window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda!

Faisal · Feb 27, 2021 02:00 PM

“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda! 01

Imej dari PopularMechanics

Setiap pemilik kereta pasti tahu apa itu “servis”. Biasanya, servis kereta dilakukan setiap 10,000 km/6 bulan. Bagi anda yang belum tahu, perkara paling asas setiap kali servis dilakukan ialah menukar minyak enjin (juga dikenali sebagai minyak hitam atau minyak pelincir).

“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda! 02

Imej dari AirandHydraulic.

Secara asasnya, minyak ini berfungsi untuk menyejuk, membersih, dan melicinkan pergerakan komponen di dalam enjin. Walau bagaimanapun, sifatnya tidaklah kekal. Sampai masanya, minyak ini perlu diganti.

Disebabkan itulah syarikat pengeluar tetapkan jadual servis secara berkala sebagai langkah penjagaan. Kalau tidak, kereta anda berpotensi untuk berdepan dengan isu seperti:

1. Enjin bermasalah

“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda! 03

Imej dari HowMechanismWorks.

Minyak enjin yang masih baru dan pekat diibarat seperti lapisan halus yang berkualiti di antara dua komponen yang bergerak. Namun apabila ia sudah cair, kotor atau berkurangan, enjin akan terasa lebih kasar disebabkan oleh komponen dalaman yang sudah bergeser.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda! 01

Minyak pelincir diibarat seperti darah untuk organ di dalam enjin.

Dalam kes tertentu, suhu enjin juga boleh meningkat sehingga panas lampau.

2. Bau hangit seperti bau terbakar

“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda! 02

Imej dari Motorama.

Secara teknikal, minyak enjin yang sudah lama tidak akan menyejukkan komponen dalaman secara efektif. Kesannya, enjin boleh menjadi terlalu panas sehinggakan minyak tersebut boleh terbakar di dalam sistem ekzos.

“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda! 03

Foto: Shawauto

Hal ini lebih ketara kalau anda sendiri boleh mengesan bau hangit dari dalam kabin. Untuk kes tertentu, asap yang berwarna kelabu ataupun biru dapat dilihat keluar dari lubang ekzos.

3. Lampu amaran tekanan minyak menyala

“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda! 04

Turut dipanggil sebagai lampu aladin.

Amaran tekanan minyak rendah (low oil pressure warning) merujuk kepada kekurangan kuantiti minyak enjin. Secara teknikal, ia memang akan berkurangan walaupun tidak ketara. Jika anda perasan, batang dipstick mempunyai penanda aras seperti low dan high.

“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda! 05

Sukatan minyak enjin sepatutnya berada di antara kedua-dua penanda aras ini. Oleh itu, segera buat pemeriksaan di bengkel sekiranya amaran ini nyala di kluster instrumen kereta anda. Paling tidakpun, tambah minyak enjin terlebih dahulu.

4. Minyak semakin ‘kuat’

“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda! 06

Minyak enjin yang sudah lama juga boleh meningkatkan penggunaan petrol kereta anda. Hal ini berpunca dari komponen enjin yang perlu bekerja lebih keras daripada biasa akibat minyak enjin yang sudah cair dan tidak lagi likat.

Konklusi

“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda! 07

Kebiasaannya, minyak enjin yang baru berwarna coklat kekuningan. Lama kelamaan, ia akan bertukar ke warna hitam akibat pergerakan pelbagai komponen di dalam enjin. Untuk itu, anda boleh gunakan batang dipstick yang diberi untuk periksa warna minyak enjin kereta anda dari semasa ke semasa.

“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda! 08

Seperti kaitan badan manusia dan darah, enjin kereta juga berkait rapat dengan minyak pelincir. Tetapi, sifatnya tidaklah kekal seperti darah.

Oleh itu, ia perlu ditukar dari semasa ke semasa supaya komponen dalam enjin berfungsi dengan lancar. Walau apapun, anda disarankan tukar lebih awal daripada tetapan servis berkala sekiranya terdapat tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda