window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250

Khairil · Feb 24, 2021 03:00 PM

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250 01

Syarikat pengeluar motosikal terkemuka Amerika Syarikat, Harley-Davidson akhirnya melancarkan jentera terbaru Pan America 1250 sekaligus menyertai pasaran 'Adventure bike' yang kompetitif.

Sejak kali pertama projek berkenaan didedahkan pada 2018 menerusi strategi peluasan produk Harley-Davidson, Pan America dijangka membuat penampilan pada tahun lalu namun dihalang beberapa perkara termasuk penularan Covid-19.

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250 01

Sebagai permulaan bagi model Pan America 1250, dua varian diperkenalkan oleh syarikat berpangkalan di Milwaukee, Wisconsin itu iaitu Standard dan Special yang hadir dengan ciri-ciri lebih berteknologi dan premium.

Dari sudut reka bentuk, rekaan Harley-Davidson Pan America boleh dikatakan unik dan tampak berbeza berbanding jentera adventure atau kembara lasak yang lain terutama di bahagian lampu depannya. Begitupun, ia tetap menarik dan kelihatan garang.

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250 02

Seperti diketahui, Harley-Davidson menghasilkan enjin serba baharu bagi Pan America yang dikenali sebagai Revolution Max.

Enjin itu bersesaran 1,252 cc, V-Twin, DOHC, Penyejuk Cecair VVT, 4 Injap Per-Silinder yang digandingkan dengan transmisi baharu 6 kelajuan menggunakan pacuan rantai. Dan kuasa yang dihasilkan cukup mengagumkan iaitu 150 Hp pada 9,000 rpm dan tork 127 Nm pada 6,750 rpm dan mematuhi piawaian Euro 5.

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250 03

Dari sudut tunggangan, ia menggunakan suspensi jenis semi-aktif menerusi fork terbalik (USD) 47 mm dengan mampatan, lantunan dan spring prabeban boleh laras dan monoshock piggyback dengan mampatan, lantunan dan spring prabeban hidraulik boleh laras.

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250 04

Dari sudut elektronik, Pan America hadir dengan pelbagai ciri yang diharapkan bagi jentera adventure termasuk sistem Kawalan henti-bukit, 'cruise control, cornering ABS, lean-sensitive traction control', dan mod pemanduan.

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250 05

Spesifikasi lain antaranya ialah penggunaan sistem brek cakera apung berkembar Brembo kaliper 4-piston (depan) dan cakera apung dengan kaliper piston tunggal di bahagian belakang berserta ABS.

Selain itu, panel instrumennya bersaiz 6.8 inci TFT dengan skrin sesentuh yang sarat dengan pelbagai informasi. Ia turut mempunyai sistem sambungan Bluetooth ke telefon pintar untuk akses panggilan telefon, muzik, dan navigasi menerusi aplikasi Harley-Davidson.

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250 06

Bagi versi Special, antara ciri premium yang diberikan adalah sistem suspensi depan dan belakang semi-active yang boleh dilaraskan secara elektronik, Center Stand, Multi-Position Rear Brake Pedal, Tire Pressure Monitoring System (TPMS), Brush Guard, Aluminum Skid Plate, Daymaker Signature Adaptive Headlamp, Steering Damper dan Pemanas Grip dan Penghadang Angin Tangan.

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250 07

Tangki bahan api ialah berkapasiti 21.2 liter dengan berat 242 kg bagi model Standard dan 254 kg bagi model Special. Tayar depan dan belakang masing-masing berukuran 120/70R19 60V dan 170/60R17 72V.

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250 08

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250 09

Harley-Davidson Pan America bagi versi Standard boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Vivid Black dan River Rock Gray with Medallion manakala versi Special datang dengan pilihan warna Vivid Black, Gauntlet Gray Metallic, Deadwood Green, Baja Orange dan Stone Washed White Pearl.

Berdasarkan laman web automotif antarabangsa, harga bagi Pan America 1250 dijangka bermula dari sekitar £ 14,000 (RM 80,101) bagi versi Standard dan £ 15,500 (RM 88,694) bagi versi Special.

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250 10

Berpandukan kepada ciri-ciri dan kuasa yang dimilikinya pula, antara pesaing kepada Pan America adalah BMW R1250GS dan KTM 1290 Super Adventure S, Triumph Tiger 1200 dan pelbagai jenama lain.

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250 11

Harley-Davidson 'serang' pasaran 'Adventure bike', lancar Pan America 1250 12

Adakah model ini akan tiba ke pasaran Malaysia. Kita tunggu saja pengumumannya daripada pengedar sah Harley-Davidson di negara ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda