window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Diuji: Proton X50 2020, kadar penggunaan minyak sebenar tinggi sangat?

Haris · Feb 21, 2021 06:00 PM

Diuji: Proton X50 2020, kadar penggunaan minyak sebenar tinggi sangat? 01

Proton mendakwa bahawa model Proton X50 Flagship hanya mencatatkan kadar penggunaan minyak sebanyak 6.4 liter / 100 km. Enjin tiga silinder 1.5 liter TGDi tersebut hanya 0.1 liter lebih baik berbanding enjin 1.5 liter MPI pada varian selain Flagship.

Diuji: Proton X50 2020, kadar penggunaan minyak sebenar tinggi sangat? 02

Namun, ujian dunia sebenar yang dijalankan oleh Wapcar.my mendapati dakwaan tersebut tersasar jauh. Ujian yang kami jalankan adalah standard dengan jarak perjalanan yang telah ditetapkan merangkumi 60% bandar dan 40% lebuh raya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Diuji: Proton X50 2020, kadar penggunaan minyak sebenar tinggi sangat? 01

Standard ujian dunia sebenar Wapcar.my yang telah ditetapkan seperti berikut. Tayar dipam mengikut tekanan yang disyorkan pengeluar, penyaman udara ditetapkan pada 22°C dengan pelarasan automatik dan pemanduan dilakukan secara normal tanpa sebarang input agresif.

Diuji: Proton X50 2020, kadar penggunaan minyak sebenar tinggi sangat? 02

Dakwaan pengeluar hanyalah dakwaan sahaja

Ujian dibuat sebelum arahan rentas negeri dikeluarkan. Selepas meliputi sekitar 71 km, bacaan yang ditunjukkan pada pam minyak boleh dikira pada 10.2 liter / 100 km. Lebih menarik lagi, bacaan pada tolok meter Proton X50 menunjukkan kadar penggunaan minyak sebanyak 8.4 liter / 100 km.

Baca: Rebiu Proton X50 - Mencapai hype yang digembar-gemburkan? 

Diuji: Proton X50 2020, kadar penggunaan minyak sebenar tinggi sangat? 03

Dalam rebiu kami, Proton X50 Flagship memang mempunyai kadar penggunaan minyak yang agak tinggi namun aspek lain SUV berkenaan sebenarnya sangat mantap. Hal ini tidak mengejutkan sekiranya mengambil kira kuasa enjin Proton X50 yang paling tinggi dalam kelasnya.

Diuji: Proton X50 2020, kadar penggunaan minyak sebenar tinggi sangat? 04

Dengan 177 PS kuasa kuda dan 255 Nm tork, anda sepatutnya menjangkakan penggunaan minyak yang tinggi bagi SUV ini. Walaubagaimanapun, ujian kami adalah bertujuan untuk menjadi panduan sahaja. Ada pendapat sendiri? Nyatakan di bahagian komen.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda