window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua D55L sah akan dilancarkan pada 3 Mac 2021!

Haris · Feb 24, 2021 04:00 PM

Perodua D55L sah akan dilancarkan pada 3 Mac 2021! 01

Perusahaan Otomobil Kedua Malaysia (Perodua) telah mengesahkan bahawa SUV kompak Perodua Ativa (D55L) akan dilancarkan pada 3 Mac 2021. Model terbaru Perodua tersebut bakal menjadi lembaran baru buat Perodua yang terkenal sebagai pengeluar kereta nombor 1 di Malaysia.

Perodua D55L sah akan dilancarkan pada 3 Mac 2021! 02

Bagi mereka yang berminat, Perodua Ativa (D55L) telah dibuka untuk tempahan pada 19 Februari 2021 yang lepas. Harga yang ditawarkan adalah sekitar RM 62k - RM 73k.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdapat 3 varian yang disahkan dengan pilihan aksesori tambahan Perodua Gear Up.

Perodua D55L sah akan dilancarkan pada 3 Mac 2021! 01

Perodua Ativa (D55L) bakal ditawarkan dalam 1 spesifikasi enjin dan transmisi iaitu enjin 3 silinder 1.0 liter turbo 1KR-VET dengan gandingan transmisi D-CVT.

Hal ini bermakna, Perodua Ativa (D55L) adalah model Perodua pertama dengan transmisi CVT. Namun, tiada sebarang transmisi manual yang ditawarkan untuk model ini.

Perodua D55L sah akan dilancarkan pada 3 Mac 2021! 02

Terdapat 3 varian yang ditawarkan seperti yang tertera di bawah beserta harga (tanpa SST, sah sehingga 30 Jun 2021).

Harga Perodua Ativa
Varian X H AV
Anggaran Harga RM 62,500 RM 67,300 RM 73,400

Perodua D55L sah akan dilancarkan pada 3 Mac 2021! 03

Pilihan warna yang bakal ditawarkan adalah:

  • Glittering Silver
  • Granite Grey
  • Cobalt Blue
  • Pearl Diamond White
  • Pearl Delima Red. 

Di samping itu, Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red turut hadir dengan warna eksklusif 2 tona bumbung hitam.

Perodua D55L sah akan dilancarkan pada 3 Mac 2021! 04

Jika keselamatan adalah pertimbangan anda, Perodua Ativa (D55L) akan ditawarkan dengan Perodua ASA untuk semua varian. Malah, spesifikasi paling tinggi akan menampilkan ciri-ciri L2 Autonomous Driving seperti Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control.

Perodua D55L sah akan dilancarkan pada 3 Mac 2021! 05

Perodua turut mengumumkan anggaran penggunaan bahan api iaitu sebanyak 18.9 km / liter, bersamaan dengan 5.29 liter /100 km. Dengan tangki bahan api berkapasiti 36 liter, ini bermakna ia mampu bergerak sejauh 680 km untuk setangki penggunaan.

Kesemua ciri yang dipaparkan ini menarik minat anda? Nantikan kejutan dari Wapcar.my mengenai Perodua Ativa (D55L) ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda