselesaan pemanduan. Pada kelajuan 100 km/j pula, meter desibel menunjukkan bacaan 72 dB.

Penjimatan minyak ketika ujian dunia sebenar

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 14

Axia Style telah menggunakan 19.4 liter minyak selepas bergerak sejauh 290.1km dalam pelbagai keadaan jalan termasuklah beberapa siri ujian 0-100-0 km/j. Secara kasarnya, purata penggunaan bahan api bagi Axia Style adalah 6.7 liter / 100 km.

Dengan kapasiti tangki 33 liter pada Axia Style ini, purata jarak pemanduan setiap tangki adalah lebih 400 km.

Rangkuman Axia Style - Menarik dan efisien tetapi bukan nilai terbaik untuk wang anda

Perodua Axia varian Style ini memang sebuah hatchback yang menarik di mana kebanyakan rakyat Malaysia sudah tahu tentang reka bentuk crossover yang dicanangkan itu hanyalah sekadar rupa. Varian Style ini terletak di tengah-tengah antara barisan model Axia yang lain. Selain itu, varian Style ditawarkan dengan fungsi Kawalan Kestabilan, Kemasukan Tanpa Kunci dan Butang Enjin Tekan Mula yang memang digemari ramai.  

Secara khusunya, Axia Style adalah sebuah kereta dengan tarikan massa yang luas, efisien, mudah dipandu dan dikendalikan. Di samping itu, gaya crossovernya yang unik cukup untuk menarik peminat yang tersendiri.

Reviu: Perodua Axia Style, hanya sekadar gaya? 15

Didatangkan dengan tanda harga RM 38,890, Axia Style bersaing dengan Proton Saga 1.3L Premium yang berharga RM 39,800 yang mempunyai enjin lebih berkuasa, ruang bonet yang lebih luas, dinamik pemanduan yang lebih baik dan diperhalusi. Pendek kata, Proton Saga memberi nilai yang lebih berbaloi.

Sungguhpun begitu, Axia Style dilihat mempunyai kelebihan dari segi kelengkapan lain seperti Kemasukan Tanpa Kunci, Butang Penghidup Mula dan penjimatan minyak yang lebih banyak berbanding Proton Saga. Selain itu, tarikan visualnya juga subjektif terhadap individu dan mungkin menjadi faktor pembelian oleh pengguna. Disebabkan itu, kecenderungan terhadap Axia Style adalah mudah untuk kita fahami.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda