window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Masalah alat ganti Proton berpunca dari sistem IT dalaman, bukan bekalan!

Haris · Feb 9, 2021 02:00 PM

Masalah alat ganti Proton berpunca dari sistem IT dalaman, bukan bekalan! 01

Proton sedang menerima maklum balas bertalu-talu mengenai pelanggan yang berang dengan perkhidmatan selepas jualan. Pengedar Proton kini sedang mengalami kekurangan alat ganti kritikal untuk servis berkala dan juga komponen kritikal seperti cat badan untuk baikpulih kemalangan.

Masalah alat ganti Proton berpunca dari sistem IT dalaman, bukan bekalan! 02

Surat terbuka untuk Proton adalah antara hantaran Facebook yang tular dalam mengetengahkan isu terbabit. Walaupun isi kandungan maklum balas tersebut adalah benar, dakwaan alat ganti tidak mencukupi sebenarnya kurang tepat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Masalah alat ganti Proton berpunca dari sistem IT dalaman, bukan bekalan! 01

Proton X70 tidak mengalami kekurangan alat ganti kerana komponen tersebut diimport dari China. Masalah sebenar yang perlu ditangani oleh Proton adalah masalah dalaman sepenuhnya dan tiada kena mengena dengan sumber bekalan.

Apa yang berlaku adalah sistem IT Proton telah menjalani proses migrasi data sekitar hujung tahun lepas. Proses migrasi data tersebut menjadi titik tolak kepada kebanyakan masalah yang dialami Proton sekarang.

Masalah alat ganti Proton berpunca dari sistem IT dalaman, bukan bekalan! 02

Disebabkan oleh gangguan sistem yang menyokong Pusat Alat Ganti Proton dengan pusat servis Proton di seluruh negara, kebanyakan staf melakukan tempahan alat ganti dan invois secara manual. 

Seperti yang anda bayangkan, tempahan secara manual akan meningkatkan komplikasi justeru menyukarkan proses tempahan dan penghantaran alat ganti.

Masalah alat ganti Proton berpunca dari sistem IT dalaman, bukan bekalan! 03

Hal ini menjelaskan bagaimana bengkel bebas tidak mempunyai masalah kekurangan alat ganti. Bengkel tersebut menempah alat ganti secara terus ke Pusat Alat Ganti Proton tanpa melalui masalah yang dialami Pusat Servis. 

Tiada sebarang masalah kekurangan alat ganti, hanya kesulitan yang dihadapi dalam proses menempah alat ganti tersebut secara dalaman.

Masalah alat ganti Proton berpunca dari sistem IT dalaman, bukan bekalan! 04

Lebih malang lagi, penulis surat terbuka Proton turut meluahkan kekecewaan kerana Proton tidak dapat membayar balik kos alat ganti yang dibeli di bengkel bebas kerana ia sepatutnya jatuh di bawah waranti Proton.

Kami turut bersimpati dengan nasib beliau namun penjelasan yang dapat diberikan adalah Pusat Servis Proton tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang pembayaran semula kepada pelanggan. Tiada sebarang cara untuk Pusat Servis untuk mengeluarkan sebarang bayaran untuk pelanggan.

Masalah alat ganti Proton berpunca dari sistem IT dalaman, bukan bekalan! 05

Pusat Servis yang terbabit turut menjelaskan bahawa satu-satunya cara untuk memperbetulkan masalah tersebut adalah dengan memohon bantuan ibu pejabat Proton. Wapcar.my difahamkan oleh Proton bahawa isu ini telah diselesaikan.

Selain itu, masalah gangguan IT juga sedang diselesaikan sebelum hujung bulan Februari 2021 seperti yang dimaklumkan oleh salah sebuah pengedar Proton kepada Wapcar.my.

Sistem IT Proton memerlukan naik taraf yang kritikal disebabkan oleh sistem lama yang terlalu lama, di samping pembekal perisian yang sudah tidak lagi menyokong sistem tersebut. Migrasi ke sistem yang baharu tidak dapat dielakkan namun ia sepatutnya dilakukan dengan lebih teratur.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda