window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi?

Faisal · Feb 28, 2021 12:00 PM

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi? 01

Dilancarkan pada tahun 2008, Mitsubishi Triton sering dianggap sebagai musuh paling ketat buat Toyota Hilux. Untuk maklumat anda, keluaran paling terbaru diperkenalkan melalui model facelift pada tahun 2019 dimana ia tampil dengan wajah Dynamic Shield yang sinonim dengan jenama Mitsubishi zaman sekarang.

  • 4X2 Quest – RM 79,890
  • 4X4 M/T – RM 100,200
  • 4X4 A/T – RM 105,900
  • 4X4 M/T Premium – RM 113,300
  • 4X4 A/T Premium – RM 121,000
  • 4X4 Adventure X – RM 137,900

*Harga atas jalan tanpa insurans. Pengecualian cukai SST tidak termasuk untuk kenderaan komersil.

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Didatangkan sebagai model import (CBU) dari Thailand, Mitsubishi Triton kiranya bersaing sekali dengan Isuzu D-Max dan Ford Ranger.

Mengenai saingan varian teratas, Mitsubishi Triton sebenarnya lebih murah daripada Toyota Hilux - perbezaan sebanyak RM 9,000. Oleh yang demikian, berbaloi tak sekiranya anda memilihnya berbanding ‘Hailak’? Mari kita pelajari kebaikan dan keburukan yang terdapat pada Mitsubishi Triton terlebih dahulu.

Kebaikan:

  • Lincah
  • Perbatuan warranti yang paling lama
  • Selesa dan ada ruang simpanan tambahan

Keburukan:

  • Pintu but yang sukar untuk ditutup
  • Overhang belakang yang panjang
  • Enjinnya bukanlah yang paling berkuasa

Kebaikan – Lincah

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi? 01

Walaupun nampak sporty, Mitsubishi Triton sebenarnya agak mudah untuk dipandu. Secara teknikal, ia mempunyai jarak roda yang terpendek di segmen (3,000 mm). Disebabkan itu, jarak pusing penuh juga adalah yang terpendek di kelas ini (5.9 meter).

Sebagai perbandingan, Isuzu D-Max memerlukan lajak sebanyak 6.3 meter. Toyota Hilux dan Ford Ranger pula melakukannya dalam jarak 6.4 meter.

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi? 02

Sistem Super Select 4WD pada Mitsubishi Triton juga ada ciri limited slip differential (LSD) di tengah. Dengan gabungan differential belakang yang boleh dikunci penuh, Mitsubishi Triton boleh menjadi kenderaan offroad yang cukup berkebolehan.

Untuk kegunaan dalam bandar pula, LSD di tengah turut memudahkan pemanduan walaupun dengan mod 4 roda diaktifkan. Malah, seretan tayar juga tidak berlaku sewaktu membuat pusingan.

Kebaikan – Perbatuan warranti yang paling lama

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi? 03

Mitsubishi Triton hadir dengan tempoh warranti selama 5 tahun/200,000 km. Trak pikap yang lain juga hadir dengan tempoh warranti yang sama tetapi perbezaan had perbatuannya boleh didapati seperti berikut:

  • Mitsubishi Triton – 5 tahun/200,000 km
  • Ford Ranger – 5 tahun/160,000 km
  • Toyota Hilux – 5 tahun/150,000 km
  • Isuzu D-Max – 5 tahun/150,000 km

Kebaikan – Selesa dan ada ruang simpanan tambahan

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi? 04

Untuk sebuah trak pikap, Mitsubishi Triton menawarkan keselesaan seperti kereta sedan yang moden. Mergenai tempat duduk, ia terasa cukup empuk dan sudut kerusi belakang juga boleh dilaras.

Namun begitu, tahap bunyi di dalam kabin terasa sedikit tinggi berbanding kereta biasa (70 dB pada 110 km/j). Tetapi untuk sebuah trak pikap, tahap bunyi seperti ini tidak menjadi isu sama sekali.

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi? 05

Apa yang menarik tentang kabin ini ialah ruang simpanan tambahan di sebalik kerusi belakang. Setakat memuatkan beg komputer riba atau beg gim, kami rasa tiada masalah.

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi? 06

Trak pikap yang lain juga ada ruang simpanan sebegini tetapi Mitsubishi Triton punya paling luas beb

Keburukan – Pintu but yang sukar untuk ditutup

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi? 07

Antara kekurangan yang ada pada Mitsubishi Triton ialah pintu but belakang yang sukar untuk ditutup. Hal ini disebabkan oleh ketiadaan mekanisma pengimbang yang seolah-oleh membantu mengangkat pintu but untuk ditutup semula. Sebagai perbandingan, Toyota Hilux dan Isuzu D-Max ada mekanisma ini.

Keburukan – Overhang belakang yang panjang

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi? 08

kalau anda lihat, 80% dari berat muatan kargo akan berada di belakang tayar

Seperti yang dimaklumkan, jarak roda yang pendek pada Mitsubishi Triton ternyata memudahkan pemandu untuk membuat pusingan. Tetapi, tetapan sedemikian sebenarnya menghasilkan overhang belakang yang terlebih panjang.

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi? 09

Overhang belakang yang lebih pendek pada Toyota Hilux memberikan pemanduan yang masih seimbang apabila anda membawa muatan kargo yang penuh

Jadi, berat kereta akan lebih ke belakang sekiranya muatan kargo dipenuhkan. Secara tidak langsung, perkara ini boleh menjejaskan pengendalian kerana berat kenderaan sudah tidak seimbang.

Keburukan – Bukanlah enjin yang paling berkuasa

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi? 10

Mitsubishi Triton dikuasai oleh enjin 2.4L turbodiesel (181 PS/430 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Walaupun lebih berkuasa daripada Isuzu D-Max 1.9L (150 PS/350 Nm tork), ia sebenarnya masih “kureng” jika dibandingkan dengan Toyota Hilux 2.8L (204 PS/500 Nm tork) dan Ford Ranger Raptor 2.0L bi-turbo (213 PS/500 Nm tork).

Menariknya, Mitsubishi Trition adalah yang paling laju di ujian kami. Namun begitu, keputusan ujian tersebut mungkin berbeza sekiranya muatan penuh dibawa kerana ia bergantung rapat dengan jumlah tork yang ada.

Konklusi

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi? 11

Secara keseluruhan, Mitsubishi Triton mempunyai teknologi 4X4 yang canggih dan cukup lincah untuk dipandu. Malah, ia cukup selesa untuk sebuah trak pikap. Pemanduannya juga terasa seperti sebuah crossover.

Dari segi nilai, warranti selama 5 tahun/200,000 km juga agak menarik.

3 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Triton – murah daripada Hilux tapi lagi baloi? 12

Tetapi, overhang belakang yang terlebih panjang boleh menjejaskan pengendalian apabila muatan kargo dipenuhkan. Pada masa yang sama, pintu but belakang juga terasa agak berat untuk ditutup.

Kalaulah kedua-dua perkara ini tidak menjadi isu, Mitsubishi Triton boleh menjadi pembelian yang cukup berbaloi untuk anda yang mahukan trak pikap yang serba bagus.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda