Proton
Owner Review: More reliable than my previous Perodua Bezza - 2019 Proton Iriz 1.6 CVT Premium
229
Tenggelamnya populariti sedan dikala pembeli beralih cita dan rasa dari gaya badan sedan 3-kotak yang tradisional kepada SUV 2-kotak akan tampak lebih ketara dengan kehadiran Perodua Ativa (D55L) 2021.
Dahulunya, trend ini dilihat hanya dalam kelas kenderaan segmen D tinggi seperti Toyota Camry / Honda Accord dan segmen C seperti Toyota Corolla Altis / Honda Civic. Pembeli telah beralih selera ke Honda HR-V / Honda CR-V / Proton X70.
Dalam spektrum kereta mampu-milik, sedan segmen B tradisional seperti Toyota Vios / Honda City / Proton Persona masih merangkumi sebahagian besar daripada angka jualan jenama masing-masing.
Honda, misalnya, bergantung kepada City bagi sekitar 30 peratus daripada jualan keseluruhannya. Hakikatnya, ia menjadi semakin sukar untuk Honda bagi mengekalkan jumlah ini bagi tahun-tahun seterusnya.
Perodua telah mengumumkan senarai harga anggaran dan spesifikasi awal bagi Perodua D55L, yang kini sudah disahkan untuk dilancarkan sebagai Perodua Ativa.
Senarai harga yang diumumkan ini hampir sama dengan anggaran dibuat WapCar sebelum ini, dengan julat harga dari RM 62,500 hingga RM 73,400.
Tiga varian akan diperkenalkan; semuanya akan dikuasakan dengan enjin petrol 1KR-VET 1.0 liter 3 silinder berpengecas turbo (secara amnya enjin Axia/Bezza dalam varian berpengecas turbo), dipadankan dengan D-CVT (Dual Mode CVT – bukannya jenis seperti Direct Shift CVT Toyota).
Dari segi perincian dan kelengkapan, Ativa mengalahkan semua pesaing-pesaingnya. Walau varian paling murah (RM 62,500, anggaran) iaitu Perodua Ativa 1.0 X akan didatangkan dengan lebih banyak kelengkapan keselamatan berbanding Proton X50 Standard (dari RM 79,200), apa lagi Vios atau City.
Kelengkapan standard termasuklah 6 beg udara (lawan 4 beg udara di dalam Proton X50 Standard), kawalan penstabilan elektronik, bantuan mula bukit, brek kecemasan berautonomi (AEB, digelar Perodua sebagai ASA), serta amaran dan pencegahan tersasar lorong.
Varian spesifikasi paling tinggi iaitu 1.0 AV menambah lampu hadapan LED yang boleh menyesuaikan fokus/lengkungan secara automatik (Perodua memanggilnya ‘Adaptive Driving Beam’) – satu kelengkapan yang tidak ditawarkan walau di dalam kereta-kereta mahal lebih RM 150,000!
Tambahan pula, Ativa 1.0 AV juga didatangkan dengan kawalan peluncuran adaptif dan Kawalan Sasaran Lorong – yang bermaksud SUV ini mempunyai kebolehan pemanduan separa berautonomi.
Baca juga: Lampu LED adaptif pada Perodua Ativa (D55L), kereta paling murah di Malaysia dengan ciri ini!
Secara ringkasnya, ia bermaksud yang dibawah kondisi tertentu, Perodua Ativa berkebolehan untuk memandu dengan sendirinya walaupun sebentar saja.
Isu-isu tanggungjawab dan pematuhan undang-undang menyebabkan pengilang terpaksa mengehadkan fungsi pemanduan separa-berautonomi kepada hanya sekitar 10 saat (spesifikasi akan disahkan nanti). Pemandu mesti sentiasa memegang tanggungjawab dalam mengoperasikan kenderaan. Kelengkapan ini sekadar untuk membantu pemandu.
Oleh itu, dimana duduknya Toyota Vios dan Honda City dengan saingan sebegini? Inilah kereta bukan nasional yang mendahului pasaran di Malaysia.
Toyota Vios dijual dengan harga bermula dari RM 74,623 hingga RM 95,284, manakala Honda City bermula dari RM 74,191 hingga RM 86,561. Nissan Almera – yang seringkali kurang mendapat perhatian walau prestasinya cemerlang tak padan dengan harga – bermula dari RM 79,906 hingga RM 91,310.
Tiada satu pun dari pilihan-pilihan ini yang mampu menandingi tawaran Perodua Ativa. Buat masa sekarang, kereta-kereta buatan Jepun ini masih boleh ‘bernafas’ kerana Proton masih tak tentu hala arahnya.
Walaupun Proton X50 berjaya mengumpul lebih 40,000 tempahan, Proton hanya mampu memenuhi kurang daripada 10 peratus tempahan setakat ini. Aduan daripada pembeli terawal tentang kesulitan servis selepas-jualan serta kekurangan alat-ganti menambah lagi ketidakyakinan dikalangan pembeli.
Setakat ini, impak dari Proton X50 keatas Toyota Vios dan Honda City tidaklah seteruk yang kita sangkakan dahulu. Namun, kehadiran Perodua Ativa dilihat mampu mencantas kesemuanya sekali.
Tetapi, tunggu masa saja lagi apabila Proton sudah boleh menyelesaikan segala masalah dan isu rantaian bekalannya serta pengurusan inventori alat-ganti kenderaannya.
2021 akan diingati sebagai tahun permulaan kepada pengakhiran sedan segmen B. Dahulunya dianggap sebagai segmen penting dalam pasaran kereta di Malaysia, ia kini tersepit antara dua model ‘game changer’ – Perodua Ativa di julat harga bawah dan Proton X50 di julat harga atas.
Bagi hatchback segmen B seperti Honda Jazz/Toyota Yaris, agak sukar untuk kita jangkakan samada nasibnya akan sama dengan kereta jenis sedan.
Sejak MyCC mengharamkan Malaysian Automotive Association (MAA) daripada berkongsi data jualan kenderaan yang teliti atas rasional yang tak masuk akal, industri tempatan sudah kehilangan sumber info bagi perkara ini.
Honda WR-V akan tiba di Malaysia
Walaupun harga yang murah dan kelengkapan canggih ditawarkan di dalam Perodua Ativa mengejutkan ramai orang, perkara ini sebenarnya sudah boleh dijangka. Walaupun jenama kereta nasional ini diberi pengurangan cukai, peralihan trend dari sedan ke SUV sudahpun bermula di Jepun sejak lebih 20 tahun lalu.
Baca juga: Tiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua “kereta nasional”
Toyota RAV4 generasi pertama memulakan trend ini di Jepun pada tahun 1994, diikuti oleh Toyota Harrier. Hari ini, Toyota Yaris Cross terbaru ialah model paling laris di Jepun; menyaingi Honda Jazz. Sedan-sedan segmen B seperti Honda City dan Toyota Belta (Vios) sudah tidak dijual di sana.
Baca juga: Di Jepun, Toyota Yaris Cross ada 6 bulan senarai menunggu – lebih panas dari Perodua D55L/Raize!
Melihat peralihan trend yang sama di Malaysia tidak mengejutkan mereka. Tapi, semua orang mesti sedar akan hakikat yang Perodua Ativa akan mempercepatkan peralihan trend itu di sini lebih pantas dari jangkaan.
Kemudian, kita dah boleh jangka yang pembuat kereta Jepun akan memperkenalkan SUV lebih kecil untuk diposisikan di bawah kelas kenderaan Honda HR-V/Toyota Corolla Cross tidak lama lagi.
Setelah hampir 25 tahun berada di pasaran, genre sedan segmen B yang pada mulanya dipopularkan oleh Honda City sedan generasi pertama pada 1998 di Malaysia akan jadi tidak relevan dalam masa terdekat.
Ini adalah kitaran hidup produk yang normal. Perlu diingatkan yang Toyota Vios dan Honda City dicipta pada penghujung 90-an (sekitar 25 tahun yang lalu) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Toyota Corolla dan Honda Civic; yang semakin lama semakin mahal bagi kelompok pelanggan biasanya.
Sesuku abad selepas itu, kita kini akan melihat kitaran tersebut berulang semula dengan satu generasi baru SUV kompak. Ini hanya akan mengembangkan lagi rangkaian kenderaan segmen B.
Ada yang menegaskan bahawa Perodua Ativa ialah kenderaan segmen A, tapi perkara ini tidak relevan untuk dibincangkan kerana konsumer akan memilih dan membandingkan kenderaan mengikut kesesuaian poket masing-masing.
Honda dilaporkan sedang membangungkan sebuah SUV baru berspesifikasi rendah, diposisikan di bawah HR-V. Besar kemungkinan ia akan menggunakan plat nama WR-V, tapi model serba baharu ini akan jadi sangat-sangat berbeza daripada Honda WR-V sekarang yang kini dijual di India dan Brazil.
Toyota Yaris Cross juga akhirnya akan dihasilkan dalam varian berkos rendah untuk pasaran-pasaran membangun. Dalam bentuknya yang sekarang, Yaris Cross berplatform TNGA-B masih terlalu mahal untuk pasaran kita.
Nissan sudahpun mempunyai Nissan Kicks. Ia sudah dijual di Thailand dan pengenalannya di Malaysia sudah dalam perancangan. Namun, ramalan ekonomi yang kurang baik dan potensi pasaran yang semakin menghilang untuk jenama bukan nasional di Malaysia memperlahankan kemajuan ini.
Memandangkan jualan model utama iaitu Toyota Vios dan Honda City semakin tertekan, 2021 nampaknya agak kelam bagi Honda Malaysia dan UMW Toyota Motor. Sama juga untuk Edaran Tan Chong Motor dengan Nissan Almera mereka yang cukup bagus sebenarnya bagi sedan ‘entry level’.
Baca juga: Less choices for consumers as Toyota and Honda decline, Proton/Perodua extend lead
Sedan untuk ditafsirkan semula
Sama seperti bagaimana Civic berjaya untuk kekal relevan dengan transformasinya sebagai sedan ‘sporty’ rendah yang mampu-milik, dan juga bagaimana Toyota Camry kini diperbaharui dari generasi sebelumnya; genre sedan segmen B tidak akan berganjak dari pasaran.
Malah, ia akan ditafsirkan semula dengan konsep produk yang lebih ‘sporty’ dan berbeza dari sebelumnya. Kini, memandangkan kereta-kereta ini sudah tak perlu memuaskan hati semua orang, ia boleh fokus saja pada kelompok pembeli yang ada.
Toyota Vios GR-Sport, dengan penalaan suspensi yang tepat sekali serta ‘handling’ yang mengagumkan (rebiu akan tiba tak lama lagi), adalah previu bagi masa depan sedan segmen B.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Used Cars
Eyeing on a used 2016-2017 SUV between 65k to 70k, preferable those still within manufacturer warranty. Short listed a few options as below : - 2017 Nissan Xtrail 2.0 or 2.5 - 2016 Hyundai Santa Fe - 2016- 2017 Hyundai Tuscon - 2017 Subaru Forester 2.0P Any owners would like to share your ownership experience? Or any owner would like to sell their used car please also PM me. Cheers ! -
9
34
16