window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar?

Haris · Feb 6, 2021 06:00 PM

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 01

Tidak dinafikan, zaman kegemilangan MPV mula merudum tetapi ia masih belum berakhir. Akibat daripada kemuncak zaman emas MPV tersebut, beberapa MPV masih mempunyai penangan yang hebat sehinggalah ke hari ini. Antaranya, Toyota Wish!

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dibangunkan sejak 20 tahun yang lalu, Toyota Wish mencapai kesempurnaan pada generasi kedua yang dilancarkan pada tahun 2009 di Jepun. Walaupun generasi ini tidak dibawa masuk secara rasmi, Toyota Wish tetap ligat berkeliaran di jalan raya Malaysia.

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 01

Praktikaliti Toyota Wish

Kini 12 tahun selepas kemunculan pertama Toyota Wish AE20, adakah ia sebuah model yang masih baik dibeli? Di sini kami bincangkan sedikit sebanyak panduan membeli Toyota Wish terpakai.

Generasi Toyota Wish

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 02

Toyota Wish generasi pertama AE10 dilancarkan pada tahun 2003 di Jepun. Model ini sentiasa menjadi antara model 5 teratas paling laris di Jepun ketika di awal pengenalannya. Oleh yang demikian, Toyota Malaysia membawa model ini pada tahun 2006 dengan enjin 2.0 liter yang dikongsikan dengan Toyota Camry.

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 03

Toyota Wish import rasmi menggunakan lambang Toyota

Namun, model AE10 yang dibawakan secara rasmi tersebut tidak mendapat sambutan akibat daripada harga pasaran kereta recond yang lebih rendah. Justeru itu, Toyota Malaysia tidak membawa masuk model generasi kedua, AE20.

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 04

Kemaskini tahun 2009

Walaubagaimanapun, Toyota Wish AE20 yang dilancarkan pada tahun 2009 masih menerima sambutan yang hangat secara global. Oleh hal yang demikian, pemegang lesen AP turut membawakan model ini berbondong-bondong ke pasaran Malaysia.

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 05

Toyota Wish AE20 ditawarkan dalam enjin 1.8-liter 2ZR-FAE (144 PS / 176 Nm) dan enjin 2.0-liter 3ZR-FAE (158 PS / 196 Nm) dengan padanan transmisi 7-kelajuan Super CVT-i. Model yang selalu dibawa masuk ke Malaysia adalah model Toyota Wish 1.8X dan 1.8S. Model X dikira model pengenalan manakala model S dikira model yang lebih atas.

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 06

Kiri: 1.8X, kanan: 1.8S

Model generasi kedua ini menerima facelift pada tahun 2012. Model 1.8 liter menggunakan konfigurasi tempat duduk 7 penumpang manakala model 2.0 liter berkonfigurasi tempat duduk 6 penumpang.

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 07

Model Toyota Wish 1.8S yang kini banyak di jalan raya

Akhirnya, Toyota Wish ditamatkan pengeluaran tanpa sebarang pengganti yang dirancang. Barisan MPV Toyota pun sudah agak tepu justeru mencantas model yang dikira kurang berjaya. Nasib yang sama diterima oleh Toyota Estima.

Masalah Toyota Wish AE20

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 08

Kami merujuk kepada En Danial dari Toyota CBU Specialist, bengkel yang pakar dalam menyelenggara model CBU Toyota yang terkenal. Ini termasuklah Toyota Estima yang kami muat naik tempoh hari.

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 09

Masalah yang selalu terjadi pada Toyota Wish generasi kedua adalah simbol check engine light, vsc off dan traction control tiba-tiba menyala. Jika masalah ini terjadi, ia sebenarnya diakibatkan oleh arus elektrik current daripada bateri kereta yang lemah.

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 10

Masalah sensor rosak juga sering terjadi iaitu O2 sensor dan juga exhaust sensor. Selain itu speed sensor depan dan belakang juga selalu bermasalah disebabkan oleh sensor masuk habuk atau apabila penukaran tayar atau rim yang tidak begitu kemas. 

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 11

Output/input speed sensor juga boleh bermasalah disebabkan oleh minyak gearbox yang terlalu kotor atau kurang diselenggara. Minyak gearbox Toyota Wish perlu diberi lebih perhatian kerana mempunyai oil cooler yang berfungsi untuk menyejukkan minyak gearbox, jika minyak gearbox terlalu kotor, oil cooler tidak dapat berfungsi dengan optimum untuk menyejukkan minyak gearbox kereta. 

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 12

Foto: Azbi Centre

Selain daripada masalah tersebut, terdapat juga masalah penyaman udara yang lambat sejuk atau tak sejuk langsung. Masalah ini lebih kepada masalah iklim di mana Toyota Wish dibangunkan secara domestik-sentrik. Bagi masalah ini, paling parah jika compressor mungkin perlu ditukar dan memakan harga yang tinggi.

Kos penyelenggaraan / baiki Toyota Wish

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 13

Kos repair Toyota Wish
Komponen Julat Harga
O2 sensor RM 600 - RM 850
Exhaust sensor RM 600 - RM 850
Front speed sensor RM 700 - RM 1000
Rear speed sensor + bearing RM 1,200 - RM 1,500
Output/Input Speed Sensor RM 700 - RM 900
Filter gearbox RM 250 - RM 300
CVT Oil  RM 200 - RM 250
Bateri 46B26  RM 240 ++

*harga sebagai panduan. Rujuk ke bengkel berhampiran atau terus ke Toyota CBU Specialist untuk maklumat lanjut. 

Tips membeli Toyota Wish

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 14

Bagi kereta recond, pastikan Auction Report turut disertakan oleh penjual dan semak jika ianya sama seperti yang Original (semak di Recond.my dan sebagainya).

Pastikan mileage pada kereta sama seperti pada Auction Report. (Senarai semak kereta recond)

Pandu uji untuk pastikan penukaran gear lancar dan juga tiada bunyi yang pelik seperti besi berlaga dan lain lain.

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 15

Untuk kereta terpakai atau second hand pula, pastikan tiada kesan kebocoran pada bahagian enjin dan gearbox. Oleh itu, periksa di bahagian lantai jika ada minyak bertakung 

Pandu uji kereta dan nilaikan kereta tersebut dengan bijak berdasarkan tahun buatan dan jarak perbatuan.

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 16

Dapatkan warranty dari pihak jualan dan buat pemeriksaan sepenuhnya di bengkel yang mahir seperti Toyota CBU Specialist (hubungi En Danial untuk cawangan Bangi) sebelum membuat bayaran untuk pastikan kereta tiada masalah yang serius.

Kesimpulan

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 17

Antara model tertinggi, Toyota Wish 1.8S Monotone 

Toyota Wish AE20 ni masih antara MPV yang laku dalam pasaran. Gaya dan dinamik pemanduan yang seakan-akan sedan tetapi dengan kelebihan 7 penumpang merupakan antara sebab ia masih dicari-cari dalam pasaran.

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 18

Toyota Wish 1.8X

Walaubagaimanapun, perbezaan iklim Malaysia berbanding pasaran domestik Toyota Wish memerlukan pembeli untuk lebih berwaspada dalam menyelenggara dan memelihara kereta ini.

Panduan membeli Toyota Wish generasi kedua (AE20) serendah RM 40k, pencabar Alza - Exora sebenar? 19

Toyota Wish 2.0Z

Tidak keterlaluan sebenarnya untuk mengatakan bahawa ledakan MPV Alza - Exora yang bertahan sehingga lebih 10 tahun di Malaysia berpunca daripada model seperti Toyota Wish dan Honda Stream. Alang-alang beli kereta yang dah ada di pasaran selama 10 tahun, kenapa tak beli terus Toyota Wish?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda