Perodua
Do you think Perodua will grab the NO.1 National Brand successfully? My answer is yes - Perodua can go beyond Proton, but only if they do cheap cars. Do they always only have to do cheap car? Can they develop better cars?
40
Sebuah Proton Waja tular baru-baru ini kerana cuba meloloskan diri dari pihak polis. Dalam sebuah video yang sedang sohor kini, Proton Waja tersebut meloloskan diri ketika diarahkan berhenti oleh pihak polis.
Kejadian tersebut berlaku di lebuh raya berdekatan Sierramas, Sungai Buloh.
Sedan bernombor pendaftaran MAS 175 tersebut berjaya meloloskan diri walaupun diapit oleh sebuah lori pada bahagian depan dan Perodua Myvi pada sebelah kiri. Pihak polis juga dilihat sedang cuba mengawal keadaan namun tidak diendahkan oleh pemandu tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, insiden tersebut kini dalam siasatan pihak polis. Sebarang kenyataan mengenai kejadian tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.
Saksi kejadian pula berkata, kejadian berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari tadi apabila anggota polis cuba menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta model Proton Waja.
"Bagaimanapun dua lelaki itu enggan membuka pintu kereta dan menyerah diri. Pemandu kereta itu sebaliknya menekan minyak dan merempuh lori yang berada di hadapannya.
"Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika kebanyakan kenderaan sedang berhenti susulan lampu merah," katanya.
Sementara itu, video terbaru menyaksikan Proton Waja tersebut telahpun ditinggalkan oleh pemandu di bahu jalan. Pihak peronda Polis telah menemui Proton Waja tersebut ditinggalkan dalam keadaan begitu sahaja.
Suspek dikatakan melarikan diri ke belukar yang berhampiran.
*Kemaskini: Pihak Polis daerah Petaling Jaya telah mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian ini.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
Mazda
Mazda CX-5 VS Proton X70, Which one should I go for? Hey guys. Mazda CX5 or Proton X70, it is difficult to choose!! I do like the function and comfort on X70, but a lot of people say its fuel consumption is bad. Although CX-5 is good overall, I still think X70 is more comfortable. Which one should I go for?
8
31
6