window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta lama tak jalan masa PKP? Ikut tip-tip ini untuk penjagaan terbaik!

Mersita Ā· Feb 14, 2021 08:00 PM

Kereta lama tak jalan masa PKP? Ikut tip-tip ini untuk penjagaan terbaik! 01

Sumber foto: Freepik

Anda dah berapa lama WFH atau kerja dari rumah? Kalau sebelum ini anda keluar memandu kereta anda hampir setiap hari, keadaan mungkin berubah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak tahun lepas.

Kali ini kami akan bincangkan beberapa perkara mudah yang anda boleh amalkan untuk memastikan kereta anda terjaga dengan baik dan rapi walaupun lama tidak dipandu keluar. Jaga, jangan tak jaga.

1. Jangan parking bawah pokok!

Kereta lama tak jalan masa PKP? Ikut tip-tip ini untuk penjagaan terbaik! 02

Ya, kami faham ada yang suka parking bawah pokok kerana mahukan kawasan yang teduh untuk kereta ā€˜bertapaā€™ kadangkala berminggu lamanya. Kalau boleh, kami tak sarankan anda untuk parking bawah pokok kerana satu sebab ā€˜simpleā€™ ā€“ tahi burung.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta lama tak jalan masa PKP? Ikut tip-tip ini untuk penjagaan terbaik! 01

Mungkin ada yang risau cat kereta mereka cepat pudar atau rosak disebabkan cahaya matahari, tapi tahi burung boleh merosakkan cat kereta anda dengan lebih pantas ā€“ kadangkala kurang dari 5 minit untuk ia mula merosakkan ā€˜top coatā€™ kereta anda dan meninggalkan ā€˜parutā€™.

Kereta lama tak jalan masa PKP? Ikut tip-tip ini untuk penjagaan terbaik! 02

Selain daripada itu, daun-daun kering juga agak sukar untuk dibuang dari permukaan badan kereta anda. Kalau daun saja tak apa, parking di bawah pokok juga boleh mendatangkan risiko ranting atau dahan pokok jatuh menimpa kereta anda.

Cuaca kita di Malaysia tidak menentu, ribut dan angin kencang boleh menyebabkan perkara tidak diingini berlaku. Jika anda takutkan bahang matahari, pasang saja pemantul cahaya/ā€™sunshadeā€™ di cermin kereta anda untuk perlindungan.

2. Jangan malas cuci kereta

Walaupun jarang dipandu, kereta anda boleh dicemari habuk di dalam dan luar kereta terutama sekali jika ia diletakkan di luar bangunan. Selain dari habuk, serangga dan binatang perosak juga boleh menyelinap masuk ke dalam kereta untuk membuat onar.

Kereta lama tak jalan masa PKP? Ikut tip-tip ini untuk penjagaan terbaik! 03

Rajin-rajinlah cuci kereta anda di dalam dan di luar semasa PKP ini. Jika anda jarang sekali basuh kereta sendiri dan ingin lakukan sedikit DIY, anda boleh dapatkan produk-produk Meguiar dari Lazada.

Meguiar mempunyai rangkaian produk penjagaan kereta yang cukup lengkap dan berkualiti tinggi untuk melindungi cat dan juga kemasan di dalam kabin kereta anda. Nak kereta berkilat, tak perlu pergi ā€˜detailing shopā€™ pun.

3. Periksa tekanan tayar kereta

Kereta lama tak jalan masa PKP? Ikut tip-tip ini untuk penjagaan terbaik! 04

Perkara ini amat penting sebelum anda memulakan perjalanan setelah sekian lama duduk di rumah. Walaupun tiada PKP, kami sentiasa sarankan pemandu untuk periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Kereta lama tak jalan masa PKP? Ikut tip-tip ini untuk penjagaan terbaik! 05

Gambar: cars.com

Tayar yang kurang angin boleh menyebabkan kerosakan awal, penggunaan minyak/petrol yang lebih tinggi, dan juga kebolehtahanan tayar itu sendiri. Gunakan panduan seperti di dalam gambar di atas untuk periksa tahap tekanan tayar yang betul.

Anda boleh gunakan alat penolok tekanan tayar untuk memudahkan anda dapatkan bacaan yang betul. Kalau kurang, inilah peluang anda untuk keluar memandu sebentar ke stesen minyak dan pam tayar di sana.

Kereta lama tak jalan masa PKP? Ikut tip-tip ini untuk penjagaan terbaik! 06

Kalau anda ada alat pengepam tayar sendiri, lagi lah bagus. Anda boleh cuba Xiaomi Mijia yang boleh didapati dengan mudah di Lazada. Pam tayar di mana saja anda berada!

4. Pastikan tahap kesihatan bateri kekal baik

Kereta lama tak jalan masa PKP? Ikut tip-tip ini untuk penjagaan terbaik! 07

Kereta yang sudah lama tidak dihidupkan akan menjejaskan pelbagai komponen kereta terutama sekali bateri. Cara paling senang untuk periksa tahap kesihatan bateri kereta anda cukup mudah. Mula-mula, hidupkan enjin dan jika bunyinya lemah, bateri anda besar kemungkinannya sudah berkurangan.

Kereta lama tak jalan masa PKP? Ikut tip-tip ini untuk penjagaan terbaik! 08

Alternator. Gambar: yourmechanic.com

Bagi memastikan tahap kesihatan bateri kekal sihat, hidupkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kalau boleh, pandu kereta anda di sekitar kawasan rumah bagi membolehkan alternatornya untuk mengecas semula bateri kereta tersebut ā€“ 5 minit pun cukup.

Kereta lama tak jalan masa PKP? Ikut tip-tip ini untuk penjagaan terbaik! 09

Jika nak lebih selamat, labur sedikit duit untuk dapatkan ā€˜jumpstarterā€™. Kami pernah sarankan Beatit G18 Pro dahulu dan alat ini mungkin boleh membantu apabila bateri kereta anda ā€˜flatā€™.

Ada cadangan lain yang anda selalu amalkan bagi penjagaan kereta di waktu PKP? Jom kongsikan dengan kami di Facebook WapCar ā€“ BM atau di forum WapCar!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda