window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bas Rapid KL tak dapat lalu, terpaksa angkat dan alih Bezza ke tepi jalan

Mersita · Mar 1, 2021 07:00 PM

Bas Rapid KL tak dapat lalu, terpaksa angkat dan alih Bezza ke tepi jalan 01

Kawasan yang penduduknya berkepadatan tinggi sering dibelenggu masalah besar, antaranya ketiadaan tempat letak kereta yang sesuai. Akibatnya, banyak kereta diparkir di bahu-bahu jalan sehingga mengganggu aliran lalu lintas.

Masalah ini jadi semakin jelas apabila Rapid KL memuatnaik satu video TikTok dari pengguna bernama @haery_dean yang menunjukkan sebuah kereta Perodua Bezza menghalang laluan bas Rapid KL di sebatang jalan yang sempit. Banyak kereta dilihat diparkir di kedua-dua belah bahu jalan sehingga membuatkan jalan dua lorong itu tidak dapat dibolosi bas.

Menurut rakaman viral itu, kereta-kereta lain yang diparkir dalam laluan itu juga dilihat berada sangat rapat dengan sisi bas tersebut, dikhuatiri tergesel dengan sisi bas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ada netizen yang mendakwa kejadian berlaku di kawasan Bandar Sri Permaisuri, namun perkara ini belum dapat dipastikan. Rapid KL juga seringkali membuat pengumuman yang perkhidmatan bas mereka terpaksa melencongkan laluan bas mereka di kawasan berkenaan, menyebabkan beberapa hentian terputus perkhidmatan bas syarikat tersebut.

Ya, orang lain parkir di bahu jalan juga. Namun, ada beberapa pemandu tidak bertanggungjawab yang tidak memarkir kenderaannya rapat ke pembahagi jalan sehingga memakan ruang laluan kenderaan yang bergerak. Oleh itu, beberapa orang awam dilihat bertungkus-lumus menolak dan mengangkat kereta sedan tersebut bagi memberi laluan kepada bas Rapid KL terlibat. Hebat!

Bas Rapid KL tak dapat lalu, terpaksa angkat dan alih Bezza ke tepi jalan 01

Fakta menarik: Perodua Bezza mempunyai berat bersih sekitar 865 - 940 kg. Mujur ada abang-abang ‘sado’ menyelamatkan keadaan dan aliran trafik di sana. Namun, ini tidak bermaksud masalah parkir tidak perlu ditangani segera.

Moralnya, letak kenderaan anda dengan berhemah. Walaupun tidak takut disaman kerana banyak duit, jangan amalkan sikap pentingkan diri sendiri dan parkir sewenang-wenangnya tanpa memikirkan aliran lalu lintas lancar atau tidak.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Perodua Bezza 1.0 G (M)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda