window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Altis: Kembar Toyota Camry yang lebih mahal?

Faisal · Feb 15, 2021 12:00 PM

Daihatsu Altis: Kembar Toyota Camry yang lebih mahal? 01

Syarikat Daihatsu dan Toyota sering berkongsi model sejak dahulu lagi. Rakyat Malaysia mungkin perasan kerjasama ini melalui pemilik Perodua Myvi yang sering menukar jelmaannya ke Toyota Passo ataupun Daihatsu Boon. Tetapi tahukah anda bahawa Daihatsu di Jepun turut menjenamakan semula Toyota Camry?

Daihatsu Altis: Kembar Toyota Camry yang lebih mahal? 02

Daihatsu Altis pertama

Dengan nama seperti Toyota Corolla Altis, kembar kepada Toyota Camry ini telah wujud sejak tahun 2000 lagi. Dengan pembaharuan pada Toyota Camry di Jepun baru-baru ini, Daihatsu juga turut mengemaskini model teratasnya.

Daihatsu Altis: Kembar Toyota Camry yang lebih mahal? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain logo, Daihatsu Altis nampak betul-betul serupa dengan Toyota Camry. Cumanya, logo pada Daihatsu Altis ini berwarna biru. Untuk maklumat anda, ia hanya didatangkan sebagai model hibrid sahaja, sama seperti Toyota Camry untuk pasaran Jepun.

Daihatsu Altis: Kembar Toyota Camry yang lebih mahal? 01

Oleh itu, ia hadir dengan enjin 2.5L hibrid (211 PS). Untuk model facelift, Daihatsu Altis juga mempunyai varian dengan ciri pacuan semua roda E-Four. Uniknya, varian ini menghasilkan kuasa sehingga 218 PS.

Daihatsu Altis: Kembar Toyota Camry yang lebih mahal? 02

Seperti Toyota Camry, Daihatsu Altis juga dilengkapi dengan ciri bantuan keselamatan ADAS. Sistem ini turut datang dengan Lane Tracing Assist dan Driver Error Response System.

Tidak seperti 10 varian yang ditawarkan pada Toyota Camry di Jepun, Daihatsu Altis hanya datang dengan 2 varian sahaja – pacuan roda depan dan pacuan semua roda.

Daihatsu Altis: Kembar Toyota Camry yang lebih mahal? 03

Daihatsu Altis dan Toyota Camry

Walaupun dengan 2 varian sahaja, Daihatsu Altis sebenarnya lebih mahal daripada Toyota Camry. Sebagai contoh, varian 2WD bermula dari JPY 4,053,000 (RM 155,898). Toyota Camry pula bermula dari JPY 3,485,000 (RM 134,050). Namun begitu, perkara ini tidak menghairankan memandangkan ciri bantuan keselamatan ADAS didatangkan secara standard pada Daihatsu Altis.

Daihatsu Altis: Kembar Toyota Camry yang lebih mahal? 04

Sebelum ini, kita hanya mengenal kerjasama mereka melalui model Rocky dan Raize ataupun Boon Luminas dan Passo Sette. Hakikatnya, mereka turut bekerjasama sehingga ke segmen D. Siapa sangka kan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda