window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Ativa (D55L) 2021 lebih jimat minyak dari Proton X50 & Aruz, sehingga 680 km setangki!

Mersita · Feb 22, 2021 03:00 PM

Perodua Ativa (D55L) 2021 lebih jimat minyak dari Proton X50 & Aruz, sehingga 680 km setangki! 01

SUV Perodua Ativa (D55L) 2021 kini sudah dibuka untuk tempahan dan Perodua sudahpun mengumumkan spesifikasi awal bagi SUV pesaing Proton X50 ini.

Salah satu perincian yang diumumkan ialah trenkuasanya. Ativa akan dipadatkan dengan enjin petrol 1KR-VET 1.0 liter 3 silinder dengan turbo dan ia akan dipadankan dengan transmisi jenis CVT auto sama seperti Toyota Raize dan Daihatsu Rocky.

Perodua Ativa (D55L) 2021 lebih jimat minyak dari Proton X50 & Aruz, sehingga 680 km setangki! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun Perodua belum memaklumkan angka kuasa janaan enjin Ativa, di Jepun enjin ini menjana 98 PS dan 140 Nm tork. Enjinnya ada kemungkinan untuk ditala dan disesuaikan bagi penggunaan tempatan seperti kualiti bahan bakar dan kondisi pemanduan.

2021 Daihatsu Rocky Driving

Namun, Perodua ada mengumumkan anggaran penggunaan bahan bakar bagi Ativa iaitu sebanyak 18.9 km/L, bersamaan dengan 5.29L/100 km. Ini menunjukkan bahawa Ativa lebih baik berbanding Perodua Aruz dan Proton X50 dari segi kecekapan penggunaan bahan bakar.

Penggunaan minyak/petrol Ativa vs. Aruz vs. X50 (anggaran)

Perodua Ativa 1.0T 2021

5.3L/100 km

Perodua Aruz 1.5L 2021

6.4L/100 km

Proton X50 1.5T MPI 2020

6.5L/100 km

Proton X50 1.5 TGDi 2020

6.4L/100 km

Ativa dikatakan mempunyai kapasiti tangki bahan bakar sebanyak 36 liter. Secara teorinya, satu tangki penuh petrol mampu bertahan sejauh 680 km. Bayangkan, itu adalah jarak perjalanan daripada Johor Bahru ke George Town, Penang!

Perodua Ativa (D55L) 2021 lebih jimat minyak dari Proton X50 & Aruz, sehingga 680 km setangki! 02

Lakaran oleh Theophilus Chin

Yang menariknya, Perodua Myvi dikatakan mempunyai kecekapan petrol lebih baik berbanding Ativa. Hal ini mungkin disebabkan oleh fungsi Eco Idle (‘auto start/stop’) di dalam Myvi yang mampu menjimatkan bahan bakar.

Penggunaan minyak/petrol Ativa vs. Myvi, Bezza, Axia (anggaran)

Perodua Ativa 1.0T 2021

5.3L/100 km

Perodua Myvi 1.5L 2021 4.9L/100 km
Perodua Bezza 1.3L 2021 4.5L/100 km
Perodua Axia 1.0L 2021 4.6L/100 km

Anggaran harga untuk Perodua Ativa adalah di antara RM62,500 sehingga RM72,600 (OTR tanpa insurans & SST).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda