window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik

Khairil ยท Feb 26, 2021 09:00 AM

CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik 01

Syarikat pengeluar motosikal dari China, CFMoto memang berjaya menghasilkan jentera yang rata-rata mempunyai rekaan yang boleh ditakrifkan sebagai 'wow'.

Sebagai contoh motosikal 'Sportbike' CFMoto 250SR yang tiba di pasaran tempatan pada pertengahan tahun lalu yang jelas mencuri perhatian menerusi penampilan dan reka bentuknya yang segak serta menarik.

CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tidak gentar bersaing dengan model-model dari jenama yang lebih ternama, CFMoto 250SR yang dibina dengan harapan untuk memikat golongan muda bukan saja hebat dari sudut rekaan, malah datang dengan pakej harga cukup menarik.

CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik 01

Selain itu, spesifikasi pula juga boleh dikatakan padu juga dengan ciri-ciri menarik dan canggih.

Dicipta berdasarkan platform motosikal 'Naked', CFMoto 250 NK yang juga menarik rekaaanya, CFMoto 250SR datang dengan dua varian iaitu Standard Edition dan Limited Edition.

CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik 02

Dari sudut spesifikasi, ia menggunakan enjin bersesaran 249.2 cc, DOHC, 1 Silinder, 4 Injap dan sistem suntikan bahan api dari Bosch EFI. Ia dikatakan mampu menghasilkan kuasa 27.5 Hp pada 9,750 rpm dan tork 22 Nm pada 7,500 rpm.

CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik 03

Enjin yang mematuhi piawaian Euro 4 itu kemudian dipadankan dengan transmisi enam kelajuan yang turut datang dengan teknologi slipper clutch. Ia turut didatangkan dengan dua mod tunggangan iaitu Sport dan Eco.

Bagi meningkatkan lagi tahap 'kehenseman' jentera itu, sistem lampu juga adalah menggunakan LED penuh. Selain memberikan tunggangan yang lebih meyakinkan, ia turut meningkatkan lagi gaya pada motosikal berkenaan. Bagi paparan meter, ia menggunakan panel instrumen TFT yang cukup terang untuk dilihat.

CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik 04

Ciri-ciri keselamatannya juga boleh dikatakan mantap. Ia menggunakan sistem brek cakera bersaiz 292 mm dengan angkup brek 4 piston bersama sistem ABS Continental di bahagian depan manakala brek belakang menggunakan cakera tunggal bersaiz 220 mm 1 piston juga beserta ABS.

CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik 05

Dari sudut tunggangan, CFMoto 250SR menggunakan fork jenis terbalik di bahagian depan dan monoshock di bahagian belakang dengan saiz roda 110/70-R17 (depan) dan 140/60-R17 (belakang).

Spesifikasi lain adalah tangki bahan api sebesar 12.5 liter, ketinggian tempat duduk 780 mm, jarak roda 1,360 mm, jarak kelegaan bumi 135 mm dan berat 165 kg.

CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik 06

Bagi pilihan warna, ia dibezakan dengan versi Standard Edition dan Limited Edition dan lebih menarik, varian untuk Limited Edition hanya dihasilkan sebanyak 30 buah sahaja.

CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik 07

Pada tahun ini, motosikal yang dipasang secara CKD dan diedarkan oleh KTNS Holdings itu ditambah pilihan warna baharu iaitu White Blue bagi varian Standard Edition.

Harga yang ditawarkan begitupun masih sama iaitu RM 15,800 bagi versi Standard dan RM 17,800 bagi versi Limited.

CFMoto 250SR, rekaan buat 'gentar jiwa', harga menarik 08

Menariknya, syarikat berkenaan turut memberikan waranti selama 2 tahun tanpa mengira jarak perbatuan. Hebat dan menarik kan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda