window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu Rocky / Toyota Raize spesifikasi Indonesia - enjin 1.2 liter NA, 6 varian & kit badan GR!

Haris · Feb 15, 2021 11:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Laporan daripada laman Autofun.id mengatakan bahawa kedua-dua model tersebut telahpun didaftarkan secara rasmi di dokumen rasmi Permendagri No. 1 Tahun 2021. Berikut adalah pendaftaran kedua-dua model berkenaan yang turut memperlihatkan maklumat lain.

Daihatsu Rocky / Toyota Raize spesifikasi Indonesia - enjin 1.2 liter NA, 6 varian & kit badan GR! 01

Pendaftaran Daihatsu Rocky

Daihatsu Rocky / Toyota Raize spesifikasi Indonesia - enjin 1.2 liter NA, 6 varian & kit badan GR! 02

Pendaftaran Toyota Raize

Berdasarkan dokumen Permendagri tersebut, kedua-dua model bakal ditawarkan dalam 6 varian. Apa yang lebih menarik adalah, ia juga turut ditawarkan dengan enjin empat silinder, 1.2 liter NA di samping pilihan enjin 1.0 liter Turbo yang ramai sedia maklum.

Daihatsu Rocky / Toyota Raize spesifikasi Indonesia - enjin 1.2 liter NA, 6 varian & kit badan GR! 03

empat silinder 1.2 liter NA 3NR-VE

Menurut jangkaan awal dari Autofun.id, enjin empat silinder 1.2 liter NA 3NR-VE tersebut adalah enjin yang turut digunakan pada model Toyota Calya dan Daihatsu Sigra. Enjin tersebut mampu mencatatkan output kuasa sebanyak 88 PS / 107 Nm.

Perbandingan Enjin
Model 1.0 liter Turbo 1KR-VET 1.2 liter NA 3NR-VE
Spesifikasi 3 silinder, caj turbo, VVT-i 4 silinder, DOHC, Dual VVT-i
Kuasa Kuda 98 PS 88 PS
Tork 140 Nm 107 Nm

Daihatsu Rocky / Toyota Raize spesifikasi Indonesia - enjin 1.2 liter NA, 6 varian & kit badan GR! 04

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, model pasaran Indonesia juga akan ditawarkan dengan transmisi manual selain daripada transmisi CVT standard di pasaran Jepun. Laporan awal menjangkakan transmisi 5-kelajuan manual / 6-kelajuan manual bakal digunakan.

Daihatsu Rocky / Toyota Raize spesifikasi Indonesia - enjin 1.2 liter NA, 6 varian & kit badan GR! 05

Tambahan bagi model Toyota Raize adalah varian tertinggi model ini akan ditawarkan dengan TSS (Toyota Safety System). Berdasarkan spekulasi awal, Toyota Raize varian tertinggi ini akan dilengkapi dengan kamera radar dan fungsi brek automatik.

Daihatsu Rocky / Toyota Raize spesifikasi Indonesia - enjin 1.2 liter NA, 6 varian & kit badan GR! 06

Foto oleh Kendara.id

Selain daripada TSS, Toyota Raize varian tertinggi juga akan ditawarkan dengan kit badan GR. Maklumat ini adalah berdasarkan semakan laman Kendara.id yang menyemak gambar rekaan industri yang didaftarkan. Semakan tersebut mendapati Toyota Raize pada bahagian belakang mempunyai bumper GR dengan lencana GR yang terpampang.

Daihatsu Rocky / Toyota Raize spesifikasi Indonesia - enjin 1.2 liter NA, 6 varian & kit badan GR! 07

Lakaran Perodua D55L oleh Wapcar.my

Sementara itu di Malaysia, model Perodua D55L dijangka akan ditawarkan dalam 3 varian dengan pelancaran sekitar bulan Mac 2021. Enjin 1.0 liter Turbo dengan padanan transmisi CVT dijangka akan dikekalkan. Model Raize / Rocky pasaran Indonesia pula akan ditawarkan sekitar bulan Mei - Jun 2021.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda