window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut!

Faisal · Feb 18, 2021 12:12 PM

Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut! 01

Dengan beberapa spyshots dan paten yang pernah dilihat sebelum ini, akhirnya Honda HR-V 2022 serba baru telah diperkenalkan di Jepun sebentar tadi.

Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut! 02

Bagi anda yang belum tahu, ia dikenali sebagai ‘Honda Vezel’ di pasaran sana.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Eksterior

Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut! 01

Kini di dalam generasi ketiga, Honda HR-V serba baru datang dengan gaya dari Honda SUV e:concept yang dipertonton pada September yang lalu. Rekaan kali ini nampak cukup berlainan berbanding generasi sebelum ini. Malah ia nampak lebih matang dan kemas.

Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut! 02

Di bahagian tepi, Honda HR-V 2022 masih mengekalkan identiti ala 2 pintu seperti sebelum ini. Ia juga memperlihatkan rekaan roda yang baru. Varian yang anda lihat di sini mengenakan roda yang bersaiz 18 inci.

Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut! 03

Pada bahagian belakang, terdapat sentuhan lampu yang melintang diantara kedua-dua lampu LED yang baru.

Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut! 04

Di samping itu, Honda HR-V generasi terbaru juga datang dengan ciri but belakang berkuasa.

Interior

Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut! 05

Seperti yang pernah diacah sebelum ini, bahagian kabin diubah kepada rekaan yang lebih kemas dan moden.

Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut! 06

Di bahagian tengah, skrin infotainment diperbaharui dengan susunan berdiri. Ia juga datang dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut! 07

Dengan 3 tombol penyaman udara dan warna dwi-tona, Honda HR-V 2022 mempunyai sentuhan kabin yang hampir sama dengan Honda City dan Honda Jazz.

Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut! 08

Trenkuasa

Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut! 09

Honda telah mengumumkan dua pilihan trenkuasa: enjin aspirasi natural 1.5L DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT dan enjin hibrid 1.5L i-MMD - seperti Honda City RS.

Untuk maklumat anda, varian 4WD juga ditawarkan di pasaran Jepun.

Butiran lanjut mengenai trenkuasa akan diumum dalam masa terdekat ini.

Ada pakej kosmetik yang lain?

Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut! 10

Selain varian yang diperlihatkan, Honda turut menawarkan pilihan gaya Urban Style dan Casual Style.

Bila nak masuk Malaysia?

Rekaan tegap, ciri moden: Honda HR-V 2022 serba baru rasmi didebut! 11

Di Jepun, jualan Honda HR-V 2022 akan bermula April ini, diikuti dengan pasaran di peringkat global. Dengan penyediaan untuk pemasangan tempatan (CKD),  ia dijangka tiba di Malaysia sekitar tahun 2022.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda