window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda HR-V 2021 serba baru - apa yang beza? Masih menawan?

Faisal Ā· Feb 28, 2021 04:00 PM

Honda HR-V 2021 serba baru - apa yang beza? Masih menawan? 01

Honda HR-V generasi ketiga baru sahaja dirasmikan pada minggu lepas. Jika anda perasan, model yang terdahulu cukup laris sejak ia diperkenalkan oleh Honda Malaysia pada tahun 2014.

Sebelum generasi baharu tiba di tanah air, mari sama-sama kita perincikan perbezaan di antara model lama dengan model baru.

Eksterior

Honda HR-V 2021 serba baru - apa yang beza? Masih menawan? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda HR-V sebelum ini merupakan sebuah SUV segmen B yang cukup bergaya. Kali ini, ia tampil dengan wajah depan yang lebih menyerlah dan tajam. Malah, tidak hairan kalau ramai berpendapat bahawa ia nampak seperti sebuah Mazda.

Honda HR-V 2021 serba baru - apa yang beza? Masih menawan? 01

Pada bahagian tepi, Honda HR-V baru nampak lebih kemas dan tegap. Sudut cermin belakang untuk model kali ini juga kelihatan lebih condong. Selain itu, anda akan perasan bahawa posisi cermin sisi telah ditukar ke bahagian badan kenderaan. Perubahan ini sebenarnya untuk tujuan aerodinamik dan penglihatan yang lebih baik. Uniknya, pemegang pintu belakang masih dikekalkan pada tiang-C seperti model sebelum ini.

Honda HR-V 2021 serba baru - apa yang beza? Masih menawan? 02

Beralih ke bahagian belakang, Honda HR-V kelihatan lebih sporty dan kemas. Corong ekzos yang agak tersebunyi untuk model kali tampil dengan gimik diffuser yang cukup menyerlah.

Interior

Honda HR-V 2021 serba baru - apa yang beza? Masih menawan? 03

Pada bahagian dalam, Honda HR-V 2021 didatangkan dengan kabin yang lebih kemas. Malah menurut kami, ia nampak cukup elegan. Apa yang lebih menarik ialah rekaan corong penyaman udara yang kelihatan canggih.

Honda HR-V 2021 serba baru - apa yang beza? Masih menawan? 04

Namun begitu, rekaan konsol tengah yang seolah-olah terapung pada model sebelum ini nampaknya telah digugurkan. Mungkin Honda ada jalan lain untuk kekalkan praktikaliti yang sama.

Honda HR-V 2021 serba baru - apa yang beza? Masih menawan? 05

Apapun, Honda HR-V 2021 dijangka kekal dengan ruang kabin yang terbaik di kelasnya. Di samping itu, kebolehan muatan yang terkenal oleh kerusi ‘Magic Seats’ pada model sebelum ini masih ada pada Honda HR-V kali ini. Apa yang baru ialah ciri penyaman udara untuk penumpang belakang.

Honda HR-V 2021 serba baru - apa yang beza? Masih menawan? 06

Mengenai sistem infotainment pula, skrin sesentuh untuk model kali ini datang dengan susunan berdiri. Nampak sama macam Honda Accord kan?

Apapun, kami harapkan bahawa sistem yang baru ini lebih pantas dan mudah untuk digunakan kerana model sebelum ini terasa agak memeningkan.

Konklusi

Honda HR-V 2021 serba baru - apa yang beza? Masih menawan? 07

Seperti filem, sekuel boleh menjadi hambar. Tetapi mengenai Honda HR-V baru, kami yakin bahawa ia tampil dengan perbezaan dan pembaharuan yang cukup baik. Disebabkan itu, kami cukup nantikan ketibaannya di Malaysia. Anda bagaimana?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda