window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT?

Zamil Syaheer · Feb 24, 2021 11:00 AM

Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT? 01

Perodua Ativa 2021, SUV terhangat buat masa kini akan menggunakan transmisi D-CVT (Dual-Mode CVT). Ia merupakan penggunaan CVT pertama buat Perodua, jadi timbul persoalan tentang pembuatan dan apa yang istimewa tentangnya.

Kami di WapCar BM akan membawa anda melihat secara dekat transmisi CVT baru ini dengan bahasa yang mudah dan senang difahami.

Apa yang istimewa pasal transmisi CVT ni?

Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selalunya transmisi CVT menggunakan tali (belt) atau rantai (chain), tetapi Perodua Ativa D-CVT menggunakan kombinasi rantai besi dan gear. Tali besi digunakan kerana ia tahan lebih lama.

Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT? 01

Gear pada D-CVT.

D-CVT berfungsi sama seperti CVT biasa kerana ia menggunakan tali ketika keadaan berhenti dan bergerak serta pemanduan berkelajuan rendah.

Pada kelajuan sederhana sehingga tinggi pula, klac bergerak dan kuasas disalurkan ke gear, mewujudkan rasa seperti transmisi automatik biasa.

Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT? 02

Pada kelajuan rendah, D-CVT menggunakan tali.

Selain mengurangkan rasa efek “rubber band”, transmisi D-CVT juga membantu dalam penjimatan minyak. Perodua mendakwa Ativa memiliki penggunaan minyak sekitar 5.29 liter / 100 km.

Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT? 03

Pada kelajuan tinggi, gear mengambil alih.

Boleh baca:

Transmisi automatik 4 kelajuan vs CVT: Dua langkah kehadapan, satu kebelakang?

Okay jadi ianya lebih efisyen, tapi kalau nak naikkan kuasa boleh ke?

Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT? 04

Transmisi D-CVT yang ada pada dua adik beradiknya, Toyota Raize dan Daihatsu Rocky boleh tahan sehingga tork 150 Nm.

Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT? 05

Tiada masalah kerana Ativa/Raize/Rocky mempunyai tork puncak sebanyak 140 Nm. Namun jika anda dah pasang niat nak ‘modify’ Ativa anda, ingat had tork 150 Nm. Kalau tak, takut CVT ‘kong’ je.

Tiada pilihan transmisi lain ke?

Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT? 06

Untuk pasaran Malaysia, Perodua hanya menawarkan transmisi D-CVT untuk SUV cilik ini. Tiada transmisi 4 kelajuan automatik yang korang dah biasa pakai atau dengar.

Di Indonesia, kembar Ativa yang dikenali dengan kod A250 dan A251 bakal mendapat pilihan transmisi 6 kelajuan manual. Pasaran Jepun pun takde transmisi ni!

Selain dari itu, duo SUV untuk Indonesia ini juga bakal mendapat satu lagi pilihan enjin 1.2 liter aspirasi natural yang menghasilkan 88 PS dan 108 Nm.

Okay, adakah ini bermakna Perodua yang lain akan menggunakan CVT juga?

Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT? 07

Kata nak Perodua maju ke hadapan, kan? Kami yakin Perodua akan menggunakan transmisi D-CVT ini bagi model akan datang, terutamanya bagi model yang menggunakan platform DNGA, termasuklah Perodua Alza generasi seterusnya.

Perodua Ativa (D55L) D-CVT – apa yang dimaksudkan dengan D di belakang CVT? 08

Sekadar peringatan, Perodua Ativa 2021 adalah SUV yang menampilkan sejumlah ciri pertama bagi Perodua, termasuk enjin bercas turbo berseseran kecil, transmisi automatik jenis CVT, dan sistem bantuan pemandu ADAS ASA 3.0.

Ia juga merupakan Perodua pertama yang dibina berasaskan platform DNGA yang sama dengan platform Toyota TNGA, walaupun dikembangkan untuk kereta kompak.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda