window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tayar eco kurang cengkaman dan brek lemah? Betul ke?

Mersita · Feb 21, 2021 08:00 PM

Tayar eco kurang cengkaman dan brek lemah? Betul ke? 01

Dalam usaha kita untuk jimatkan penggunaan petrol dalam pemanduan, enjin kereta telah direka untuk kecekapan yang semakin tinggi, sistem-sistem hibrid dibangunkan, dan badan kereta pun direka untuk jadi lebih aerodinamik.

Satu lagi bahagian yang memainkan peranan penting dalam perkara ini ialah tayar kereta. Bagi mengurangkan rintangan dengan jalan raya, tayar eco pun dicipta.

Juga bacaJenama & model tayar kereta terbaik mengikut jenis untuk saiz 13 hingga 17 inci!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa itu tayar eco (tayar dengan rintangan golekan rendah)?

Tayar eco kurang cengkaman dan brek lemah? Betul ke? 01

Tayar eco atau tayar dengan rintangan golekan rendah adalah jenis tayar yang perlukan daya lebih rendah untuk dipusing. Padan dengan namanya, daya rintangan pada tayar ini lebih rendah apabila anda memusingkan tayar. Oleh itu, ia mampu mengurangkan penggunaan petrol.

Apabila anda membeli set tayar baru, selalunya anda akan diberi pilihan tayar eco. Antaranya ialah Continental Eco Contact 6 ataupun Bridgestone Ecopia.

Prestasi tayar eco dari segi cengkaman (grip) dan brek (braking)

Tayar eco kurang cengkaman dan brek lemah? Betul ke? 02

Salah satu perkara yang menjadi kerisauan pemandu ialah prestasi cengkaman dan brek pada tayar eco.

Adakah prestasi cengkaman dan brek untuk tayar eco? Adakah ia kurang selamat berbanding tayar-tayar konvensional?

Jom kita kupas satu persatu.

Tayar eco kurang cengkaman dan brek lemah? Betul ke? 03

Continetal Eco Contact 6 dan Premium Contact 6

Jika kita kaji rekaan tayar eco, anda boleh lihat yang sentuhan antara getahnya dengan permukaan jalan lebih kurang.

Aspek ini dicapai dengan memberikan lebih banyak ruang negatif dalam corak tapak ('tread pattern') dan tekanan angin yang lebih tinggi. Satu lagi kaedah yang digunakan untuk mengurangkan rintangan golekan ialah dengan mengurangkan kedalaman tapak ('tread depth').

Oleh itu, jika kita bandingkan dua tayar yang mempunyai kompaun material dan saiz yang sama, tayar eco akan punyai sentuhan yang lebih berkurangan dengan permukaan jalan berbanding tayar biasa – hasilnya kebolehan cengkaman dan brek lebih rendah.

Walaubagaimanapun, bergantung kepada keadaan, tayar eco sebenarnya berprestasi lebih tinggi berbanding tayar konvensional. Dalam satu video pemasaran Bridgestone untuk tayar Bridgestone Ecopia, mereka menunjukkan yang tayar jimat minyak ini boleh brek dengan lebih bagus di atas permukaan jalan yang basah.

Kadar sentuhan lebih rendah dengan permukaan jalan mengurangkan kemungkinan ‘aquaplaning’.

Namun, prestasi pembrekan kering tidak pula ditunjukkan di dalam video tersebut. Sebenarnya, ada kompromi dari segi cengkaman pada tayar eco berbanding tayar konvensional walaupun kadarnya sedikit.

Tayar eco kurang cengkaman dan brek lemah? Betul ke? 04

Mungkin kami akan jalankan eksperimen sendiri dengan tayar eco untuk lihat prestasi pembrekan kering dan kami akan kongsikan keputusannya nanti.

Bolehkah kita gabungkan penjimatan minyak dengan prestasi cengkaman dan brek?

Tayar eco kurang cengkaman dan brek lemah? Betul ke? 05

Tayar eco selalunya mempunyai ‘belt’ keras dan ‘ribs’ yang diperkemas

Walaupun rekaan tapak mempengaruhi kadar daya rintangannya, kebolehgunaannya boleh terkompromi. Rim dengan daya rintangan yang sangat-sangat rendah adalah rim besi di trek besi yang anda boleh lihat pada keretapi.

Tayar eco kurang cengkaman dan brek lemah? Betul ke? 06

Daya rintangan rendah. Gambar

Bagi meningkatkan lagi kadar penjimatan minyak dari tayar, satu lagi aspek yang dibangunkan ialah material tayar itu sendiri. Namun, masalahnya ialah histeresis tayar – tenaga yang hilang dari perubahan bentuk tayar (tayar penyek dari beban yang diletakkan keatasnya).

Perubahan bentuk tayar atau ‘deformation’ tayar bukanlah satu perkara yang tak elok dan inilah cara tayar mendapatkan cengkaman yang diperlukan (secara amnya, ‘sidewall flex’)

Dipendekkan cerita,

Histeresis rendah = ‘side wall flex’ rendah = kehilangan tenaga rendah = cengkaman rendah = daya rintangan rendah

Histeresis tinggi = ‘side wall flex’ tinggi = kehilangan tenaga tinggi = cengkaman tinggi = daya rintangan tinggi

Histeresis juga menjadi satu faktor yang memberi impak kepada keselesaan peluncuran dan memang ada sedikit kompromi dengan tayar eco.

Tayar eco kurang cengkaman dan brek lemah? Betul ke? 07

Perubahan bentuk (‘deformation’) berfrekuensi rendah disebabkan oleh pusingan tayar. Di sini, kita mahukan histeresis rendah bagi mencapai rintangan rendah

Selalunya, tayar berada pada samada histeresis rendah dan cengkaman rendah pada semua frekuensi (rujuk garis hijau dalam graf) atau histeresis tinggi dan cengkaman tinggi pada semua frekuensi (rujuk garis merah terang dalam graf).

Kompaun anti-Newtonian digunakan di dalam tayar rintangan rendah. Kompaun ini mempunyai histeresis rendah pada frekuensi rendah, tapi histeresis tinggi pada frekuensi tinggi (rujuk garisan merah gelap dalam graf).

Tayar eco kurang cengkaman dan brek lemah? Betul ke? 08

Seperti yang dijelaskan oleh Engineering Explained

Frekuensi rendah bukannya bermaksud kelajuan pemanduan rendah, tapi ia merujuk kepada sentuhan berkala (‘periodical contact’) dibuat oleh tayar dengan permukaan jalan.

Frekuensi tinggi bukannya bermaksud kelajuan pemanduan tinggi, tapi ia merujuk kepada perubahan frekuensi tinggi dalam permukaan jalan.

Tayar eco kurang cengkaman dan brek lemah? Betul ke? 09

Perubahan bentuk (‘deformation’) berfrekuensi tinggi adalah disebabkan oleh perubahan dalam permukaan jalan. Di sini, kita mahukan histeresis tinggi untuk cengkaman tinggi. Gambar

Disebabkan oleh kompaun anti-Newtonian, anda boleh gabungkan daya rintangan rendah dan cengkaman tinggi (dan juga pembrekan lebih baik) di dalam satu jenis tayar.

Walaupun ia agak mengagumkan, perlu diingatkan yang tayar eco berbeza jenama dan modelnya. Oleh itu, ia memberikan prestasi yang berbeza.

Kesimpulan

Tayar eco kurang cengkaman dan brek lemah? Betul ke? 10

Jika jawapan umum yang anda cari, ya, tayar eco punyai prestasi brek dan cengkaman yang lebih rendah namun hanya pada permukaan kering.

Selain daripada prestasi, ia juga memberikan sedikit kompromi pada keselesaan.

Di atas permukaan basah, tayar eco lebih cenderung untuk mempunyai kelebihan dari segi sentuhan lebih sedikit dengan permukaan jalan (kemungkinan untuk ‘aquaplaning’ lebih berkurangan).

Pilihan antara tayar eco ataupun tayar konvensional bergantung kepada kemahuan dan keperluan anda. Setiap jenis tayar ada kurang, ada baiknya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda