window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat?

Haris · Feb 28, 2021 06:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika anda tertanya-tanya mengapa secara tiba-tiba Proton melancarkan model istimewa, rujuk artikel kami di bawah. Selalunya model istimewa dilancarkan bersempena dengan hari kebesaran (contoh: Proton X70 edisi Merdeka, Proton Saga Edisi Ulangtahun ke 35) namun model Proton Edisi Istimewa kali ini hadir secara tiba-tiba, semacam tak ada tarikh lain yang hendak dipilih.

Baca: Cubaan mencuri perhatian daripada Perodua Ativa, Proton lancar Edisi Istimewa?

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat? 01

Lebih menarik lagi, bukan satu tapi keempat-empat model menggunakan logo Proton lama dan bukannya logo Proton 'Thundercat' yang baharu.

Malah, gambar intipan Proton Iriz dan Proton Persona yang baru ditangkap minggu ini mempunyai selindung pada bahagian logo, menimbulkan spekulasi bahawa ia akan mengenakan logo Proton 'Thundercat'.

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat? 02

Sumber oleh saudaraku Funtasticko

Logo 'Thundercat' Proton digunakan pada model Proton X70 (CKD sahaja, CBU logo lama) dan Proton X50. Adakah ia eksklusif untuk model rebadge Geely sahaja? Mungkin tidak jika Proton Iriz dan Proton Persona facelift 2021 akan mengenakan logo tersebut. Hanya masa yang akan menentukan. 

Protons Edisi Istimewa = Petanda model baharu?

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat? 03

Apabila kita menelusuri sejarah Proton, memang ada beberapa model yang ditawarkan dalam edisi istimewa. Sebagai contoh, Proton Iswara telah ditawarkan dalam Edisi Istimewa pada tahun 2003 setelah dijual sejak tahun 1992.

Baca: Proton kalah dominasi dengan Perodua disebabkan.... pelajar universiti?

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat? 04

Proton Iswara Edisi Istimewa tersebut adalah sebuah Iswara Aeroback dengan kit badan, lampu belakang 'Altezza' jernih dan talaan Lotus Ride & Handling.

Ramai yang terlepas pandang fakta ini tetapi Proton Iswara telah digantikan dengan model Proton Saga LMST dalam tahun yang sama.

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat? 05

Hal yang sama terjadi kepada 2 lagi model. Proton Satria Edisi Istimewa kuning kemudiannya menggantikan Proton Satria kepada Proton Satria Neo dan Proton Wira Edisi Istimewa yang kemudiannya digantikan dengan Proton GEN-2 dan Proton Persona.

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat? 06

Bagaimana pula dengan model R3? Lambang R3 selalu dikaitkan dengan sukan permotoran yang menjadi warisan Proton dan terbukti berjaya dalam menghasilkan juara (dan pelaris jualan). Sehingga ke hari ini, model Proton paling lagenda tentulah Proton Satria Neo R3 Lotus Racing.

Baca: 12 model Proton Satria dan Proton Satria Neo yang 'rare' dan unik!

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat? 07

Lambang R3 paling 'kosong' pernah dikenakan pada model Proton Satria Neo R3 2013. Itu pun, ia masih menawarkan sedikit peningkatan prestasi di samping aksesori. Bukan macam Proton Iriz R3 2021 dan Proton Saga R3 edisi terhad

Adakah ini petanda Proton Saga dan Proton Exora akan digantikan?

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat? 08

Tidak semua model yang ditawarkan dalam Edisi Istimewa akan digantikan. Misalnya Proton Saga facelift 2019 yang baru sahaja menerima kemaskini; paling ketara pada gril Infinite Weave dan transmisi 4AT yang melonjakkannya sebagai model Proton paling laris.

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat? 09

Model Proton Exora pula dijangka akan terus dijual berikutan kajian pasaran yang mendapati bahawa pasaran ini semakin mengecil. Model MPV berdasarkan Geely Jia Ji tidak akan direalisasikan berikutan perjanjian Geely - Proton tidak diperbaharui.

Baca: Proton X90, bukan Proton V70 yang akan hadir ke Malaysia?

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat? 10

Lebih relevan untuk Proton menggantikan model Proton Iriz dan Proton Persona sebagai strategi 2 penjuru untuk menewaskan Perodua Myvi. Perodua Myvi mendominasi pasaran segmen B dengan sangat kukuh, masih menjadi model paling laris di Malaysia pada tahun 2020.

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat? 11

Malah, pasaran segmen B menerima saingan yang terlalu kuat dengan tawaran daripada pengeluar lain. Tahukah anda bahawa hampir kesemua model segmen B di Malaysia menawarkan ciri yang khas untuk Malaysia sahaja berbanding pasaran ASEAN?

Baca: Model segmen B ini ada ciri khas untuk Malaysia sahaja!

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat? 12

Proton harus tampil dengan strategi yang lebih segar, baharu dan mampu milik jika benar-benar bersaing dalam pasaran segmen B. Masih terdapat ramai peminat Proton yang mendambakan perhatian tawaran berbaloi dari Proton. 

Sampaikan Proton X50 (SUV segmen B) pun dilarang untuk dibandingkan dengan Perodua Ativa (SUV segmen B). Apa lah Wapcar.my ni!

Kesimpulan: Akan tiba, kereta baharu yang lebih baik!

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat? 13

Proton Edisi Istimewa tidak disasarkan untuk pasaran massa. Ia lebih tertumpu kepada peminat-peminat Proton yang meletakkan kenangan pada sebuah jenama. Disebabkan itulah ia hadir dalam kuantiti terhad. Malah, ia dijangka akan habis dijual dalam masa beberapa hari sahaja.

Proton Special Edition - kereta baru logo lama, mana logo Proton thundercat? 14

Model baharu yang lebih baik tentunya dalam perancangan Proton. Akhir-akhir ini, Proton memang patut dipuji dengan perancangan produk yang bagus seperti Proton X70 CKD, Proton X50 dan Proton Saga facelift 2019.

Sebagai model kedua terlaris Proton, sangat mengujakan untuk melihat sejauh mana penambahbaikan terhadap Proton Persona. Proton Iriz? Itu kita tinggalkan sahaja kepada peminat sukan permotoran untuk memberi pendapat.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda