window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900

Khairil ยท Feb 26, 2021 02:00 PM

Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900 01

Selepas pengenalannya secara global pada November tahun lalu, jentera dalam segmen 'Adventure' keluaran syarikat pengeluar motosikal British, Triumph Tiger 850 Sport 2021 akhirnya tiba di tanah air.

Perkembangan menarik itu dikongsikan oleh Triumph Motorcycles Malaysia di laman sosial rasmi syarikat berkenaan, baru-baru ini.

Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900 01

Seperti yang diketahui, Tiger 850 Sport 2021 dibina berasaskan model lebih 'senior' Tiger 900 dan turut menggunakan enjin sama iaitu 888 cc 'T-Plane', Penyejuk Cecair, 12 Injap, Tiga Silinder Sebaris yang patuh piawaian emisi Euro 5.

Begitupun, bagi menjadikan jentera dengan reka bentuk garang ini lebih 'jinak' untuk ditunggang, angka kuasa yang dihasilkan jentera berkenaan diturunkan kepada 84 Hp pada 8,500 rpm dan tork 81 Nm pada 6,500 rpm.

Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900 02

Menurut Triumph, talaan itu bertujuan untuk menjadikan tunggangan yang lebih versatil dan kuasa sentiasa tersedia walaupun pada julat putaran enjin yang lebih rendah.

Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900 03

Kuasa berkenaan kemudian disalurkan kepada sistem transmisi enam kelajuan yang dipadankan dengan klac slip & assist selain terdapat dua mod tunggangan iaitu Rain dan Road. Ia turut didatangkan dengan Switchable Traction Control.

Spesifikasi lain pada Tiger 850 Sport 2021 ialah penggunaan sistem brek Brembo Stylema dengan brek cakera berkembar bersaiz 320 mm, angkup 4 Piston di bahagian depan dan brek cakera tunggan 255 mm, 1 Piston di bahagian belakang beserta ABS.

Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900 04

Untuk tunggangan yang hebat, motosikal ini dipadankan dengan sistem suspensi dari Marzocchi dengan fork terbalik boleh laras dengan diameter 45 mm di bahagian depan dan monoshok di bahagian belakang.

Triumph Tiger 850 Sport menggunakan menggunakan roda bersaiz 100/90-R19 di bahagian depan dan 150/70R17 (belakang) dengan ketinggian tempat duduk pula boleh dilaraskan dalam dua posisi iaitu 810 mm dan 830 mm.

Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900 05

Antara kelengkapan lain termasuklah paparan meter TFT bersaiz 5 inci, lampu LED penuh depan dan belakang, soket kuasa 12V, cermin penghalang angin boleh laras.

Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900 06

Dengan kapasiti bahan bakar 20 liter, Triumph mendakwa motosikal berkenaan boleh mencapai jarak 385 km (diuji) dengan berat kering 192 kg.

Selain itu, Triumph turut menawarkan aksesori menarik termasuklah beg barangan, pelindung bar hendal, hendal dengan pemanas terbina dalam, sump guard dan banyak lagi.

Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900 07

Jentera 'garang' Triumph, Tiger 850 Sport 2021 mendarat di Malaysia, harga RM 59,900 08

Kepada yang berminat, dua pilihan warna ditawarkan iaitu Graphite & Diablo Red dan Graphite & Caspian Blue.

Harga yang ditawarkan, RM 59,900 (Bukan atas jalan) dengan tempoh jaminan hebat selama 2 tahun tanpa jarak perbatuan.

 

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda