window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu?

Haris · Feb 17, 2021 05:00 PM

Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu? 01

Perodua kini dalam fasa ketiga pelan transmformasi dalam meningkatkan kebolehpasaran Perodua di peringkat global. Pelan tersebut berkait dengan Daihatsu di mana pengeluar tersebut mahu membangunkan hub rantaian bekalan global di rantau ini.

Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Semalam, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin mengatakan bahawa Perodua kini bekerjasama dengan semua rakan perniagaan untuk melihat potensi kepakaran yang ada dapat digunakan di luar Malaysia. 

Beliau turut memberi contoh bagaimana staf Perodua kini di Daihatsu Jepun untuk pembangunan sebuah model.

Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu? 01

Pengumuman tersebut diumumkan seiring dengan pelan tindakan lestari syarikat - Perodua Smart Build - suatu ekosistem yang membabitkan hampir kesemua pembekal dan pengedar Perodua di Malaysia.

Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu? 02

Tiada sebarang pengumuman mengenai model berkenaan tetapi Wapcar.my difahamkan bahawa model dengan kod nama D92A tersebut adalah sebuah sedan segmen B yang disasarkan untuk pasaran ASEAN.

Model D92A menuding ke arah Toyota Vios generasi akan datang tetapi ia tidak boleh disalah ertikan dengan Perodua akan menjual Toyota Vios rebadge - hanya terlibat dalam pembangunan sahaja.

Baca: Bezza versi Daihatsu, tak dapat direalisasikan?

Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu? 03

Akhir tahun lalu, Perodua mendedahkan bahawa mereka akan menyertai hub R&D serantau Daihatsu. 

Pada masa yang sama, Toyota dan Daihatsu telah membentuk sebuah syarikat dalaman baru yang dinamakan Emerging-market Compact Car Company (EMCC) sejak tahun 2016, bertujuan untuk pembangunan kereta kompak untuk rantau Asia Tenggara.

Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu? 04

Perodua Smart Build adalah Transformasi 3.0 bagi Perodua, keseinambungan dari Transformation 2.0 yang memberi tumpuan kepada kepuasan pelanggan, perkembangan organisasi dan memupuk perpaduan dalam seluruh Kumpulan Syarikat Perodua.

Transformasi 1.0 bermula pada tahun 2011 seiring dengan pembangunan Perodua Axia dan pembinaan Perodua Global Manufacturing Sdn. Bhd. (PGMSB di Rawang, bersebelahan kilang asal syarikat.

Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu? 05

Transformasi 1.0 bertujuan untuk membangunkan ekosistem Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), mengurangkan kecacatan produk, persiapan kilang PGMSB, dan mengubah pemikiran Perodua untuk meningkatkan kualiti.

"Pelancaran Perodua Smart Build tidak bermaksud bahawa kami telah mencapai sepenuhnya potensi komponen ini; sebaliknya, ia menandakan permulaan perjalanan Perodua dan pihak berkepentingan dalam menuju tahap daya saing yang lebih tinggi.

Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu? 06

“Kami berterima kasih kepada Daihatsu atas kesempatan ini dan atas sokongan berterusan mereka terhadap Perodua sejak awal. Inilah masanya untuk kita memberikan kerjasama sepenuhnya kepada rakan niaga kita di Malaysia,” kata Dato’ Zainal.

Seperti biasa, Perodua tidak mendedahkan mengenai perancangan produk masa depannya.

Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu? 07

Walau bagaimanapun, Dato ’Zainal berkata, “Berkenaan dengan produk, tawaran Perodua akan datang bakal mencerminkan trend kontemporari tanpa menjejaskan ciri asas - ruang, praktikaliti, kualiti, kebolehpercayaan, kecekapan bahan api dan nilai yang tiada tandingan.”

Kesemua ciri yang disebutkan oleh Dato’ Zainal mencerminkan teras bagi kesemua model Perodua.

Staf Perodua kini di Daihatsu Jepun, bangunkan sedan segmen B baharu? 08

‘Trend kontemporari’ yang dinyatakan mungkin merujuk kepada kelengkapan terkini seperti Sistem Bantuan Pemandu (Perodua A.S.A), enjin dengan sesaran yang lebih rendah (1.0 liter Turbo) dan pendigitalan (sistem infotainment skrin sesentuh).

Baca: Apa itu Perodua A.S.A?

Kesemua ciri kontemporari yang dinyatakan berkemungkinan besar akan dilengkapi pada model Perodua D55L terbaru akan datang tak lama lagi.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda